29 Jun 2010

MESYUARAT AGUNG KHAS PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA SURAU NURUL IMAN, PANGSAPURI TERATAI

16 REJAB 1431

Taman Bukit Subang: Surau Nurul Iman, Pangsapuri Teratai telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2010-2013 pada 20-06-2010 yang lalu, 9.30 pagi bertempat di dewan solat surau.

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim yang merupakan Nazir Masjid Al-Istiqomah, Kayangan Height.

Seramai 44 orang anak kariah telah hadir ke mesyuarat agung itu bagi menunaikan tanggungjawab bersama.





Gandingan mantap saf ahli jawatankuasa baru (diketuai Ustaz Ahmad Kurtubi b. Masduki) yang telah dipilih oleh kariah untuk bersama memikul amanah daripada ALLAH SWT.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

25 Jun 2010

UMNO GUNA SEKOLAH ? PAS DAN PAKATAN RAKYAT BANTAH !

12 REJAB 1431

Pusat Khidmat Rakyat: PAS dan Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang membantah penggunaan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang oleh Umno Bahagian Shah Alam (melalui Puteri Umno) untuk satu program motivasi dan pemantapan minda pada 26-06-2010 (Sabtu), bertempat di sekolah sendiri.

Menurut Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang (Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim), "Kami tidak membantah program tersebut lebih-lebih lagi untuk kebaikan murid-murid dan ibubapa/penjaga serta ianya adalah anjuran pihak sekolah sendiri dan Yayasan Pelajaran Mara tetapi kenapa perlu melibatkan parti politik Umno terutamanya". Itu yang menjadi persoalan !

"Perkara ini menyerlahkan lagi sikap TALAM DUA MUKA Umno dengan menggunakan apa jua mekanisma bagi tujuan politik murahan mereka", ujar beliau.

"Jika Umno boleh menggunakan sekolah, bagi juga ruang kepada PAS dan Pakatan Rakyat bagi tujuan yang sama. Tunjukkan sistem demokrasi yang sentiasa dilaung-laungkan oleh pemimpin Umno", tegas beliau lagi.

Oleh itu, PAS dan Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang akan menghantar surat bantahan kepada pihak sekolah, Yayasan Pelajaran Mara dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan mengharapkan ianya tidak berulang.

NOTA: Menurut maklumat yang lain, surat jemputan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada ibubapa/penjaga tiada logo atau yang berkaitan dengan Umno !

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN
ORANG MUDE GENG KITE

23 Jun 2010

TALK-AT ZONE @ FORUM "MENCARI HIDAYAH" DAN KEJOHANAN STREET SOCCER (REMAJA)

10 REJAB 1431

Taman Bukit Subang:

Talk-At Zone @ Forum "Mencari Hidayah"
27-06-2010
Ahad
9.00 malam
Perkarangan Surau Al-Mahdi, Taman Bukit Subang
Ahli Panel: Saudara Ann Wan Seng, Ustaz Fitri Abdullah dan Ustaz Azrul Hakim Suradi

Kejohanan Street Soccer (Remaja @ 7-12 tahun dan 13-17 tahun)
27-06-2010
Ahad
8.00 pagi - 5.00 petang
Padang Awam MBSA (Berhadapan Sek. Keb. Taman Bukit Subang)

Program adalah anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat, Unit AMAL Malaysia (Cawangan Taman Bukit Subang) dan Surau Al-Mahdi.

NAK - Bolasepak
TAK NAK - JUDI Bola

" ISLAM ADIL UNTUK SEMUA "
" ORANG MUDE GENG KITE "
" BERSAMA JIHAD BANTU PALESTIN "

12 Jun 2010

MUKTAMAR PAS 1431 / 2010


SELAMAT DATANG

KE

MUKTAMAR PAS PUSAT

BAGI TAHUN 1431 / 2010

PADA 09-13/06/2010

DI PUTIK, KELANTAN


ALLAH SWT AKAN LAKNAT UMNO ?!

29 JAMADIL AKHIR 1431


Ya ALLAH, Kau timpakanlah kepada mereka-mereka yang zalim kepada agamaMu dengan BALA yang dahsyat. Semoga menjadi pengajaran kepada mereka di dunia ini ! Mereka terang-terang mengHALALkan yang HARAM, ya ALLAH !

" ISLAM dan PAS FOR ALL "
" PAS dan PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN "

01 Jun 2010

KONVOI KE GAZA DISERANG YAHUDI/ZIONIS/ISRAEL LAKNATULLAH: PAS SERAH MEMO ESOK, DEMO JUMAAT

18 JAMADIL AKHIR 1431

Sumber berita: www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Sehubungan itu, penyokong solidariti Palestin dan ahli PAS di sekitar Lembah Klang khasnya di Kuala Lumpur dan Selangor diminta hadir sebagai tanda sokongan.

Mereka diminta membawa bendera Palestin dan placarad sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman zionis Israel.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut awal pagi tadi.

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa itu diketuai oleh sebuah NGO dari Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

Pengerusi Dakwah dan Perkaderaan Pemuda PAS, Ustaz Ridwan Mohd Nor berharap semua peserta demo perlu membawa kain rentang, poster mempamerkan bantahan terhadap kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Israel.

Katanya, himpunan pada hari Jumaat itu akan menyatakan bantahan kepada pelindung Israel iaitu kerajaan Amerika Syarikat dan rejim Mesir.

Beliau menyelar tindakan serangan yang dilakukan oleh rejim Israel kerana kapal tersebut membawa bantuan kemanusiaan untuk membantu umat Islam Gaza.

Umat Islam Gaza kini sedang terkepung akibat pemencilan Israel dan sekutunya termasuk rejim Arab, katanya.

“Semua peserta demo akan berkumpul di Tabung Haji dan insya Allah demo akan dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, pimpinan Pemuda dan juga wakil NGO,” ujarnya.

Beliau menyeru semua masjid dan markas PAS seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa qunut nazilah supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza.

Sementara itu, Muslimat PAS Selangor turut membantah keras kekejaman tentera Israel yang menyerang misi sukarelawan membantu umat Islam yang terkepung di Gaza.

Naibnya, Ustazah Mariam Abd Rashid berkata, misi tersebut hanya untuk membantu mangsa perang yang sedang berhadapan dengan kesukaran dan keputusan makanan serta bekalan ubat-ubatan.

Sebenarnya kata beliau, Amerika Syarikat tidak serius melarang tentera Israel malah secara diam-diam rejim Obama menyokong tindakan tersebut.

"Kita minta umat Islam seluruh dunia berdoa dan munajat supaya konvoi sukarelawan itu terselamat dan Israel laknatullah segera dibalas Allah," katanya.

:- Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang pula mendesak agar umno/be end memutuskan serta-merta hubungan dengan APCO (yahudi) dan membatalkan lesen HALAL judi bagi bola sepak Piala Dunia. Ini semua mengundang BALA daripada ALLAH SWT !

" ISLAM dan PAS FOR ALL "

" PAS dan PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN "

" IDAMAN, ADIL, AMANAH, SEJAHTERA, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "