30 April 2010

ARB LABUR DALAM MAGNUM ? MUFTI DAN HARUSSANI DIMINTA BERI PANDANGAN

15 JAMADIL AWAL 1431

KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar).

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.

Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlsberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau.

Sumber berita: www.harakahdaily.net

" PAS & Pakatan Rakyat Memimpin Perubahan Rakyat "
" Orang Mude Geng Kite "

29 April 2010

Pengundi Cina Hulu Selangor Buktikan Tolak BN, Peruntukan Akan Dapat Juga

14 JAMADIL AWAL 1431

Posted on Thursday, April 29 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
@ Sumber berita www.tranungkite.net
Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di Hulu Selangor kerana memberikan sokongan hebat kepada Pakatan khususnya kepada pengundi Cina yang jelas mendukacitakan BN

Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengunakan duit peruntukan rakyat untuk Kementerian Pelajaran bagi membayar 'hutangnya' kepada pengundi Cina sebanyak RM 3 juta. SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor menerima duit itu walaupun kaum Cina sudah menolak parti berkenaan.

Rakyat yang bijak akan melihat bahawa jika mereka tidak undi BN sekalipun, BN akan berikan bantuan juga akhirnya. Mungkin sesetengah rakyat beranggapan bahawa mereka kalau sokong BN akan dapat lebih.

Tetapi harus diingat BN terdesak berikan bantuan RM 3 juta yang tiada dalam senarai perancangan perbelanjaan Kementerian Pelajaran itu kerana ingin mendapatkan sokongan kaum Cina. Pilihanraya Parlimen Sibu yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina menjadi sasaran terbaru mereka selepas dikecewakan oleh pengundi Cina di Hulu Selangor.

Jika BN ikhlas, bantuan berkenaan sudah diterima sejak zaman Palanivel menjadi Wakil Rakyat lagi. Tapi BN sengaja bermain wayang untuk menunjukan lakonan keprihatinan kepada rakyat sedangkan banyak lagi sekolah Cina dan India serta sekolah Agama Rakyat yang belum mendapat bantuan Kerajaan diseluruh negara. Malah nasib empat orang guru yang dilaporkan berumah dibawah kelas tempat mereka mengajar sejak 3 tahun lalu masih belum mendapat bantuan.

PAS baru-baru ini turut menerima aduan bahawa kelas-kelas mengaji dewasa di Masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Negara terpaksa dikurangkan berikutan kekurangan guru lantaran pihak Kerajaan sudah mengurangkan bantuan. Bantuan tahunan terpaksa dikurangkan bagi menampung belanjawan 'terkejut' Kerajaan BN yang selalu diumumkan masa Pilihanraya kecil.

PAS menyarankan rakyat di Parlimen Sibu menyediakan senarai panjang tuntutan segera mereka kepada BN menjelang pilihanraya kecil nanti. Inilah masa dan peluang untuk mereka menikmati pembangunan dan bantuan Kerajaan secara pantas tanpa perlu menunggu kertas kajian belanjawan dibentangkan kepada kabinet.

PAS berharap agar rakyat terus menolak BN, dan yakinlah bahawa bantuan lebih banyak akan diterima jika rakyat tolak BN kerana mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk berbelanja besar untuk meraih kembali sokongan rakyat bila sudah ditolak seperti yang dilakukan oleh pengundi Cina Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Bantuan-bantuan ini belum dicampur lagi dengan bantuan yang akan diberikan Kerajaan Pakatan. Ini bermakna pengundi Hulu Selangor bukan sahaja menikmati bantuan BN, tetapi akan dapat bantuan berganda dari Pakatan kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

" BERANI BUAT PERUBAHAN - PAS & PAKATAN RAKYAT "

KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID - YB KHALID B. ABDUL SAMAD

14 JAMADIL AWAL 1431

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

"PAS & PAKATAN RAKYAT - KEADILAN UNTUK SEMUA"

MATINYA AMINULRASHID, CEKAPNYA POLIS KITA ?

14 JAMADIL AWAL 1431

Posted on Tuesday, April 27 @ 12:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
@ Sumber berita www.tranungkite.net
Oleh: laniismaa

"Sedih dan sayu. Aminulrashid pergi jua. Aminulrashid pergi dengan trajis. Ada lubang peluru di belakang kepalanya. Luluh hati keluarga Aminulrashid melihatnya pergi dan lagi luluh hati mereka Aminulrashid dilabel penjenayah oleh polis kita.

Mungkin Aminulrashid lari kerana tiada lesen memandu, dan memandu laju. Balasannya Aminulrashid ditembak mati polis. Aminulrashid ingin merempuh polis. Balasan Aminulrashid ditembak mati polis. Ada parang dalam kereta. Balasannya Aminulrashid ditembak mati polis. Mudahnya Aminulrashid mati ditembak polis.

Macam-macam dakwan polis setelah menembak orang. Dakwaan polis dan saksi terbabit, kawan Aminulrashid jauh bezanya. Langit dengan bumi. Anda bacalah, ada di mana-mana. Kita sangsi dengan polis. Mungkin polis guna falsafah “Sebelum aku kena, lebih baik mereka yang kena” . Agama suruh kita guna akal dan hati, bukannya nafsu.

Kita ragu-ragu dengan macam-macam. Polis, SPR, SPRM dan mahkamah. Memang kita ini teruk dan semakin teruk. Negara dan masyarakat kita juga semakin teruk. Penubuhan Suruhanjaya Polis entah ke mana. Dah cukup kata mereka dengan apa yang ada. Penyiasatan polis yang dibuat, buat kita ragu-ragu. Kita tak mendengar apa-apa. Pemuda mengamuk di Kangar yang ditembak mati salah satunya.

Apa-apapun Aminulrashid dah pergi. Dia pergi begitu. Dia bersama alamnya. Alam kita, kita perbetulkan apa yang tidak betul. Halalkah kita mudahnya menembak mati seseorang. Lihat pada gambarnya, tak sampai hati nak memenggilnya penjenayah. Al-Fatihah buat Aminulrashid...

BANGKITLAH RAKYAT ! Perbetulkan segala kesilapan, sokonglah PAS dan Pakatan Rakyat.

23 April 2010

KEMPEN: BN LAYAN ORANG ASLI SAMPAI MABUK ? JIKA BENAR ZALIM SUNGGUH UMNO/BN

08 JAMADIL AWAL 1431

Sumber berita: Harakahdaily @ www.zaiduntukrakyat.com


Hulu Selangor: Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di tanah air.

“Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam, selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk, kami (sukarelawan) susah nak kawal,” ujar Uday Kadir, 45.

Beliau turut mempertikaikan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen politik BN termasuk peranan tidak langsung Jabatan Hal Ehwal Khas Orang Asli (JHEOA) yang membenarkan kenderaan rasmi kerajaan digunakan oleh jentera Umno/BN sejak kelmarin.

“Orang BN guna jentera dan kenderaan JHEOA untuk kempen ke atas Orang Asli,” jelasnya di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru.

Menurut beliau, JHEOA tidak perlu berpura-pura tidak tahu dengan pendedahan yang dibuatnya.

Ini kerana, beliau bersama sukarelawan Orang Asal dari Temerloh berkata, pasukan sukarelawan menyedari bahawa kenderaan yang dipakai oleh para jentera BN untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli adalah kenderaan rasmi JHEOA, milik kerajaan.

“Kami kenallah dengan pelekat BN (yang) dilekat atas logo JHEOA (pada kenderaan JHEOA),” ujarnya.

Berkongsi pengalaman dengan wartawan, beliau pernah melihat seorang wakil rakyat BN cuba membeli undi daripada Orang Asal dari Kampung Gerachi Jaya.

“Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tak tahu siapa dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak.”

Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.

“Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit saja,” ujarnya.

Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.

“JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.

Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di sini, Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN.

“Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah,” ujarnya.

Menurut beliau, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman yang tersendiri melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di sini.

“Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul, Najib jentera BN beri RM10,” beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.

Disebabkan kempen kesedaran yang dilakukan oleh para sukarelawan Orang Asli Pahang di Hulu Selangor, seorang Tok Batin Perat, 52, merupakan antara pemimpin Orang Asli tempatan yang tampil mempertahankan hak serta warisan Orang Asli di Hulu Selangor.

Dalam kenyataan media yang sama, beliau berkata, beliau sedia dipecat kerana mempertikai JHEOA.

“Raya rela dipecat oleh JHEOA sebagai Batin di sini (Hulu Selangor) kerana mahu pertahan tanah Orang Asal,” jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempertikai janji-janji manis segelintir pemimpin BN dalam menyelesaikan isu tanah asal mereka masing-masing.

“(BN) cakap tentang pembangunan padahal bohong belaka, buktikan pada Orang Asal di sini, rizabkan tanah-tanah Orang Asal.

“Saya lihat JHEOA dah jadi BN, nak tekan Orang Asal, tanah asal kerana Orang Asal mahu tinggalkan BN,” jelasnya.

Ekoran itu, beliau mencabar BN supaya menyediakan peluang yang lebih realistik kepada Orang Asal sekiranya jujur mahu membantu Orang Asal di Hulu Selangor.

“Kalau betul (BN) nak tolong Orang Asal, buat tanaman Felcra, bagi Orang Asal uruskan ladang. Jangan bagi rasuah, jangan bagi rosak Orang Asli,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang komitmen calon Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan masalah malar segar Orang Asal di Hulu Selangor.

“Sesiapa pun memerintah, yang penting rizabkan tanah Orang Asal. Kalau Zaid Ibrahim yang berjuang rizabkan tanah Orang Asal, maka Orang Asal sokong mereka yang rizabkan,” katanya.

Sebelum pada itu, Koordinator Bilik Gerakan Khas Orang Asli, Elizabeth Wong mempertikai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kerana membenarkan pihak Polis membuka pondok jaga di kampung-kampung Orang Asli.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, insiatif Polis itu mengakibatkan Orang Asli tidak bebas mendengar kempen-kempen politik sepanjang musim pilihan raya kecil kali ini.

“Sekiranya SPR bermaruah, dia seharusnya keluarkan semua pondok polis dari kampung-kampung Orang Asli. Kalau pondok Polis diletakkan di kampung-kampung Orang Melayu atau Cina, tak ada masalah.

“Tetapi, kalau Polis diletakkan di tempat Orang Asli mereka akan takut,” jelasnya.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, pilihan raya kali ini menyaksikan BN terpaksa berhadapan dengan pelbagai pertikaian termasuk oleh Orang Asli tempatan.

" MASA UNTUK BUAT PERUBAHAN "

APCO Didakwa Nasihat Umno Rujuk Anwar Ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan

08 JAMADIL AWAL 1431


Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali (gambar) menegaskan Umno-Barisan Nasional telah menjadi hamba kepada Zionis Israel sehingga terpaksa mengikut nasihat APCO Worldwide agar ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujuk ke Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan.

“Hari ini menjadi sejarah bagi Umno-Barisan Nasional yang menjadi hamba kepada Zionis Israel sehingga terpaksa mengikut telunjuk dan nasihat Apco agar Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan.

“Jelas Umno-Barisan Nasional takut untuk berdepan dengan kenyataan dari Anwar yang mempunyai bukti yang kukuh sehingga mengambil tindakan menutup mulut Anwar agar isu tersebut tidak dipanjangkan lagi,” kata Azmin dalam perbahasan tentang usul membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ke Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan.

Azmin juga menyifatkan usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz adalah satu tindakan untuk menutup kesilapan kerajaan dengan penglibatan Apco.

“Umno terus menyokong Apco-Israel dengan mengambil tindakan ke atas seorang yang berani membongkarkan penglibatan Israel dengan negara ini. Usul ini adalah Umno bukannya usul kerajaan yang jelas telah meletakkan hukuman terhadap Permatang Pauh.

“Usul yang dibawa ini tidak adil kerana ianya telah mendahului prosiding, ini menunjukkan kerajaan tergopoh- gapah untuk membawa Pematang Pauh agar dikena tindakan jelas telah menerima nasihat dari Apco dan tidak mustahil wakil Apco berada di dalam Dewan ini dan juga kawasan Parlimen.

“Dakwaan yang dikeluarkan oleh Permatang Pauh amat jelas dengan segala bukti kenapa beliau hendak dirujuk, kenapa Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri tidak hadir untuk menjelaskan dakwaan tersebut, kita mahukan penjelasan,” tegasnya lagi.

Azmin juga memberitahu ini adalah usaha terancang Umno untuk menutup segala kesilapan besar yang dilakukan oleh Umno agar tidak terus dibawa ke Parlimen.

“Kita tahu ini adalah usaha terancang Umno untuk menutup segala kesilapan besar mereka yang telah membenarkan penglibatan Israel dalam pentadbiran negara ini. Saya jelaskan disini dakwaan Anwar jelas dan sangat serius kerana kita lihat bukan sahaja isu 1 Malaysia yang menyamai One Israel tetapi keselamatan negara kita telah dicerobohi oleh Israel yang menjadi tunjang kedaulatan negara.

“Anwar telah mengemukan segala dokumen dan bukti kenapa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mengambil serius tentang bukti tersebut malah menuduh Anwar mengelirukan Dewan.

“Apakah tindakan Anwar ini menjadi satu kesalahan dan boleh mengelirukan dewan. Saya mengajak Ahli Parlimen Umno supaya tegas jangan terlalu mengikut telunjuk pemimpin mereka sehingga sanggup membiarkan Zionis Israel ceroboh negara kita,” sambungnya lagi.

Azmin memberitahu usul yang dibawa ini adalah niat jahat Umno terhadap Pakatan Rakyat selain menyekat kemaraan Anwar dan juga menpertahankan Apco-Israel.

“Umno tidak dapat menjawap dakwaan tersebut sehingga menggunakan kuasa mereka untuk menghukum Ketua Pembangkang agar isu ini terus senyap,” tegasnya sebelum mengakhiri ucapannya.

" PAS dan PAKATAN RAKYAT FOR ALL "
" ORANG MUDA GENG KITA "

PERUTUSAN TOK GURU NIK AZIZ UNTUK PENGUNDI HULU SELANGOR

08 JAMADIL AWAL 1431

Sumber berita: www.zaiduntukrakyat.com

Bahaya pemikiran Umno: tolak Umno, terimalah kebenaran Islam

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),

Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.

Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.

Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat, “sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid (rumah Allah) Tuhan yang Maha Kuasa.

TGNA poster in KKB supporting Datuk Zaid

Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.
Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.

Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.

Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.
Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan.

Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.

Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Harapan Baru Malaysia
*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

21 April 2010

MALAYSIA HENTI EKSPORT GASOLINE KE IRAN KERANA AMERIKA DAN ISRAEL ? JIKA BENAR PENGKHIANATAN KEPADA UMAT ISLAM

06 JAMADIL AWAL 1431

Posted on Tuesday, April 20 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
@ www.tranungkite.net
Oleh: puyuh

"KUALA LUMPUR, 20 April: Selepas beberapa hari kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline - petroleum bertapis - kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nuklearnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasoline - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nukleur.

Bagaimanapun Iran mendakwa, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nukleur untuk menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan awam di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasoline ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.

"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasoline ke Iran, sebagai tidak tepat.

"Ia tidak betul dan keputusan itu bukan diambil bersendirian oleh Petronas. Ia membabitkan jualan setempat dan ia tidak lagi diperlukan, oleh itu mereka tidak lagi melakukannya (menjual)," katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.

Najib berkata ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya.

Namun begitu, agensi berita antarabangsa itu mempertahankan laporannya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik firma perhubungan awam yang berpusat di Washington, APCO Worldwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia dan seterusnya menghasilkan slogan 1 Malaysia.

Anwar menunjukan bukti di Parlimen bahawa APCO juga adalah syarikat yang terlibat dalam membina imej Ehud Barack melalui projek One Israel.

Beliau juga menunjukkan bukti bahawa APCO adalah syarikat yang dikuasai oleh orang Yahudi termasuk para bekas perisik kanan Isreal.

http://www.harakahdaily.net/v2/

Dalam kesibukan UMNO dan BN mencanangkan isu arak, menyerang peribadi calon PKR (walaupun sebelum itu mereka sendiri melarang daripada berkempen menggunakan isu peribadi), Muhyiddin mencanang DSAI sebagai pengkhianat, MAKA berita di atas amat malang sekali apabila Malaysia yang dicanang-canang sebagai NEGARA ISLAM CONTOH khususnya kepada OIC TERPAKSA MELUTUT kepada desakan Amerika dan sekutunya Israel secara tidak langsung.

Wahai para ulamak UMNO, tegurlah pemimpin kamu agar kamu tidak terjerumus ke lembah kebinasaan bersama-sama mereka. Ingatlah Allah akan menyoal apa yang telah kamu lakukan. Manfaatkanlah ilmu yang kamu ada dan jangan sokong membabi-buta, kelak sia-sia sahaja ilmu agama yang ada pada diri kamu semua.

" PAS dan PAKATAN RAKYAT Memimpin Perubahan "


20 April 2010

SERANGAN PERIBADI - GAMBAR ZAID IBRAHIM MINUM ARAK ? UMNO TERUS BUKA PEKUNG SENDIRI

05 JAMADIL AWAL 1431

Posted on Monday, April 19 @ 00:34:11 PDT @ www.tranungkite.net
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: Pemerhati

GAP telah menyiarkan gambar Zaid Ibrahim yang dikatakan peminum arak tegar. Namun gambar yang disiarkan hanyalah gambar Zaid Ibrahim bersama botol arak. Bukannya sedang meminum arak. Mungkin gambar yang meminum arak masih di simpan untuk dijadikan senjata terakhir !

Yang bermain diminda pemerhati, adakah ia sekadar gambar superimpose? Forum TKO ada pendedahannya...



Gambar tersebut diambil daripada portal http://www.thenutgraph.com/man-of-a-hundred-contradictions dan gambar asal itu tidak ada pun Zaid memegang botol apa-apa.


Inilah gambar asal tersebut:


Semoga rakyat terutama orang MELAYU di Parlimen Hulu Selangor (DUN: Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Hulu Bernam) dapat membuat perubahan yang drastik pada pilihanraya kecil ini dengan mengundi Pakatan Rakyat @ Dato' Zaid Ibrahim.

" PAS dan PAKATAN RAKYAT WADAH KEADILAN UNTUK SEMUA "
" ORANG MUDA GENG KITA "

INFO TERKINI - PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN HULU SELANGOR

05 JAMADIL AWAL 1431

Hulu Selangor: Parti KeADILan Rakyat dengan kerjasama rakan dalam Pakatan Rakyat (PAS dan DAP) telah membangunkan laman web khas untuk info terkini pilihanraya kecil bagi Parlimen Hulu Selangor.


Layari: www.zaiduntukrakyat.com


" PAS dan PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ORANG MUDA GENG KITA "

PAS TAMBAH BILANGAN JENTERA PETUGAS DI HULU SELANGOR

05 JAMADIL AWAL 1431

Oleh: Nazri Abdullah @ www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 20 April: PAS menambah bilangan petugas ke Hulu Selangor bagi membantu gerak kerja kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat, Dat0' Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil parlimen itu Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut siang tadi.

"PAS malam tadi membuat keputusan akan all out hantar tenaga kita sebanyak mana yang diperlukan untuk membantu PKR," katanya.

Keputusan menghantar pasukan tambahan itu dibuat pada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Dengan kerahan tenaga baru itu menurutnya, bilangan petugas PAS di Hulu Selangor akan meningkat dari 20 peratus kepada 60 peratus.

"Kita ada unlimited resources, walaupun Zaid calon PKR, tapi Zaid mewakili PKR, DAP dan PAS," katanya lagi.

Mengulas isu serangan peribadi terhadap Zaid berhubung isu arak pula beliau berkata, tindakan Umno itu tidak ada kelas dan bakal memakan diri sendiri.

Umno/BN, katanya akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan Zaid tidak berada di parlimen.

"Seluruh perdana menteri yang perintah Malaysia terlibat dengan arak kecuali Abdullah Badawi".

"Yang lain terlibat, ada saya tengok dengan mata kepala saya sendiri pun ada, tapi saya tak mahu cakaplah," katanya lagi.

Lebih memalukan dedahnya, pemimpin Umno tidak terlepas daripada gejala rasuah, arak, judi dan perempuan.

"Ini budaya dalam Umno, saya pernah dalam kerajaan dulu, saya tahu. Tidak ada seorang pun pemimpin Umno terlepas dari salah satu benda ini," katanya.

PAS dan PAKATAN RAKYAT FOR ALL

ORANG MUDA GENG KITA

17 April 2010

WARNA-WARNI PENAMAAN CALON PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN HULU SELANGOR

02 JAMADIL AWAL 1431

Kuala Kubu Bharu: Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor (P. 094) di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor telah berjalan dengan baik.














Calon Pakatan Rakyat dari PKR, Dato' Zaid b. Ibrahim akan ditentang calon BN (MIC) dan dua (2) orang calon bebas.

Kepimpinan, ahli & penyokong PAS/Pakatan Rakyat teruskan usaha, gerakerja, munajat, doa dan akhirnya bertawakal agar ALLAH SWT memberikan kemenangan pada pilihanraya ini, insya'ALLAH.

Proses pengundian akan diadakan pada 25-04-2010 (Ahad).

" PAS dan PAKATAN RAKYAT FOR ALL "
" ORANG MUDA GENG KITA "

05 April 2010

KEKEJAMAN YAHUDI / ZIONIS (ISRAEL)

20 RABI'UL AKHIR 1431

Renungan bersama, kekejaman yahudi/zionis (Israel) laknatullah kepada umat Islam (Palestin khususnya) sepanjang zaman sehingga akhirat !
Lambang zionis / yahudi laknatullah










Rakyat Palestin terus dizalimi sepanjang masa dan ketika, tetapi umno telah melantik APCO Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1 Malaysia.

Sedarlah rakyat Malaysia terutama orang MELAYU !

" MASA UNTUK BERUBAH "
" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ORANG MUDA GENG KITA "

UMNO DEDAHKAN NEGARA KEPADA ANCAMAN

20 RABI'UL AKHIR 1431

Hashim Abdullah > Info berita daripada harakahdaily.net

KUALA KRAU, 4 April: Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata corak pemerintahan yang diamalkan pemimpin Umno BN telah meresahkan rakyat kerana meletakkan negara ini terdedah kepada ancaman keselamatan daripada pihak luar.

Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Jengka 21, dekat sini, semalam Mahfuz berkata kejadian yang berlaku akhir-akhir ini termasuk kehilangan injin jet dan hubungan kerajaan dengan APCO Worldwide menunjukkan pemimpim Umno tidak peka dengan isu keselamatan yang menjadi kebimbangan rakyat.

“Kita melihat tindakan pemimpin pemerintah Umno telah meresahkan rakyat kerana isu keselamatan negara yang terdedah kepada ancaman luar.

“Kerajaan gagal memberikan jawapan terhadap hubungannya dengan APCO sebuah syarikat dikuasai Yahudi zionis Israel yang menyalurkan perkhidmatan yang membabitkan maklumat strategi.

“Dulu injin jet pejuang kita hilang, kini maklumat strategi kita juga boleh terdedah kepada ancaman luar. Ini isu besar yang membabitkan isu keselamatan negara.. Kita bimbang keadaan ini memperlihatkan institusi keselamatan dan pertahanan negara yang sepatutnya kebal telah tidak kebal dan boleh dibolosi,” katanya.

Tambah Mahfuz pemimpin Umno tidak peka dengan dasar luar negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel tetapi menjalinkan hubungan dengan ejen yahudi yang secara jelas ada hubungkait dengan kerajaan zionis Israel yang telah membunuh secara zalim umat Islam Palestine.

“Tindakan pemimpin Umno yang menjalinkan hubungan dengan Acpo tidak sepatutnya berlaku kerana dasar luar Negara yang tidak ada hubungan diplomatic dengan negara Israel,” katanya.

" MASA UNTUK BERUBAH "

02 April 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN SHAH ALAM TAHUN 1431H/2010

16 RABI'UL AKHIR 1431

Bandaraya Shah Alam:
Selepas berakhirnya mesyuarat agung tahunan PAS cawangan-cawangan, dewan pemuda dan dewan muslimat kemuncaknya adalah Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Shah Alam bagi tahun 1431/2010.

Ianya akan diadakan pada 04-04-2010 (Ahad), 8.30 pagi - 2.00 petang di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Semoga mesyuarat agung ini akan menjadi medium untuk muhasabah diri samada pimpinan ataupun ahli.

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ORANG MUDA GENG KITA "