25 November 2009

LAWATAN KERJA KEPIMPINAN PAS SHAH ALAM

08 ZULHIJJAH 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Kawasan Shah Alam yang telah melakukan lawatan kerja (ziarah ukhuwah) pada malam tadi bertempat di PASTI Ibnu Sina.

Lawatan tersebut diketuai oleh YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad (YDP), Tuan Hj Azli b. Yusuf (TYDP) dan Tuan Hj Hamdan b. Tahir (setiausaha). Turut hadir adalah kepimpinan Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ustaz Nasaruddin b. Hasim (pemangku ketua), Fakhrul Azman b. Khalidin (ketua penerangan) dan Mohd Yazsid b. Mat Raschid (bendahari) berserta Ketua Dewan Muslimat PAS Shah Alam iaitu Puan Zarina bte Dzulkupli.

Lawatan yang berakhir pada pukul 11.30 malam itu telah membincangkan banyak perkara berkenaan dengan siasah (politik), dakwah dan tarbiyyah.

Ketua PAS cawangan, Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim mengharapkan supaya lawatan kerja tersebut diadakan berterusan agar dapat mewujudkan ikatan ukhuwah dan kesatuan fikrah serta hati yang lebih mantap dan teguh antara PAS kawasan dan cawangan terutama untuk menghadapi umno/bn pada pilihanraya umum ke-13 kelak, insya'ALLAH.

ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA
ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN

24 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA

07 ZULHIJJAH 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (ahli jawatankuasa > kerja, pemuda, muslimat dan nisa') mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha (korban) kepada umat ISLAM di seluruh dunia.

Bersama kita menghayati pengorbanan para nabi, rasul, sahabat, tabi'in dan ulama' dalam berjuang untuk mendaulatkan agama ISLAM dari awal zaman hingga ke akhir zaman terutama kepada Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s) juga keluarga baginda.

Semoga, kepada umat ISLAM yang menunaikan ibadah haji (rukun ISLAM yang ke-5) akan mendapat ganjaran haji yang mabrur dan yang melaksanakan ibadah korban pula akan mendapat pahala, insya'ALLAH.

Hanya ALLAH matlamat kami
RASULULLAH dan SUNNAH ikutan kami

AL-QURAN panduan kami

JIHAD jalan kami

MATI SYAHID cita-cita tertinggi kami


" ISLAM dan PAS FOR ALL "

21 November 2009

HUJAH - PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU

04 ZULHIJJAH 1430

Sejak 52 tahun lalu, umno dan bn yang memerintah Malaysia dan dalam tempoh tersebut berikut adalah 20 pengkhianatan umno terhadap orang Melayu (info daripada Harakah dan Suara Keadilan); Fikirkanlah bersama:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu

2. Melemahkan sistem kehakiman negara

3. Menarik balik royalti petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu (ditukar kepada wang ehsan @ menjadikan orang Melayu macam peminta sedekah.

4. Memperkenalkan PPSMI (agenda halus untuk menghapuskan bahasa Melayu @ selepas tulisan jawi)

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), tempat belajar agama Islam anak-anak orang Melayu

6. Memperkenalkan meritokrasi (mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu ke universiti)

7. Memperkenalkan PTPTN (pinjaman @ hutang) dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu; mengkhianati Perlembagaan Persekutuan

8. Persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti orang Melayu

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu

11. Menyenarai-awamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan orang Melayu; Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria; iaitu seramai 250 ribu orang Melayu telah MURTAD dibawah pemerintahan kerajaan umno !

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar, Johor yang menjadi zon bebas; maka rakyat Singapura boleh masuk secara bebas ke sana

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila umno sendiri yang menentang keputusan raja

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi; maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Melayu @ DEB yang tujuannya membantu ekonomi orang Melayu/Bumiputra

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika dahulu dalam syarikat judi PAN SWEEP; seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa

19. Enggan membayar royalti minyak @ petroleum kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan MERAMPAS kerajaan negeri Perak dari tangan PAS dan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009

JIKA dengan bangsa Melayu pun umno khianat, apalah kita nak harap untuk umno membela ISLAM dan melaksanakan hukum-hukum Al-Quran !

ISLAM dan PAS FOR ALL
ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN

13 November 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

25 ZULKAEDAH 1430H

Pusat Khidmat Rakyat: Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Ibnu Sina akan diadakan pada 15-11-2009 (Ahad), 3.00 - 6.00 petang di Dewan Raflesia (bersebelahan Surau Al-Mahdi), dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid b. Abdul Samad yang merupakan Yang DiPertua PAS merangkap Ahli Parlimen Shah Alam.


Majlis Anugerah Kecemerlangan KAFA Integrasi Nurul Iman (K.I.N.I) juga diadakan pada 15-11-2009, 9.00 - 11.30 malam di Dewan Raflesia dan dirasmikan oleh Ustaz Nasharuddin b. Hashim.

Murid-murid, ibubapa dan keluarga dijemput untuk hadir bagi meraikan bersama majlis tersebut.

25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN
MELAHIRKAN INSAN RABBANI

11 November 2009

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN @ INFO RAKYAT

23 ZULKAEDAH 1430H

Pusat Khidmat Rakyat: Ahli Jawatankuasa (kerja, pemuda dan muslimat) PAS Cawangan Taman Bukit Subang mewakili kepimpinan PAS di semua peringkat (Majlis Syura Ulama', PAS Pusat, PAS Negeri, PAS Kawasan juga Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat) mengucapkan terima kasih atas semua komen yang dilontarkan di dalam blog ini (samada yang menyokong atau yang menentang), hanya kepada ALLAH SWT diserahkan apa jua urusan kerana Dialah Maha Mengetahui atas segala-galaNya.

Ingatlah, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati ! Di dunia yang sementara ini, dengan lidah dan pemikiran kita boleh menipu manusia lainnya tetapi di alam kubur dan akhirat kelak semua kepalsuan dan pembohongan akan terbongkar di depan ALLAH Azzawajalla (yang menguasai alam ini). Buatlah perubahan sebelum terlambat wahai manusia !






" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "

05 November 2009

PEPERIKSAAN SETARA PASTI SHAH ALAM DAN PENDAFTARAN 2010

17 ZULKAEDAH 1430

Shah Alam: Seramai 40 orang murid-murid berumur 5 dan 6 tahun telah menduduki Peperiksaan Setara Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Shah Alam pagi tadi yang bertempat di PASTI Az Zahrah 2 (Padang Jawa).

PASTI Ibnu Sina, Taman Bukit Subang telah menghantar 4 orang murid-murid (5 dan 6 tahun) yang terbaik untuk bersama menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan setara ini bertujuan untuk memilih 2 orang murid-murid (5 dan 6 tahun) yang terbaik bagi mewakili PASTI Kawasan Shah Alam ke Peperiksaan Setara PASTI Negeri Selangor pada 12-11-2009 di Gombak.

Muri-murid 6 tahun sedang menjawab soalan

Berfikir sebelum menjawab soalan (murid-murid 5 tahun)


Sebahagian mualimah/ustazah PASTI Kawasan Shah Alam (pengawas peperiksaan setara) yang merupakan tonggak utama bagi kemajuan murid-murid PASTI......jasamu terus dikenang sehingga akhir hayat.

INFO bagi PASTI sekitar Parlimen Shah Alam untuk pendaftaran:

1. Darul Ehsan - Taman Kampung Kuantan
2. Darul Ulum - Kampung Kuantan
3. Az Zahrah 1 - Padang Jawa
4. Az Zahrah 2 - Padang Jawa
5. Az Zahrah 4 - Padang Jawa

6. Nurul Iman - Seksyen 17
7. Al Amin - Seksyen 18
8. Al Quds - Seksyen 19
9. Ar Raudhah - Seksyen 24
10. Baitul Ikhwan - TTDI Jaya
11. Ibnu Sina - Taman Bukit Subang

Maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Jabatan PASTI Kawasan Shah Alam (u/p:
Encik Mohd Nizam b. Satek @ 019-6436389)

ISLAM dan PAS FOR ALL
25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN

04 November 2009

ALLAH TETAP PELIHARA PERJUANGAN ISLAM

16 ZULKAEDAH 1430H

Pusat Khidmat Rakyat: PAS dan Pakatan Rakyat terus diuji dan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan selepas Pilihanraya Umum ke-12.

Namun kepada pejuang ISLAM di semua peringkat ianya adalah sunnatullah yang perlu dihadapi sehingga tertubuhnya Khalifah Islamiyyah yang hanya diketahui oleh ALLAH SWT masa dan ketikanya !

Yakinlah kemenangan ISLAM semakin hampir dan hanya pejuang ISLAM yang ikhlas dan jujur dengan perjuangan sahaja yang akan bersama dengan kemenangan tersebut.





ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA
FAHAM, IKHLAS dan AMAL