14 Ogos 2009

ZIARAH DAKWAH DAN KEBAJIKAN

23 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Seorang aktivis masyarakat Taman Bukit Subang, Encik Norazman bin Md Radzi yang juga dikenali di kalangan kawan-kawan dan masyarakat setempat dengan gelaran istimewa 'Man Tiger' telah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh baru-baru ini untuk menjalani pembedahan appendiks.

Bagi meneruskan usaha dakwah dan kebajikan untuk seluruh rakyat (tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa), kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang telah menziarahi beliau pada 13-08-2009 yang lalu di Wad 4B.

Antara yang turut serta adalah Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim (ketua cawangan), Encik Faisal b. Abdul Raman (setiausaha), Encik Zaiful b. Zainun (ketua penerangan), Encik Azari b. Anuar (bendahari pemuda) dan Encik Amanjaya b. Abdul Aziz (ajk pemuda).

Dalam ziarah tersebut, sedikit sumbangan telah diberikan bagi menunjukkan keprihatinan bersama PAS cawangan terhadap 'ujian' yang menimpa Encik Norazman dan keluarga. Semoga beliau akan segera sembuh, insya'ALLAH.

" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "

" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "