18 Julai 2010

TERIMA KASIH UMNO/BE END !

06 SYA'ABAN 1431

Sejenak renungan;

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu memang sepatutnya berterima kasih kepada umno/be end kerana terus-menerus menyusahkan rakyat.

Terbaru, kenaikan harga minyak, gula, gas dengan alasan seperti biasa > untuk kawal SUBSIDI.

It's oklah, umno/be end, naiklah berapa banyak pun harga dan berterusan menipu rakyat terutama orang Melayu, namun yakinlah orang Melayu tetap terus sokong umno/be end !

Bila Pakatan Rakyat suarakan tentang Felda bankrap, orang Melayu Felda terus marahkan Pakatan Rakyat. Inilah maruah orang Melayu, dari bayi, kanak-kanak, remaja, belia, pemuda, dewasa, tua dan hampir dikapankan berterusan diTIPU oleh pemimpin umno !

Entahlah, orang Melayu, bilalah hendak celik dan bijak. Jawapannya kembali kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH !

Fikirkanlah, rakyat Malaysia terutama orang Melayu !

16 Julai 2010

MESRA RAKYAT & CERAMAH ISU SEMASA

04 SYA'ABAN 1431

Taman Bukit Subang: Jemput kepada semua rakyat Malaysia khususnya di sekitar Taman Bukit Subang dan Denai Alam untuk hadir ke majlis penerangan ini bagi mendapat maklumat yang tepat dan telus daripada pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat mengenai isu-isu yang dilemparkan oleh umno/be end.


PAS dan PAKATAN RAKYAT UNTUK SEMUA

15 Julai 2010

MAJLIS CERAMAH ISRA' WAL MIKRAJ

03 SYA'ABAN 1431

Taman Bukit Subang: Surau Nurul Iman, Pangsapuri Teratai telah menganjurkan majlis ceramah bersempena Isra' wal Mikraj pada 10-07-2010 yang lalu.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah muda, Ustaz Hassan b. Fauzi (masih belajar) dengan kupasan yang cukup baik untuk panduan semua yang hadir.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad bersama dengan isteri beliau, Dr. Zaiton bte Abu Bakar.





ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS dan PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN
IDAMAN, ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU, SEJAHTERA dan BERKEBAJIKAN

TAPAK NIAGA BAZAR RAMADHAN TAHUN 1431H / 2010

03 SYA'ABAN 1431

Pusat Khidmat Rakyat: Persatuan Peniaga dan Penjaja Taman Bukit Subang (PPPTBS) telah membuka pendaftaran untuk peluang berniaga di Bazar Ramadhan pada tahun ini.

Ianya bagi menyahut seruan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk mempertingkatkan tahap ekonomi rakyat setempat.


Sebarang pertanyaan dan borang, sila hubungi; Encik Said Kamal @ 012-2561142 / Encik Mohamad Jamil @ 019-2138308 / Encik Rosely @ 013-6738656.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

04 Julai 2010

MAJLIS MAKAN MALAM, RAMAH MESRA DAN DIALOG MASJID/SURAU PARLIMEN SHAH ALAM

21 REJAB 1431

Seksyen 7, Shah Alam: Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam dengan kerjasama pejabat Adun Kota Anggerik dan Batu 3 telah mengadakan majlis makan malam, ramah mesra dan dialog bersama nazir masjid/pengerusi surau, setiausaha/wakil masjid dan surau di dalam kawasan Parlimen Shah Alam baru-baru ini.

Majlis tersebut telah diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dengan dihadiri oleh YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad, YB Rodziah bte Ismail, Ustaz Zainudin (PAID Petaling) dan Tuan Hj Haris (ahli majlis MBSA).





Semoga majlis ini dapatkan mengeratkan lagi hubungan di antara kepimpinan masjid/surau dengan YB, ahli majlis dan PAID Petaling.

" ISLAM ADIL UNTUK SEMUA "

02 Julai 2010

WARNA-WARNI KEJOHANAN STREET SOCCER DAN FORUM "MENCARI HIDAYAH"

19 REJAB 1431

Taman Bukit Subang: Kejohanan Street Soccer dan Forum "Mencari Hidayah" pada 27-06-2010 yang lalu telah mencapai kejayaan hasil doa dan kerjasama banyak pihak terutama ahli majlis, pto, AJK MPP Zon 22, AJK Pusat Khidmat Rakyat, Unit AMAL Malaysia, AJK Surau Al-Mahdi dan surau-surau di sekitarnya.

Walaupun program berlangsung dari pagi (street soccer) dan disambung ke malam (forum), namun ianya telah berjalan dengan baik.



Ucapan pada kejohanan Street Soccer oleh Tuan Hj Azli b. Yusof selaku ahli majlis/pengerusi (angkat) Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 @ Seksyen U15 (Kg. Bukit Cerakah) dan Seksyen U16 (Taman Bukit Subang/Denai Alam). Beliau juga merupakan Timbalan Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Parlimen Shah Alam


Adun Kota Anggerik yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Hj Yaakob b. Sapari sedang memberikan ucapan sebelum majlis forum bermula.




Dari kiri: Ustaz Azrul Hakim (selaku moderator), Ustaz Ann Wan Seng (ahli panel 1) dan Ustaz Fitri Abdullah (ahli panel 2)

Turut hadir adalah Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang telah menjayakan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan yang johan, naib johan dan tempat ke-3 pada kejohanan Street Soccer (sebelah pagi sehingga petang).

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN
ORANG MUDE GENG KITE

01 Julai 2010

PELANCARAN KEMPEN DAN HIMPUNAN RAKYAT - TAK NAK JUDI !

18 REJAB 1431

Pusat Khidmat Rakyat, Taman Bukit Subang:



Ayuh rakyat Malaysia (yang berbilang bangsa dan agama), bersama tunjukkan protes anda kepada kerajaan umno/be end !

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
ADIL, AMANAH, SEJAHTERA & BERKEBAJIKAN