27 Ogos 2009

CERAMAH PERDANA

06 RAMADHAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Bersempena dengan kemenangan PAS/Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dun Permatang Pasir, satu siri ceramah perdana akan diadakan pada 30-08-2009 (Ahad), 9.00 malam di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak.

Antara penceramah adalah Yang Berbahagia Tuan Hj. Mohamad b. Sabu (AJK Kerja PAS Pusat), Ustaz Mohd Nor b. Muhamad (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan) dan Yang Berhormat Ustaz Mohd Salleh b. Man (baru diamanahkan dan dipilih sebagai Adun Permatang Pasir).

Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa dijemput hadir.

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "