27 Februari 2012

RESTORAN RADIX FRIED CHICKEN (RFC) DARIPADA HPA - DI SHAH ALAM

05 RABI'UL AKHIR 1433

Tahniah dan alhamdulillah;


Ayuh, kita buat perubahan samada dari sudut politik juga makanan. Marilah ke Radix Fried Chicken (RFC) keluaran HPA yang HALAL, BERSIH dan SUCI untuk menggantikan KFC !


Ini bukan iklan, tetapi sebagai rasa tanggungjawab bersama sebagai pejuang dan umat Islam Selangor dan Malaysia untuk mencari fast food alternatif.

Alamat: J7/7, Jalan Kristal, Seksyen 7, Shah Alam (bersebelahan Restoran Pak Piee @ Kelate Piao) dan sebaris dengan Restoran Hakim juga Klinik Ajwa.

Terima kasih kepada seorang sahabat yang telah memberikan info ini, semoga kita dapat pahala bersama, insya'ALLAH.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

23 Februari 2012

DISKUSI ILMU BERSAMA ULAMA'

01 RABI'UL AKHIR 1433

Jemputan ke

DISKUSI ILMU BERSAMA ULAMA'

03 RABI'UL AKHIR 1433 / 25-02-2012 (SABTU)
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
SURAU AL-MAHDI, TAMAN BUKIT SUBANG

Tetamu jemputan:
* USTAZ YUSRI B. ABDUL KARIM
* USTAZ SAIFUL AZUAN B. MD NAWI
* USTAZ MOHD FADHIL B. HASANUDDIN

Anjuran:
MPP ZON 22 dan SURAU AL-MAHDI

Dengan kerjasama:
PUSAT KHIDMAT RAKYAT

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

14 Februari 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN TAMAN BUKIT SUBANG KALI KE-08

21 RABI'UL AWAL 1433

Jemputan ke

Mesyuarat Agung Tahunan
PAS Cawangan Taman Bukit Subang
Kali Ke - 08

25 Rabi'ul Awal 1433H / 18-02-2012
Sabtu
8.00 malam
Pusat Khidmat Rakyat @ Bilik Gerakan UPU Monterez
(di atas Klinik Mediviron / Seven Eleven)


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS MEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

08 Februari 2012

TAMAN BUKIT SUBANG DILANDA RIBUT KENCANG

15 RABI'UL AWAL 1433

Pusat Khidmat Rakyat: Taman Bukit Subang telah dilanda ribut dan angin kencang pada petang semalam (07-02-2012 @ Selasa).

Antara lokasi yang teruk terjejas dengan kemusnahan (harta benda @ rumah dan kereta) adalah Pangsapuri Teratai (Blok 1 & 2) manakala tempiasnya juga dirasai di Pangsapuri Melor dan Pangsapuri Kiambang.

Ribut tersebut adalah terburuk sejak perumahan di taman ini didiami kira-kira 10 tahun yang lalu. Kejadian ini juga menyebabkan pokok-pokok tumbang menyembah bumi.

Bilik gerakan bencana alam telah dibuka di Dewan Raflesia (bersebelahan Surau Al-Mahdi) untuk menbantu mangsa-mangsa yang terbabit.

Maklumat lanjut, sila hubungi: Hj Mohamad Jamil (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang) @ 019-2138308 / Encik Rosely @ 013-6738656 / Encik Shahrir @ 019-2625034 / Encik Said Kamal @ 012-2561142

Turut hadir melawat tempat kejadian adalah YB Tuan Hj Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) & Ustazah Noraini Hussin (Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22).

Jabatan AMAL Malaysia (Shah Alam) merupakan sukarelawan awal yang membantu.

Terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan terutama kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat juga ahli majlis dan MBSA.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS UNTUK SEMUA

07 Februari 2012

BILIK GERAKAN UNIT PETI UNDI (UPU) MONTEREZ

14 RABI'UL AWAL 1433

PAS Cawangan Taman Bukit Subang dengan kerjasama Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang telah membuka Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU) Monterez bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang akan diadakan bila-bila masa.

Bilik gerakan tersebut juga akan berfungsi sebagai pusat khidmat rakyat dan pusat penerangan pilihanraya.

Alamat bilik gerakan: Lot. 2-1, Pusat Perniagaan Tempatan Taman Bukit Subang (atas Mediklinik Mediviron / Seven Eleven).

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN RAKYAT BERTEKAD MENUJU PUTRAJAYA