03 Ogos 2009

HIMPUNAN MANSUH I.S.A BERJAYA & PERANGKAP POLIS JUGA BERJAYA










12 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: ALHAMDULILLAH, Himpunan Rakyat Mansuhkan (akta zalim) I.S.A pada 01-08-2009 berjaya untuk bagi isyarat kepada umno/be end bahawa rakyat semakin muak dengan kezaliman yang berlaku di Malaysia terutama berkaitan I.S.A !

Namun ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan. Pengalaman Himpunan BERSIH pada tahun 2007 telah membuatkan pihak polis merangka strategi untuk mengekang Himpunan Mansuhkan I.S.A menghantar memorandum ke Istana Negara.

Hasilnya, kumpulan himpunan yang berada di Masjid Negara telah terperangkap di belakang Dataran Merdeka (nak ke depan polis/FRU dan ke belakang juga polis/FRU telah menanti) ! Itulah perancangan ALLAH SWT, dengan cuaca yang panas terik seolah-olah satu tanda kegagalan yang tidak dijangka !

Terasa agak pelik (walaupun diakui pihak polis telah membuat sekatan arah ke Istana Negara), bila kumpulan himpunan di Masjid Negara berpatah balik ke Dataran Merdeka yang mana polis/FRU telah bersedia di sana, dan di belakang (dari arah Masjid Negara) polis/FRU mengekori dan juga bersedia untuk bertindak ! Satu kumpulan kecil peserta himpunan yang berada di Daya Bumi/Pos KL (tidak bersama ke Dataran Merdeka) telah ditembak dengan gas pemedih mata/air asid (terasa nikmatnya) dan kumpulan kecil peserta himpunan ini telah terselamat daripada diperangkap. "Peperangan adalah penuh dengan tipu daya......itulah peringatan daripada ALLAH SWT"

Manakala situasi, di Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Jalan Raja Laut, umumnya seluruh rakyat telah tahu melalui media alternatif yang sentiasa berusaha memberikan berita yang benar, telus dan sahih.

Apa pun tahniah kepada rakyat Malaysia yang semakin matang dan bijak dan bersedia untuk membuat perubahan yang besar pada Pilihanraya Umum @ PRU ke-13 nanti, ALLAHU AKBAR !

" ISLAM & PAS UNTUK SEMUA "