29 Ogos 2009

ISU KUIL SEKSYEN 23 - DEMONSTRASI DAN LAPORAN POLIS

08 RAMADHAN 1430

Shah Alam: Satu demonstrasi (tidak tahu wakil daripada mana) membantah pemindahan dan pembinaan kuil di Seksyen 23 telah diadakan di Masjid Negeri Selangor pada 28-08-2009 (Jumaat), selepas solat Jumaat.

Bantahan diteruskan dengan berarak ke Bangunan SUK, namun yang menjadi persoalan mengapa perlu dibawa sama kepala lembu yang masih berdarah dan memijak-mijaknya !?

Mari sama-sama kita berfikir; Jika layanan kepada haiwan @ binatang (walaupun sudah mati) kita langsung tidak beradab dan berakhlak, bagaimana kita nak menjadi orang ISLAM yang dikatakan beriman dan mempercayai syurga dan neraka sebagai contoh kepada manusia terutama yang berlainan agama dan bangsa !? Siapa yang ekstrim ?




DENGAN demonstrasi tersebut, kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat telah membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam pada 29-08-2009 (Sabtu).

Antara yang hadir adalah YB Khalid b. Abdul Samad, YB Ronnie Liu, YB Dr. Xavier Jayakumar, YB Charles Santiago, YB Teresa Kok dan YB Rodziah Ismail juga kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat di peringkat kawasan Shah Alam.

Tidak ketinggalan juga wakil PAS Cawangan Taman Bukit Subang iaitu Encik Mohamad Jamil (ketua cawangan), Encik Faisal (setiausaha), Encik Noor Azam (AJK kerja) dan Encik Razalli (AJK pemuda) yang turut hadir untuk memberikan sokongan demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor khususnya di Shah Alam.




" ISLAM dan PAS FOR ALL "