10 Ogos 2009

TAHNIAH @ TAYANGAN AMAL

19 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Sekalung tahniah kepada kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang yang telah menjayakan satu aktiviti yang lain dari yang lain dalam gerakerja dakwah untuk memasyarakatkan PAS.

Aktiviti tersebut adalah tayangan amal RAHSIA KEJAYAAN NIK NUR MADIHAH telah diadakan di perkarangan Surau Al-Mahdi.

Hampir 100 orang telah hadir yang mana kebanyakannya adalah anak-anak yang ingin mengetahui apakah rahsia kejayaan bagi Pelajar Terbaik SPM 2008 ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan bersama program tersebut terutama pihak AJK Surau Al-Mahdi. Semoga kita mendapat pahala dan rahmat bersama atas usaha dakwah yang sedikit ini.





" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "