27 Julai 2009

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA

05 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Satu himpunan aman rakyat Malaysia untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri @ ISA akan diadakan pada 01-08-2009 (Sabtu), 2.00 petang di Kuala Lumpur.

Oleh itu, rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dijemput hadir beramai-ramai agar akta yang ZALIM ini segera dimansuhkan oleh kerajaan umno/bn yang memegang Kerajaan Persekutuan dengan berpakaian baju dwi warna MERAH & HITAM.


26 Julai 2009

MAJLIS PENGISIAN DIRI DAN QIAMULLAIL


04 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Seramai lebih kurang 150 murid-murid yang dididik di KAFA Integrasi Nurul Iman (Lot 2-1 & 18, Pusat Perniagaan Tempatan @ Strata CCL, Taman Bukit Subang) telah menyertai Majlis Pengisian Diri dan Qiamullail pada 24-25/07/2009 bertempat di Surau Al-Mahdi.

Majlis yang bermula selepas Isya' (24-07-2009 @ Jumaat) telah dimulakan dengan bacaan surah Yasiin beramai-ramai dan doa selamat.

Pengisian seterusnya adalah pembinaan diri sebagai hamba ALLAH, berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah bersama Nisa' Shah Alam dengan menggunakan paparan skrin besar @ projektor.

Majlis diteruskan dengan qiamullail pada pukul 4.45 pagi yang dipimpin oleh Pengerusi KAFA Integrasi Nurul Iman (Hj. Mohd Jamil b. Abdul Rahim). Seterusnya murid-murid dan jamaah diberikan santapan rohani (kuliah Subuh) oleh Ustaz Zawawi b. Yusof.

Selepas itu, riadah bersama mualimah dengan aktiviti ringkas regangan badan. Dengan menu nasi lemak dan air teh o, murid-murid telah diberikan sarapan pagi sebelum majlis penutup yang dijayakan bersama Ahli Lembaga Pentadbir (ALP) KAFA Integrasi Nurul Iman.

Akhir kalam, syukran jazilan kepada semua pihak yang terlibat (ALP, mualimah, AJK Surau Al-Mahdi, Nisa' Shah Alam, Unit AMAL dan Pusat Khidmat Rakyat) bagi bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan ikhlas semata-mata kerana ALLAH.



LAWATAN SAMBIL BERIADAH

04 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Seramai 85 orang murid-murid PASTI Ibnu Sina termasuk abang dan kakak mereka (lebih kurang 15 orang) telah menyertai Lawatan Sambil Riadah ke Zoo Negara dan Pusat Sains pada 12-07-2009 yang lalu dengan menaiki 2 buah bas yang disewa khas.

Bersama-sama dengan lawatan tersebut adalah 6 orang mualimah/ustazah dan 11 orang ahli jawatankuasa. Bertolak daripada Taman Bukit Subang pada pukul 8.30 pagi dan balik pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah program berjalan dengan baik dari awal sehingga akhir.



23 Julai 2009

GAMBAR KENANGAN 02

01 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Lagi gambar kenangan untuk tatapan rakyat.



TEEN TALK 3; Program dengan kerjasama Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat, Nisa' Shah Alam dan MPP Zon 22.




Tarikh: 05-07-2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: PASTI Ibnu Sina





















Majlis Silaturahim, Hi-Tea dan Pelancaran Tabung Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 PAS Cawangan Taman Bukit Subang di Restoran My Kopi Shopee, Subang Permai.
Dirasmikan oleh YB Dr. Dzulkefly b. Ahmad (AJK Kerja PAS Pusat/Ahli Parlimen Kuala Selangor).


















" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "

GAMBAR KENANGAN 01

01 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang agak lewat untuk dimuatkan dalam blog bagi tatapan rakyat.

1. Kejohanan Bolasepak dan Bolajaring Jabatan PASTI Kawasan Shah Alam di Sekolah Kebangsaan Seksyen 18.









2. Perlawanan Bowling Persahabatan bersama Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (AJK kerja dan Pemuda) di One Utama.

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "

22 Julai 2009

INFO RAKYAT

29 REJAB 1430

Malaysia oh Malaysia, negaraku tercinta ! SPRM bertindak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia ! Bagaimana saksi boleh mati di bawah jagaan SPRM dalam tempoh soal siasat ? ALLAH SWT melaknat manusia yang zalim kepada manusia yang lain walaupun pada kaum yang kafir ! Ingatlah, kita semua akan MATI juga akhirnya jadi sampai bila kita hendak menongkat langit, wahai manusia yang angkuh dan bongkak ! Selagi ada nyawa yang singkat ini, bersegeralah berTAUBAT sebelum terlambat !

Pusat Khidmat Rakyat: Berikut adalah antara program-program dakwah kepada masyarakat di Seksyen U16 (Taman Bukit Subang & Denai Alam)

24-25/07/2009 (Jumaat dan Sabtu) > Majlis Qiamullail Murid-Murid KAFA Integrasi Nurul Iman di Surau Al-Mahdi. Program bermula pada 24-07-2009 (Jumaat) dengan solat Isya' berjamaah. Program adalah dengan kerjasama Nisa' Shah Alam.

02-08-2009 (Ahad) > Kejohanan Sukan Tahunan PASTI Ibnu Sina; 8.00 pagi - 1.00 tengahari.

08-08-2009 (Sabtu) > Tayangan Amal (skrin besar) RAHSIA KEJAYAAN NIK NUR MADIHAH; selepas solat Isya'

09-08-2009 (Ahad) > Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid KAFA Integrasi Nurul Iman ke Zoo Negara, Petrosains dan Muzium Negara.

"ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN"
"ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN"

09 Julai 2009

LAWATAN SAMBIL BERIADAH

16 REJAB 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Jemaah Pengurusan Pusat Asuhan Tunas ISLAM (PASTI) Ibnu Sina dengan kerjasama ibubapa/penjaga, mualimah (ustazah) dan Jawatankuasa Pusat Khidmat Rakyat (PAS) Taman Bukit Subang akan mengadakan Lawatan Sambil Beriadah untuk murid-murid pada 12-07-2009 (Ahad), 8.00 pagi - 5.00 petang ke Zoo Negara dan Pusat Sains.

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan (wajib) bagi seluruh PASTI di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan (KL) dan Sabah.

Seramai lebih kurang 81 orang murid, 5 orang mualimah dan 8 orang ahli jawatankuasa/Unit AMAL Malaysia akan menyertai lawatan tersebut dengan diketuai oleh Saudara Said Kamal b. Said Kasim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Bukit Subang.
" 25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan "

06 Julai 2009

TERUSKAN LANGKAH PERJUANGAN

13 REJAB 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan bulan Rejab selepas setahun meninggalkan kita. Pelbagai peristiwa telah berlaku selama setahun ini samada ianya suratan ataupun kebetulan tetapi itulah qada' dan qadar ALLAH SWT yang Maha Menguasai Alam ini.

Parti ISLAM SeMalaysia (PAS) meneruskan langkah perjuangan atas landasan tarbiyyah, dakwah dan siasah (politik) dengan kerjasama @ tahalluf siasi dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PKR & DAP) untuk mentadbir Malaysia dengan izin ALLAH selepas diberi sedikit kemenangan pada Pilihanraya Umum @ PRU ke-12 yang lalu.

Pilihanraya kecil Manek Urai @ MU sedang menanti PAS dan Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, hari ini (06-07-2009) proses penamaan calon berjalan dengan baik dengan pertembungan satu lawan satu antara calon PAS/Pakatan Rakyat dan umno/be end.

Ayuh, jentera pejuang ISLAM kita sama-sama memberikan sumbangan samada secara langsung ataupun tidak langsung sehingga hari pengundian pada 14-07-2009 nanti, insya'ALLAH.

Peringatan bersama, munajat dan doa jangan ditinggalkan malah perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ingatlah, sahabat pergantungan hanya kepada ALLAH selepas kita berusaha dan membuat perancangan !

" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ISLAM & PAS THE ONLY CHOICE "
" BERSAMA BERKONGSI KEMENANGAN "