04 Ogos 2009

KEBAJIKAN RAKYAT

13 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang meneruskan usaha dakwah dan kebajikan dengan menyalurkan sumbangan yang berkaitan kepada rakyat yang memerlukan.

Baru-baru ini, Saudara Nordin b. Jantan telah menerima cek sumbangan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim selaku Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang.

Penyerahan telah diadakan di Pusat Khidmat Rakyat (Blok 7, Pangsapuri Teratai) di hadapan ahli jawatankuasa (kerja dan pemuda).

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "