31 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA MPP ZON 22 BERSAMA YB TUAN HJ KHALID ABDUL SAMAD

21 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat dan Surau Al-Falah, Pangsapuri Melati akan mengadakan majlis berbuka puasa rakyat bersama dengan YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam).

Tarikh : 22 Ramadhan 1431 bersamaan 01-09-2010 (Rabu)
Masa : bermula 6.30 petang
Tempat : Surau Al-Falah, Pangsapuri Melati

Juga dimaklumkan sebelum majlis berbuka tersebut, YB akan memberikan tazkirah di bazar Ramadhan pada pukul 5.30 petang.

Sehubungan dengan itu, Puan/Ustazah Noraini bte Hussin (Ahli Majlis/Pengerusi) MPP Zon 22, Hj Mohamad Jamil b. Abdul Rahim (Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat) dan Encik Mohd Asri (Pengerusi Surau Al-Falah) mewakili ahli jawatankuasa masing-masing menjemput rakyat setempat untuk hadir ke majlis berbuka puasa ini, insya'ALLAH.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
IDAMAN, AMANAH, SEJAHTERA dan BERKEBAJIKAN

30 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PASTI IBNU SINA DAN KAFA INTEGRASI NURUL IMAN

20 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: Majlis berbuka puasa tersebut adalah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa (Apartment Cendana), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ibnu Sina, KAFA Integrasi Nurul Iman, ibubapa/penjaga, Pusat Khidmat Rakyat dan Jabatan AMAL Malaysia mengikut tarikh berikut;

21 Ramadhan 1431 bersamaan 31-08-2010 (Selasa)
6.30 petang (bermula)
Surau At-Taqwa, Apartment Cendana
Pengisian: Bacaan doa, ucapan, berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan Tarawih berjamaah, tazkirah dan moreh.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGA

26 Ogos 2010

ZIARAH DAKWAH @ ISLAM & PAS UNTUK SEMUA

16 RAMADHAN 1431

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM): Setelah mendapat sokongan daripada kaum Cina, India dan non-muslim pada PRU-12 yang lalu beserta dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), keyakinan kepimpinan dan ahli PAS untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa telah semakin bertambah dan bersemangat.


Terbaru, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor yang juga merupakan Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22 (Ustazah Noraini) bersama dengan Ustaz Faisal (Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam / Setiausaha Kehormat MPP Zon 22) telah melakukan ziarah dakwah terhadap seorang ibu (kaum India) @ penduduk Taman Bukit Subang. Dalam ziarah tersebut telah disampaikan sumbangan daripada PAS Cawangan Taman Bukit Subang dan MPP Zon 22

Sekian, terima kasih.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

25 Ogos 2010

LAWATAN KERJA KE PAID PETALING

15 RAMADHAN 1431

Shah Alam: Kepimpinan Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 terus mengadakan lawatan kerja bagi merapatkan hubungan dan kerjasama di antara kedua belah pihak untuk manfaat rakyat dan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa.


Baru-baru ini Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22 (Puan/Ustazah Noraini bte Hussin) diiringi Ustaz Faisal b. Abdul Raman selaku setiausaha kehormat telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling @ Unit Pengurusan Dakwah yang bertempat di Tingkat 1, Menara Utara, Bangunan JAIS, Shah Alam.

Disambut dengan mesra oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam unit tersebut iaitu Puan/Cik Nuwairani bte Mohamad. Pertemuan hampir satu jam itu membincangkan beberapa perkara termasuk langkah MPP Zon 22 dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat menganjurkan tazkirah di Bazar Ramadhan / pasar malam Taman Bukit Subang.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PERTAHANKAN KEMENANGAN UNTUK MENUJU PUTRAJAYA

24 Ogos 2010

TAZKIRAH DI BAZAR RAMADHAN / PASAR MALAM SIRI 02

14 RAMADHAN 1431

Pusat Khidmat Rakyat: Alhamdulillah, tazkirah siri 02 pada 22-08-2010 (Ahad), 6.00 petang bertempat di Bazar Ramadhan / Pasar Malam Taman Bukit Subang telah berjalan dengan baik. Kali ini giliran Ustaz Yusri b. Abdul Karim menyampaikan ilmu beliau untuk dikongsi dengan masyarakat setempat.




ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS & PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA

23 Ogos 2010

WARNA-WARNI PROGRAM IHYA' RAMADHAN MUSLIMAT

14 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: Majlis Perwakilan Penduduk @ MPP Zon 22 (Biro Hal Ehwal Wanita/HELWA) dengan kerjasama Jawatankuasa Muslimat Pusat Khidmat Rakyat dan Biro Wanita Surau Al-Mahdi telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan Muslimat pada 22-08-2010 (Ahad), 9.00 pagi - 12.30 tengahari bertempat di Surau Al-Mahdi.

Pelbagai pengisian program antaranya; solat dhuha, hajat dan zikir munajat. Diikuti tadarus al-Quran dengan makna serta diakhiri dengan tazkirah (tayangan slide) oleh Puan/Ustazah Noraini bte Hussin selaku Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22.




Puan/Ustazah Noraini sedang menyampaikan tazkirah (tayangan slide)




ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA KONGSI dan PERTAHANKAN KEMENANGAN

21 Ogos 2010

AWAS ! OPERASI LALANG EDISI 1 MALAYSIA

11 RAMADHAN 1431

Sumber berita daripada www.passhahalam.blogspot.com

Parti Islam SeMalaysia (PAS) bimbang suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas. Keadaan ini berlaku selepas PRU-2008, apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA Datuk Sri Dr Chua Soi Lek mengenai kuota 30% dalam ekuiti bumiputera. Datuk Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres Cina yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kuota 30%.

Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan secara terbuka oleh Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno. Pendirian beliau dipanaskan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin Umno dan NGO Melayu. Beberapa kenyataan amaran dan memperlekeh satu sama lain sedang bermain di dada akhbar.

PAS bimbang corak yang sama berlaku pada tahun 1987, ketika Umno mengalami perpecahan team A dan team B, sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah. Tiba-tiba Lee Kim Sai Timbalan Presiden MCA telah mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan bumiputera juga dipertikaikan. Pada ketika itu pemimpin Umno yang berlagak macam hero kampung dusun berhimpun untuk membantah kenyataan Lee Kim Sai. Ada di kalangan pimpinan umno suruh bawa pisau senang hendak kupas limau jika hadir di perhimpunan di stadium TPCA Kampung Baru. Akhirnya himpunan tersebut telah dibatalkan oleh pihak keselamatan.

Kemudian operasi lalang berlaku, Lee Kim Sai ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin PAS, DAP dan NGO yang disumbat di Kamunting. Ada beberapa pemimpin Umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan.

PAS mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambing-hitamkan pembangkang, kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen BN. Jangan gunakan ISA dan operasi lalang, bertarunglah dalam gelanggang demokrasi di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah. Pemimpin Umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan Melayu malahan juga telah ditolak oleh orang Melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS dan PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN

17 Ogos 2010

UMNO INGKAR TITAH SULTAN ?! "IBARAT LUDAH KE LANGIT JATUH KE MUKA SENDIRI"

07 RAMADHAN 1431

UMNO SEMAKIN NYANYUK DAN GILA TALAK !

PETALING JAYA SELATAN: Isu Umno mahu mempolitikkan masjid di bulan Ramadhan ini terus hangat. Siang tadi saya menerima panggilan bertalu-talu dari berbagai pihak menyatakan bantahan terhadap cadangan Umno Selangor untuk mengadakan majlis berbuka bersama PM (yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor) di Masjid Nurul Ehsan, Kg Medan, Petaling Jaya.

surat_umno.























Malah petang tadi saya telah menemani Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali bersama Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Sdr Khairuddin Othman bertemu dengan Dato' Menteri Besar di rumah beliau bagi melahirkan kebimbangan PAS Selangor terhadap apa yang berlaku.

Sedang kami berada di rumah MB berbagai pihak bertandang ke masjid berkenaan termasuklah kontraktor yang mahu memasang khemah tetapi dihalang oleh pihak pimpinan masjid. Pimpinan Umno Selangor turut berada di masjid kononnya untuk berunding.

Tanpa segan-silu mereka mengguna dan menjual berbagai nama untuk melanggar masuk mengguna masjid, termasuklah nama MB, EXCO Agama malah nama istana pun turut dibabitkan.

Mujurlah pihak pimpinan masjid menghadapi isu ini dengan tenang dan membenarkan kami dan MB merundingkan suatu penyelesaian terbaik demi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hakikatnya Umno Selangor mahu guna masjid. Surat permohonan atas nama parti itu diserahkan kepada Nazir masjid. Pihak masjid keranan menjunjung titah Tuanku Sultan telah menolak permohonan itu kerana masjid tidak boleh digunakan bagi tujuan politik. Itu bukan arahan MB atau EXCO Agama, itu perintah Tuanku sendiri. Jangankan Umno, PAS dan PKR pun tidak pernah membuat sebarang permohonan begitu untuk guna masjid di Selangor ini !

Saya masih ingat semasa Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun lalu, Pengarah JAIS mentah-mentah menolak permohonan bagi membenarkan YAB Mursyidul Am dan YB Presiden PAS berkhutbah dimana-mana masjid di Selangor. Lalu apa istimewanya Umno yang merupakan parti pembangkang di Selangor ini?

Kalau pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik kerajaan Persekutuan, pimpinan kerajaan negeri diharamkan menjejak kaki, apa pula istimewa Umno di pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik negeri.

Saya difahamkan apabila ditolak oleh Nazir, maka Umno Selangor mengguna apa sahaja talian hayat yang tinggal pada mereka, walaupun tanpa mengikut peraturan untuk memastikan agenda mereka itu dapat diteruskan juga. Surat Umno ditukar dengan surat dari Pejabat PM dan kali ini diserah terus kepada JAIS.

Apakah mereka ini sudah hilang pertimbangan sehingga menjadi jahil dan buta peraturan. Mengapa dari awal tidak buat permohonan rasmi?

Jika PM mahu turun sepatutnya Pejabat PM menghubungi Pejabat MB, tidakkah itu sopan dan mengikut saluran namanya? Kenapa perlu digunakan surat berkepala Umno, ditandatangani oleh SU Kerja Umno Negeri dialamatkan kepada Nazir.........beginikah cara Umno mengurus diri mereka?

Akhirnya setelah berunding, kata putusnya pihak negeri memberikan laluan tetapi bersyarat. Antaranya tiada sepanduk dan bendera Umno dibenar dikibarkan, tiada ucapan politik, semua pimpinan setempat termasuklah ahli parlimen, ADUN, ahli majlis dan lain-lain mesti diundang dan paling penting sekali majlis itu nanti mesti dianjurkan oleh pihak JAIS dan bukan parti politik.

Saya mendengar sendiri arahan yang diberi oleh Dato MB kepada Dato Setiausaha Kerajaan Negeri melalui telefon. Kemudiannya Dato Hasan menghubungi Nazir masjid memberikan arahan yang sama, kata Dato Hasan yang dibenar memberi ucapan adalah Nazir dan PM.

Malah apabila saya bertanya kepada Dato MB, bagaimana jika Noh Omar berucap, bagaimana jika Ezam Md Nor berucap? Kata Tan Sri mereka tiada tauliah, tidak boleh, jika bercakap juga kita tangkap!

Walaupun berat kita terima keputusan negeri, tetapi kita wajib memastikan yang pihak pemohon mematuhi semua peraturan yang disebutkan di atas. Kepada ahli kariah Masjid Nurul Ehsan, raikanlah mereka tetapi berwaspada jika ada pihak-pihak lain selain yang dibenarkan itu berucap, ambil tindakan.


Roslan SMS - Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

15 Ogos 2010

WACANA ILMU @ TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK DI BAZAR RAMADHAN / PASAR MALAM

05 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: Alhamdulillah dengan sedikit kemenangan yang ALLAH SWT kurniakan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terutama di Negeri Selangor, banyak majlis-majlis ilmu untuk mendidik rakyat diadakan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tidak ketinggalan PAS Cawangan Taman Bukit Subang melalui Pusat Khidmat Rakyat dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22, Persatuan Peniaga & Penjaja serta Jabatan AMAL Malaysia telah mengatur majlis tazkirah di Bazar Ramadhan / Pasar Malam setiap minggu pada hari Ahad yang bermula pada pukul 5.30 petang.

Jadual tazkirah dipasang di tapak bazar Ramadhan / pasar malam. Turut yang akan menyampaikan tazkirah ialah YB Tuan Hj Khalid Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) pada 01-09-2010 (Rabu).

Tazkirah sulong daripada Ustaz Wan Ji. Kelihatan Hj Mohamad Jamil (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang) dan Puan/Ustazah Noraini (Ahli Majlis MPP Zon 22).

Setiap hari Ahad (sepanjang bulan Ramadhan), penjaja bazar Ramadhan akan bergabung dengan penjaja pasar malam untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan keperluan hujung minggu.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN
BERSEDIA MENUJU PUTRAJAYA

13 Ogos 2010

LAWATAN UKHUWAH KE BAZAR RAMADHAN DAN PENYERAHAN APRON

03 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: Pusat Khidmat Rakyat dan MPP Zon 22 telah mengadakan lawatan ke Bazar Ramadhan pada 02 Ramadhan 1431 dan seterusnya menyerahkan apron kepada para penjaja.

Lawatan tersebut telah mendapat kerjasama Persatuan Peniaga dan Penjaja Taman Bukit Subang (PPPTBS) yang bertanggungjawab menguruskan bazar Ramadhan dan pasar malam.


Bazar Ramadhan di Pusat Perniagaan Tempatan Taman Bukit Subang yang juga tapak pasar malam


Puan/Ustazah Noraini (Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22) sedang menyerahkan apron kepada penjaja


Bergambar bersama (dari kiri); Ustaz Faisal, selaku Setiausaha Kehormat MPP Zon 22 merangkap Setiausaha Pusat Khidmat Rakyat, Puan Rozita (AJK MPP Zon 22), Puan/Ustazah Noraini (Ahli Majlis), Puan Selvamary (AJK MPP Zon 22), Encik Amanjaya (Penolong Pengurus Operasi bazar Ramadhan & pasar malam) dan Encik Shahrir, selaku AJK Persatuan Peniaga dan Penjaja.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN

LAWATAN KERJA (TIDAK RASMI) AHLI MAJLIS KE MBSA CAWANGAN SG. BULOH

03 RAMADHAN 1431

Bandar Rahman Putra: Dalam meneruskan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat, Puan/Ustazah Noraini bte Hussin (Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22) telah mengadakan lawatan kerja (tidak rasmi) ke MBSA Cawangan Sg Buloh pada 01Ramadhan 1431 (Isnin)

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah setiausaha kehormat, Encik Faisal dan AJK MPP Zon 22, Puan Selvamary. Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang (Encik Mohamad Jamil) tidak dapat bersama-sama lawatan tersebut atas tugasan bersama YB Tuan Hj Khalid.

Taklimat dan perbincangan di antara Puan/Ustazah Noraini, Puan Selvamary dan
Encik Md Zawawi (Pengurus Cawangan)


Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

ISLAM ADILUNTUK SEMUA
IDAMAN, ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU, SEJAHTERA dan BERKEBAJIKAN

11 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARIPADA PAS CAWANGAN TAMAN BUKIT SUBANG

01 RAMADHAN 1431

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada umat/pejuang Islam seluruh dunia terutama di Shah Alam dan Taman Bukit Subang.

Semoga keimanan kita kepada ALLAH SWT dan RASULULLAH (yakin sepenuhnya kepada Al-Quran dan As-Sunnah) semakin bertambah dalam bulan yang penuh rahmat dan berkat ini.

Perbanyakkan ibadah selain berpuasa; Solat malam, solat tarawih, bersedekah, bertadarus Al-Quran, beriktikaf dalam masjid dan banyak lagi kerana ianya akan diberikan ganjaran pahala yang berganda daripada ALLAH SWT.

Daripada:
Encik Mohamad Jamil bin Abdul Rahim
Mewakili ahli jawatankuasa (kerja, pemuda dan muslimat) PAS Taman Bukit Subang.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN
PAS dan PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARIPADA MPP ZON 22

01 RAMADHAN 1431

Seksyen U15 dan U16: Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada Puan/Ustazah Noraini bte Hussin (Ahli Majlis/Pengerusi), Encik Faisal b. Abdul Raman (Setiausaha Kehormat) dan Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22.

Semoga Ramadhan ini dapat mendidik kita menjadi insan yang soleh dan solehah yang benar-benar beriman kepada ALLAH SWT dan RASULULLAH berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

10 Ogos 2010

WARNA-WARNI MAJLIS RAMAH-MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA SURAU - MPP ZON 22

01 RAMADHAN AL-MUBARAK 1431

Taman Bukit Subang: Majlis telah diadakan di Pusat Khidmat Ahli Majlis - Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 @ Dewan MBSA Pudina.

Alhamdulillah, kesemua wakil lapan (8) buah surau (Seksyen U15 dan U16) telah hadir ke majlis tersebut dan menerima sumbangan daripada MPP Zon 22.




Ucapan daripada Puan/Ustazah Noraini bte Hussin (Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22)


Antara tetamu kehormat yang hadir (dari kiri); Puan Zarina (Ketua Dewan Muslimat PAS Shah Alam), Encik Ajran (Ketua Kg. Batu Belah, Meru), Encik Ismahali - NYDP PAS Shah Alam (mewakili YB Khalid), Ustaz Zainuddin (PAID Petaling), Ustaz Syamsul Firdaus (PA YB Tuan Hj Yaakob Sapari) dan Encik Mohamad Jamil (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang)

Encik Ismahali sedang menyampaikan ucapan bagi mewakili YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad



Wakil Surau An-Ni'mah, Denai Alam (Encik Syed Tahir) menerima sumbangan daripada Puan/Ustazah Noraini. Turut kelihatan, Encik Mohamad Jamil dan Encik Faisal yang juga Setiausaha Kehormat MPP Zon 22 (kiri sekali).

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT

06 Ogos 2010

LAWATAN KERJA TIDAK RASMI YB KHALID KE TAMAN BUKIT SUBANG / DENAI ALAM

25 SYA'ABAN 1431

Taman Bukit Subang: Wakil-wakil rakyat PAS dan Pakatan Rakyat meneruskan tanggungjawab atas amanah daripada ALLAH SWT dengan sentiasa mendekati rakyat.

Terbaru, YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad (Yang DiPertua PAS dan Ahli Parlimen Shah Alam) telah mengadakan lawatan kerja secara tidak rasmi bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ke Taman Bukit Subang/Denai Alam dengan bertemu dan bersolat Jumaat bersama rakyat di Surau Al-Mahdi tengahari tadi dengan ditemani oleh anak dan pegawai pengiringnya (Encik Mohd Khairul Affandi).

Turut meraikan lawatan beliau adalah Pegawai Khasnya yang juga Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang, Encik Mohamad Jamil, Ustaz Mazlan (naib ketua cawangan), Encik Faisal (setiausaha cawangan).


ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN

MAJLIS RAMAH-MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA SURAU-SURAU - MPP ZON 22

25 SYA'ABAN 1431

Taman Bukit Subang: Satu Majlis Ramah-Mesra dan Penyampaian Sumbangan sempena Ramadhan Al-Mubarak kepada surau-surau di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 akan diadakan pada 08-08-2010 (Ahad), 9.00 malam di Pusat Khidmat Ahli Majlis @ Dewan MBSA Pudina.

Ianya adalah majlis rasmi pertama bagi Puan/Ustazah Noraini bte Hussin yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22.

Antara tetamu kehormat adalah YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad, YB Tuan Hj Yaakob b. Sapari dan Ustaz Zainuddin b. Zakaria (PAID Petaling).

Manakala tetamu jemputan adalah pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari, imam, bilal, siak dan ahli jawatankuasa bagi lapan (8) buah surau.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN
ORANG MUDE GENG KITE

WACANA ILMU - USTAZ AZHAR IDRUS

25 SYA'ABAN 1431

Pusat Khidmat Rakyat:

Majlis WACANA ILMU DI AMBANG RAMADHAN oleh USTAZ AZHAR B. IDRUS (daripada Terengganu) akan diadakan pada 07-08-2010 (Sabtu), selepas solat Maghrib di Masjid Taman Subang Perdana.

Rakyat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. Maklumat lanjut sila hubungi Encik Mohd Yusni @ 019-6675987

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

05 Ogos 2010

PENERANGAN KEPADA RAKYAT - MENUJU PUTRAJAYA

25 SYA'ABAN 1431

Kg. Melayu Subang; PAS dan Pakatan Rakyat meneruskan tradisi penerangan dengan siri-siri ceramah/wacana untuk memberi info terkini isu-isu semasa untuk mendedahkan pengkhianatan umno terhadap rakyat dan negara.




YB Khalid sedang memberikan pidatonya. Beliau antara tetamu yang hadir selain YB Dr. Dzulkefly, YB Ng Swee Lim, YB Dr. Nasir pada ceramah rakyat di Dewan MBSA Kg. Melayu Subang baru-baru ini.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN

04 Ogos 2010

PELANCARAN TABUNG IMPIAN RAKYAT MALAYSIA (TIRAM) - MENUJU PUTRAJAYA

23 SYA'ABAN 1431

Shah Alam: Rakyat Malaysia dijemput hadir dan bersama memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya.




ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

BERSAMA RAKYAT MENUJU - PUTRAJAYA
ORANG MUDE GENG KITE

03 Ogos 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG

22 SYA'ABAN 1431

Taman Bukit Subang: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (AJK: kerja, pemuda dan muslimat) mengucapkan tahniah kepada Puan/Ustazah Noraini bte Hussin (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor) kerana telah pilih dan diamanahkan oleh ALLAH SWT sebagai Ahli Majlis/Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP - MBSA) bagi Zon 22 sesi 2010/2011.

Ketuanya, Encik Mohamad Jamil mewakili kepimpinan PAS cawangan juga mengucapkan selamat datang dan berjanji akan berusaha bersama untuk membantu Puan/Ustazah Noraini bagi menjalankan tugas di zon ini, insya'ALLAH.

Semoga rakyat akan terus merasai nikmat kemenangan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN
ORANG MUDE GENG KITE

TEMASYA SUKAN TAHUNAN PASTI IBNU SINA KALI KE-06 TAHUN 1431H / 2010

22 SYA'ABAN 1431

Taman Bukit Subang:


Ucapan aluan daripada Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim, selaku Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Shah Alam

Ucapan perasmian daripada Ahli Majlis/Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 sesi 2010/2011 iaitu Puan/Ustazah Noraini bte Hussin







Acara bapa dan ajk (muslimin) - LARI DALAM GUNI

Acara PANCING BOTOL bagi ibu dan muallimah


Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama; (muallimah & jemaah pengurusan PASTI Ibnu Sina) dan kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN