09 September 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN EIDUL FITRI - PAS CAWANGAN TAMAN BUKIT SUBANG

30 RAMADHAN 1431

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang @ ahli jawatankuasa (kerja, pemuda dan muslimat) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemenangan Eidul Fitri.


Ahli Jawatankuasa Harian PAS Cawangan Taman Bukit Subang:
Ketua - Tuan Hj Mohamad Jamil b. Abdul Rahim
Naib Ketua - Ustaz Mazlan b. Mamat
Setiausaha - Ustaz Faisal b. Abdul Raman
Bendahari - Encik Rosely b. Razak
Ketua Penerangan - Encik Zaiful b. Zainun
Ketua Pemuda - Encik Said Kamal b. Said Kasim
Ketua Muslimat - Puan/Ustazah Zuraina bte Mohd Jaeh

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN, MENUJU PUTRAJAYA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN EIDUL FITRI DARIPADA MPP ZON 22

30 RAMADHAN 1431

Seksyen U15 (Kg. Bukit Cherakah Jaya) dan Seksyen U16 (Taman Bukit Subang & Denai Alam):


Selamat menyambut hari kemenangan Eidul Fitri daripada Puan/Ustazah Noraini bte Hussin (Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22), Ustaz Faisal b. Abdul Raman (Setiausaha Kehormat), Encik Mohd Rozhan b. Hj Shahbani (PTO/Setiausaha Kerja) dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN

SUMBANGAN DARIPADA YB KHALID KEPADA SURAU NURUL IMAN, PANGSAPURI TERATAI

30 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad telah mengotakan janji beliau bukan sahaja kepada Pengerusi Surau Nurul Iman, Pangsapuri Teratai (Ustaz Ahmad Kurtubi) tetapi juga kepada ahli jawatankuasa dan rakyat untuk memberikan sedikit sumbangan bagi merealisasikan pembinaan bangunan tambahan surau tersebut.

Majlis penyerahan cek bernilai RM3,000.00 (tiga ribu ringgit) telah disempurnakan oleh pegawai khas beliau yang juga Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang (Hj. Mohamad Jamil) pada 07-09-2010 (Selasa) selepas solat Tarawih.

Pembinaan 01

Pembinaan 02

Ucapan daripada Hj Mohamad Jamil mewakili YB Khalid

Penyerahan cek oleh Hj Mohamad Jamil kepada Saudara Zulkifli (setiausaha surau) mewakili pengerusi (Ustaz Ahmad Kurtubi) yang tidak dapat bersama-sama pada malam tersebut. Turut kelihatan, Ustaz Faisal (penolong setiausaha) selaku pengerusi majlis.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT

08 September 2010

WARNA-WARNI MAJLIS BERBUKA PUASA YB KHALID, PUSAT KHIDMAT RAKYAT DAN MPP ZON 22

30 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: Road-show dan majlis berbuka puasa YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad, YB Dr. Tuan Hj Yaakob b. Sapari bersama dengan Pusat Khidmat Rakyat, MPP Zon 22, Surau Al-Falah dan masyarakat di taman ini berjalan dengan baik pada 01-09-2010 yang lalu.

Program dimulakan dengan ziarah dan tazkirah di bazar Ramadhan dan seterusnya berbuka puasa dan solat Maghrib di Surau Al-Falah, Pangsapuri Melati.

YB Khalid dan YB Yaakob seterusnya bersolat Isya' di Surau Al-Mahdi dan memberikan sedikit ucapan. Road-show berakhir dengan bersembahyang tarawih di Surau An-Ni'mah, Denai Alam oleh YB Khalid bersama rombongannya; Hj Jamil (pengerusi pusat khidmat rakyat), Ustaz Faisal (setiausaha kehormat MPP Zon 22) dan ahli jawatankuasa pusat khidmat rakyat/MPP Zon 22.

Turut bertarawih di Surau An-Ni'mah adalah Puan/Ustazah Noraini bte Hussin selaku Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22 yang tidak dapat bersama-sama pada majlis berbuka puasa.

YB Khalid, Ustazah Noraini dan rombongan akhirnya diraikan dengan jamuan ringan/moreh oleh pengerusi, AJK Surau An-Ni'mah dan masyarakat setempat.

YB Khalid dan YB Yaakob diiringi Hj Jamil juga saudara Nordin (Jabatan AMAL) ziarah ke bazar Ramadhan






YB Khalid memberikan ucapan di Surau An-Ni'mah, Denai Alam

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung pada program road-show dan berbuka puasa ini. Semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran pahala kepada kita bersama di akhirat kelak.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN UNTUK MENUJU PUTRAJAYA

05 September 2010

SIAPAKAH GOLONGAN MUNAFIK ?

26 RAMADHAN 1431

MUNAFIK ! ORANG YANG MENGAKU ISLAM TETAPI MENENTANG HUKUM-HUKUM ALLLAH SWT DALAM AL-QURAN SAMADA SECARA TERSEMBUNYI ATAU TERANG-TERANGAN !

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)

Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.

INGATLAH ! ALLAH SWT Maha Mengetahui apa sahaja yang tersembunyi dalam hati-hati kamu, walaupun di mulut mengatakan beriman kepada ALLAH SWT tetapi sebenarnya kamu hanya berpura-pura ! Kamu boleh menipu manusia tetapi kamu sesekali tidak dapat menipu diri kamu sendiri dan ALLAH SWT ! Wahai manusia MUNAFIK !

03 September 2010

MUNAJAT PERDANA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

24 RAMADHAN 1431

Shah Alam - Bandar Anggerik: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan mengadakan MUNAJAT PERDANA bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Seluruh rakyat dijemput hadir untuk bersama-sama dengan pimpinan kerajaan negeri bermohon kepada ALLAH SWT agar memberikan pertolongan atas segala ujian, rintangan dan dugaan yang mendatang lebih-lebih lagi dari musuh-musuh ALLAH SWT, terutama golongan MUNAFIK !

Tarikh : 25 Ramadhan 1431 bersamaan 04-09-2010 (Sabtu)
Masa : 4.00 pagi
Tempat : Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, Shah Alam

Tetamu: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nik Mat, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi b. Awang, Dato' Seri Anwar b. Ibrahim, Tan Sri Khalid b. Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dan pimpinan Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor.

Pengisian: Qiamullail, sahur dan kuliah subuh

Peringatan bersama: Sila datang awal (mengelakkan kesesakan), bawa sejadah dan juadah bersahur (ala-kadar) walaupun disediakan oleh pihak urusetia.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
HANYA KEPADA ALLAH SWT DISERAHKAN SEGALA URUSAN

YA, ALLAH ! KAU HANCURKANLAH YAHUDI, ZIONIS DAN YANG MENJADI TALI-BARUT MEREKA (GOLONGAN MUNAFIK)