28 September 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG

09 SYAWAL 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang (Parlimen Teluk Kemang) pada 11-10-2009 (Ahad) manakala proses penamaan calon pada 03-10-2009 (Sabtu).

Yang menarik perhatian pada pilihanraya kecil kali ini adalah jumlah pengundi pos yang hampir 5,000 orang seolah-olah menunjukkan kemenangan lebih berpihak kepada BN ! Benarkah tekaan ini ?

Kepada kepimpinan, ahli, penyokong dan jentera pilihanraya PAS (terutamanya) terus pertingkatkan munajat agar pertolongan ALLAH SWT sentiasa bersama-sama kita.

PAS Cawangan Taman Bukit Subang telah aturkan konvoi untuk ke proses penamaan calon pada 03-10-2009, berkumpul di PASTI Ibnu Sina (Blok 7, Pangsapuri Teratai) pada pukul 4.00 pagi, sumbangan ikhlas RM20.00, sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Rosely bin Razak (bendahari) > 013-6738656.

PENTING: Sebelum bertolak ke Bagan Pinang, akan diadakan munajat @ qiamullail.

" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "
" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "

24 September 2009

SALAM KEMENANGAN EIDULFITRI

05 SYAWAL 1430


Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (Ahli Jawatankuasa: Kerja, Pemuda, Muslimat dan Nisa') mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya EIDULFITRI 1430H/2009.

Semoga kita meraikannya dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada ALLAH SWT.

Daripada: Mohamad Jamil bin Abdul Rahim (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang)

" ISLAM dan PAS Memimpin Perubahan "
" ISLAM dan PAS Untuk Semua "
" Bubar DUN Perak "
" Mansuhkan I.S.A "

16 September 2009

EIDULFITRI - KESEDIHAN KELUARGA TAHANAN I.S.A

26 RAMADHAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Salam malam Lailatul Qadr, bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya, umat ISLAM meneruskan ibadah dan i'tikaf di masjid (10 malam terakhir) agar mendapat rahmat dan keampunan daripada ALLAH SWT.


Kegembiraan semakin terasa untuk menyambut hari kemenangan Eidulfitri, tetapi bagaimana dengan keluarga (isteri dan anak-anak) yang suami/bapa mereka masih menjadi mangsa tahanan I.S.A !

Kerajaan umno/bn (termasuk ahli dan penyokong), ingatlah ! ALLAH SWT akan makbulkan doa orang-orang yang dizalimi, cuma masa dan ketikanya sahaja yang tidak diketahui, tetapi pasti balasan daripada ALLAH SWT akan tiba apabila sampai waktunya ! Itulah janji ALLAH SWT kepada mereka yang zalim kepada manusia dan makhlukNya !

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "

11 September 2009

LAWATAN KERJA MB SELANGOR

21 RAMADHAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meneruskan agenda sentiasa bersama rakyat. Terkini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid b. Ibrahim telah melakukan lawatan kerja ke Taman Bukit Subang dan seterusnya bersolat Jumaat di Surau Al-Mahdi pada 11-09-2009 yang lalu.

Walaupun hanya dapat meluangkan masa yang agak terhad tetapi cukup bererti kepada warga Taman Bukit Subang. Diharapkan selepas ini MB Selangor akan hadir lagi untuk majlis yang lebih rasmi bersama rakyat.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid b. Abdul Samad yang juga telah membacakan khutbah Jumaat bagi peringatan bersama rakyat Taman Bukit Subang.






" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "

04 September 2009

LAGI PILIHANRAYA KECIL - ANUGERAH ALLAH SWT


14 RAMADHAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Selepas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menafikan hak rakyat di DUN Kota Seputeh (Parlimen Jerlun, Kedah) untuk diadakan pilihanraya kecil, tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian YB Azman b. Mohd Nor, Adun Umno/BN Bagan Pinang (Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan).

Ya ALLAH, kami bersyukur dengan perancanganMu kerana ianya adalah sebaik-baik perancangan !

Ayuh kepada ahli, penyokong dan jentera pilihanraya PAS/Pakatan Rakyat marilah kita bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihanraya kecil. Cuma kali ini ianya akan diadakan di Selatan tanah air, ALLAHU AKBAR !

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "