11 Ogos 2009

LAWATAN KAFA INTEGRASI NURUL IMAN

20 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Seramai 57 orang murid-murid KAFA Integrasi Nurul Iman, Taman Bukit Subang dengan diiringi 5 orang mualimah/ustazah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara, Petrosains (KLCC) dan Muzium Negara pada 09-08-2009 (Ahad) yang lalu.

Rombongan telah bertolak pada pukul 8.45 pagi dan selamat kembali ke Taman Bukit Subang lebih kurang pukul 9.30 malam.

Turut hadir sama bagi meraikan rombongan tersebut (sebelum bertolak) ialah ahli lembaga pentadbir (ALP); Encik Faisal b. Abdul Raman, Encik Mohd Shahril b. Mothtar dan Mualimah Zuraina bte Mohd Jaeh.

Alhamdulillah, lawatan tersebut telah berjaya dan dilindungi ALLAH SWT walaupun dunia dan Malaysia sedang dilanda bala/musibah serangan wabak Influenza A (H1N1).








" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "

" KE ARAH MELAHIRKAN INSAN RABBANI "