20 Disember 2009

WARNA-WARNI CERAMAH UMUM

03 MUHARAM 1431

Pusat Khidmat Rakyat: PAS dan Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang meneruskan program penerangan kepada rakyat selain program kemasyarakatan dan kebajikan.


Bertempat di Pusat Khidmat Rakyat @ PASTI Ibnu Sina (Blok 7, Pangsapuri Teratai), malam tadi satu majlis ceramah umum telah diadakan yang membariskan penceramah yang terdiri daripada Saudara Mazlan Aliman (AJK Kerja PAS Pusat), YB Tuan Hj Khalid Abdul Samad (Yang DiPertua PAS merangkap Ahli Parlimen Shah Alam) dan Saudara Mustapha Kamil Ayub (Naib Presiden PKR). Manakala YB Tuan Hj Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik/Exco Kerajaan Selangor) tidak dapat bersama-sama pada majlis tersebut (kerana ada program di tempat lain).

Ucapan aluan daripada Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang
(Encik Mohamad Jamil Abdul Rahim)

YB Tuan Hj Khalid Abdul Samad sedang memberikan ucapan

Saudara Mazlan Aliman banyak mengupas isu rakyat terutama tentang pengKHIANATan Umno kepada orang Melayu di Negeri Johor

Saudara Mustapha Kamil Ayub, selaku penceramah terakhir....gaya dan lenggok bahasa seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim

Alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan baik dari awal sehingga akhir dan kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang ingin mengucapkan terima kasih kepada penceramah, jentera PAS dan Pakatan Rakyat, masyarakat setempat, pihak keselamatan (polis) dan semua yang telah sama-sama memberikan sokongan samada secara langsung ataupun tidak langsung.

" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "
" MEMIMPIN PERUBAHAN, MENJANA KEMENANGAN "

17 Disember 2009

AKTIVITI PAS DAN PAKATAN RAKYAT

30 ZULHIJJAH 1431

Pusat Khidmat Rakyat: Berikut adalah aktiviti PAS dan Pakatan Rakyat yang terkini bagi meneruskan agenda penerangan kepada rakyat untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

CERAMAH UMUM
"Pakatan Rakyat For All - Menuju Putrajaya"
19-12-2009 (Sabtu)
9.00 malam
Pusat Khidmat Rakyat PAS Cawangan Taman Bukit Subang
(Blok 7, Pangsapuri Teratai)
Penceramah: Mazlan Aliman (PAS), YB Khalid Abdul Samad (PAS), Mustapha Kamil Ayub (PKR) dan YB Yaakob Sapari (PKR)

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT (Kali Pertama)
19-12-2009 (Sabtu)
8.00 pagi - 5.00 petang
Auditorium MBSA, Shah Alam
"Berpadu . Berubah . Berkat"
"MEMIMPIN PERUBAHAN, MENJANA KEMENANGAN"

CERAMAH HIJRATUL RASUL 1431
20-12-2009 (Ahad)
Surau Al-Mahdi, Taman Bukit Subang
Selepas solat Maghrib
Penceramah: YB Ustaz Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling, Kedah)

" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "

14 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431

27 ZULHIJJAH 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (AJK kerja, pemuda, muslimat dan nisa') mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah @ Hijratul Rasul @ Awal Muharam 1431 yang akan disambut pada 18-12-2009 (Jumaat).

Bersama-sama membaca doa akhir tahun 1430 juga doa awal tahun 1431, semoga ALLAH SWT terus memperkukuhkan aqidah kita dengan ISLAM berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam suasana dunia akhir zaman ini yang penuh dengan fitnah !

> Bubar DUN Negeri Perak
> Mansuhkan ISA
> Rombak BTN
> Kembalikan Hak Rakyat Terengganu dan Kelantan @ Royalti Minyak, bukan Wang Ehsan
> Biasiswa pendidikan bukan pinjaman @ PTPTN


" ISLAM dan PAS Untuk Semua "

05 Disember 2009

INFO - RAKYAT SEMAKIN MATANG BERFIKIR DAN MEMBUAT PENILAIAN

18 ZULHIJJAH 1430






" ISLAM dan PAS FOR ALL "
" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "

04 Disember 2009

SHAH ALAM PRE-SCHOOL FAIR 1430H/2009 @ SAPreS '09

17 ZULHIJJAH 1430

Shah Alam: Bersempena dengan Shah Alam Pre-School Fair 2009 @ SAPreS '09, PASTI Kawasan Shah Alam akan membuka satu gerai/booth bagi mewakili PASTI Malaysia untuk memperkenalkan jenama PASTI kepada masyarakat.

Karnival tersebut akan diadakan pada 04 - 06/12/2009 (Jumaat-Ahad) bertempat di SACC Mall (West Walkway) Shah Alam, 10.00 pagi - 10.00 malam.

Pelbagai acara dan aktiviti telah disediakan untuk murid-murid PASTI dan tadika-tadika yang lain, antaranya demonstrasi pengenalan tadika masing-masing, pertandingan membaca Bahasa Malaysia dan Inggeris, pertandingan mewarna dan banyak lagi.

Orang ramai dijemput hadir ke karnival ini dan mendapatkan sebarang maklumat berkenaan tadika terutama pusat asuhan tunas Islam @ PASTI.

Layari laman web rasmi PASTI Kawasan Shah Alam; www.pastishahalam.com

" 25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN "

01 Disember 2009

MAJLIS MAKAN MALAM - PERASMIAN KELAB TARIAN SINGA

14 ZULHIJJAH 1430


Pusat Khidmat Rakyat: PAS Kawasan Shah Alam menerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) akan mengadakan majlis makan malam bersempena Perasmian Kelab Tarian Singa pada 05-12-2009 (Sabtu), 8.00 malam di Dewan Orang Ramai, Taman Berkeley, Klang.

Tiket berharga RM50.00 boleh diperolehi di setiap PAS cawangan dan dewan-dewan. Bagi Taman Bukit Subang @ Seksyen U16 dan kawasan sekitarnya bolehlah menghubungi; Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim (ketua PAS cawangan) di talian 019-2138308 ataupun Encik Faisal b. Abdul Raman (setiausaha) @ 019-3407216.

" ISLAM dan PAS FOR ALL "

25 November 2009

LAWATAN KERJA KEPIMPINAN PAS SHAH ALAM

08 ZULHIJJAH 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Kawasan Shah Alam yang telah melakukan lawatan kerja (ziarah ukhuwah) pada malam tadi bertempat di PASTI Ibnu Sina.

Lawatan tersebut diketuai oleh YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad (YDP), Tuan Hj Azli b. Yusuf (TYDP) dan Tuan Hj Hamdan b. Tahir (setiausaha). Turut hadir adalah kepimpinan Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ustaz Nasaruddin b. Hasim (pemangku ketua), Fakhrul Azman b. Khalidin (ketua penerangan) dan Mohd Yazsid b. Mat Raschid (bendahari) berserta Ketua Dewan Muslimat PAS Shah Alam iaitu Puan Zarina bte Dzulkupli.

Lawatan yang berakhir pada pukul 11.30 malam itu telah membincangkan banyak perkara berkenaan dengan siasah (politik), dakwah dan tarbiyyah.

Ketua PAS cawangan, Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim mengharapkan supaya lawatan kerja tersebut diadakan berterusan agar dapat mewujudkan ikatan ukhuwah dan kesatuan fikrah serta hati yang lebih mantap dan teguh antara PAS kawasan dan cawangan terutama untuk menghadapi umno/bn pada pilihanraya umum ke-13 kelak, insya'ALLAH.

ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA
ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN

24 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA

07 ZULHIJJAH 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (ahli jawatankuasa > kerja, pemuda, muslimat dan nisa') mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha (korban) kepada umat ISLAM di seluruh dunia.

Bersama kita menghayati pengorbanan para nabi, rasul, sahabat, tabi'in dan ulama' dalam berjuang untuk mendaulatkan agama ISLAM dari awal zaman hingga ke akhir zaman terutama kepada Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Ismail (a.s) juga keluarga baginda.

Semoga, kepada umat ISLAM yang menunaikan ibadah haji (rukun ISLAM yang ke-5) akan mendapat ganjaran haji yang mabrur dan yang melaksanakan ibadah korban pula akan mendapat pahala, insya'ALLAH.

Hanya ALLAH matlamat kami
RASULULLAH dan SUNNAH ikutan kami

AL-QURAN panduan kami

JIHAD jalan kami

MATI SYAHID cita-cita tertinggi kami


" ISLAM dan PAS FOR ALL "

21 November 2009

HUJAH - PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU

04 ZULHIJJAH 1430

Sejak 52 tahun lalu, umno dan bn yang memerintah Malaysia dan dalam tempoh tersebut berikut adalah 20 pengkhianatan umno terhadap orang Melayu (info daripada Harakah dan Suara Keadilan); Fikirkanlah bersama:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu

2. Melemahkan sistem kehakiman negara

3. Menarik balik royalti petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu (ditukar kepada wang ehsan @ menjadikan orang Melayu macam peminta sedekah.

4. Memperkenalkan PPSMI (agenda halus untuk menghapuskan bahasa Melayu @ selepas tulisan jawi)

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), tempat belajar agama Islam anak-anak orang Melayu

6. Memperkenalkan meritokrasi (mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu ke universiti)

7. Memperkenalkan PTPTN (pinjaman @ hutang) dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu; mengkhianati Perlembagaan Persekutuan

8. Persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti orang Melayu

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu

11. Menyenarai-awamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan orang Melayu; Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria; iaitu seramai 250 ribu orang Melayu telah MURTAD dibawah pemerintahan kerajaan umno !

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar, Johor yang menjadi zon bebas; maka rakyat Singapura boleh masuk secara bebas ke sana

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila umno sendiri yang menentang keputusan raja

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi; maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Melayu @ DEB yang tujuannya membantu ekonomi orang Melayu/Bumiputra

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika dahulu dalam syarikat judi PAN SWEEP; seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa

19. Enggan membayar royalti minyak @ petroleum kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan MERAMPAS kerajaan negeri Perak dari tangan PAS dan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009

JIKA dengan bangsa Melayu pun umno khianat, apalah kita nak harap untuk umno membela ISLAM dan melaksanakan hukum-hukum Al-Quran !

ISLAM dan PAS FOR ALL
ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN

13 November 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

25 ZULKAEDAH 1430H

Pusat Khidmat Rakyat: Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Ibnu Sina akan diadakan pada 15-11-2009 (Ahad), 3.00 - 6.00 petang di Dewan Raflesia (bersebelahan Surau Al-Mahdi), dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid b. Abdul Samad yang merupakan Yang DiPertua PAS merangkap Ahli Parlimen Shah Alam.


Majlis Anugerah Kecemerlangan KAFA Integrasi Nurul Iman (K.I.N.I) juga diadakan pada 15-11-2009, 9.00 - 11.30 malam di Dewan Raflesia dan dirasmikan oleh Ustaz Nasharuddin b. Hashim.

Murid-murid, ibubapa dan keluarga dijemput untuk hadir bagi meraikan bersama majlis tersebut.

25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN
MELAHIRKAN INSAN RABBANI

11 November 2009

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN @ INFO RAKYAT

23 ZULKAEDAH 1430H

Pusat Khidmat Rakyat: Ahli Jawatankuasa (kerja, pemuda dan muslimat) PAS Cawangan Taman Bukit Subang mewakili kepimpinan PAS di semua peringkat (Majlis Syura Ulama', PAS Pusat, PAS Negeri, PAS Kawasan juga Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat) mengucapkan terima kasih atas semua komen yang dilontarkan di dalam blog ini (samada yang menyokong atau yang menentang), hanya kepada ALLAH SWT diserahkan apa jua urusan kerana Dialah Maha Mengetahui atas segala-galaNya.

Ingatlah, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati ! Di dunia yang sementara ini, dengan lidah dan pemikiran kita boleh menipu manusia lainnya tetapi di alam kubur dan akhirat kelak semua kepalsuan dan pembohongan akan terbongkar di depan ALLAH Azzawajalla (yang menguasai alam ini). Buatlah perubahan sebelum terlambat wahai manusia !






" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "

05 November 2009

PEPERIKSAAN SETARA PASTI SHAH ALAM DAN PENDAFTARAN 2010

17 ZULKAEDAH 1430

Shah Alam: Seramai 40 orang murid-murid berumur 5 dan 6 tahun telah menduduki Peperiksaan Setara Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Shah Alam pagi tadi yang bertempat di PASTI Az Zahrah 2 (Padang Jawa).

PASTI Ibnu Sina, Taman Bukit Subang telah menghantar 4 orang murid-murid (5 dan 6 tahun) yang terbaik untuk bersama menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan setara ini bertujuan untuk memilih 2 orang murid-murid (5 dan 6 tahun) yang terbaik bagi mewakili PASTI Kawasan Shah Alam ke Peperiksaan Setara PASTI Negeri Selangor pada 12-11-2009 di Gombak.

Muri-murid 6 tahun sedang menjawab soalan

Berfikir sebelum menjawab soalan (murid-murid 5 tahun)


Sebahagian mualimah/ustazah PASTI Kawasan Shah Alam (pengawas peperiksaan setara) yang merupakan tonggak utama bagi kemajuan murid-murid PASTI......jasamu terus dikenang sehingga akhir hayat.

INFO bagi PASTI sekitar Parlimen Shah Alam untuk pendaftaran:

1. Darul Ehsan - Taman Kampung Kuantan
2. Darul Ulum - Kampung Kuantan
3. Az Zahrah 1 - Padang Jawa
4. Az Zahrah 2 - Padang Jawa
5. Az Zahrah 4 - Padang Jawa

6. Nurul Iman - Seksyen 17
7. Al Amin - Seksyen 18
8. Al Quds - Seksyen 19
9. Ar Raudhah - Seksyen 24
10. Baitul Ikhwan - TTDI Jaya
11. Ibnu Sina - Taman Bukit Subang

Maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Jabatan PASTI Kawasan Shah Alam (u/p:
Encik Mohd Nizam b. Satek @ 019-6436389)

ISLAM dan PAS FOR ALL
25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN

04 November 2009

ALLAH TETAP PELIHARA PERJUANGAN ISLAM

16 ZULKAEDAH 1430H

Pusat Khidmat Rakyat: PAS dan Pakatan Rakyat terus diuji dan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan selepas Pilihanraya Umum ke-12.

Namun kepada pejuang ISLAM di semua peringkat ianya adalah sunnatullah yang perlu dihadapi sehingga tertubuhnya Khalifah Islamiyyah yang hanya diketahui oleh ALLAH SWT masa dan ketikanya !

Yakinlah kemenangan ISLAM semakin hampir dan hanya pejuang ISLAM yang ikhlas dan jujur dengan perjuangan sahaja yang akan bersama dengan kemenangan tersebut.





ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA
FAHAM, IKHLAS dan AMAL

07 Oktober 2009

MAJLIS JAMUAN EIDULFITRI PAS CAWANGAN TAMAN BUKIT SUBANG

18 SYAWAL 1430


Pusat Khidmat Rakyat: Walaupun dalam kesibukan menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis jamuan ukhuwah Eidulfitri bagi memperkukuhkan silaturrahim di antara AJK (kerja, pemuda, muslimat dan nisa') dengan ahli serta para penyokong PAS di taman ini.

Jamuan tersebut akan diadakan pada 10-10-2009 (Sabtu), 9.00 malam di PASTI Ibnu Sina (Blok 7, Pangsapuri Teratai).

Gotong-royong persiapan dan memasak mulai pukul 10.00 pagi.

Bagi memohon kemenangan ISLAM di prk DUN Bagan Pinang dan keberkatan pada jamuan ini, satu majlis munajat akan dibuat pada hari yang sama, bermula pukul 4.30 pagi di PASTI Ibnu Sina.

Dijemput ahli dan penyokong serta keluarga hadir ke majlis jamuan ini, insya'ALLAH.

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "

06 Oktober 2009

LAWATAN KERJA KE MBSA CAWANGAN SG. BULOH

17 SYAWAL 1430

Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh: Bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik di antara MBSA dan rakyat, satu lawatan kerja oleh Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat, Taman Bukit Subang telah diadakan di Pejabat Cawangan Sg. Buloh pagi tadi.

Lawatan tersebut diketuai pengerusi sekretariat iaitu Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim dan turut disertai oleh Encik Faisal b. Abdul Raman (setiausaha), Encik Zaiful b. Zainun dan Encik Amanjaya b. Abdul Aziz yang merupakan ahli jawatankuasa.

Kehadiran sekretariat telah disambut oleh Encik Roslan b. Hj Musa selaku pengurus cawangan. Banyak perkara telah diperbincangkan terutama berkaitan permasalahan masyarakat setempat di Seksyen U16 (Taman Bukit Subang) dan Denai Alam termasuk insiden sampah yang tidak dikutip di tapak pasar malam kelmarin.

Bagi pihak MBSA, Encik Roslan mengucapkan terima kasih dengan lawatan tersebut dan mengharapkan ianya adalah titik permulaan untuk kerjasama yang lebih baik.

" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "

05 Oktober 2009

KUTIPAN SAMPAH PASAR MALAM - SIAPA BERTANGGUNGJAWAB ?

16 SYAWAL 1430

Taman Bukit Subang: Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat telah menerima panggilan dan aduan berkenaan sampah di tapak pasar malam (yang tidak dibersihkan) seawal pagi tadi, yang mana ianya sepatutnya tidak terjadi.

Kutipan sampah pasar malam - siapa yang bertanggungjawab ? Pihak sekretariat telah menghubungi pihak berkaitan yang menguruskan pasar malam iaitu Persatuan Peniaga dan Penjaja Taman Bukit Subang, Saudara Ahmad Farzeli b. Mohd Atar yang merupakan setiausaha persatuan.

Beliau juga terkejut dengan apa yang berlaku setelah hampir 10 bulan menguruskan pasar malam dan berterima kasih kepada anggota masyarakat yang begitu prihatin insiden tersebut.

Menurut beliau lagi maklumat yang diterima (pagi tadi) daripada MBSA, mulai 01-10-2009 kontraktor kutipan sampah pasar malam adalah kontraktor baru jadi mungkin ada sedikit masalah komunikasi dan teknikal di antara Alam Flora (yang melantik kontraktor baru) dengan MBSA.

Apapun, ujar beliau lagi, pihak persatuan juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan berjanji ianya tidak akan berulang. Beliau juga telah meminta AJK Unit Pengurusan Mingguan untuk membersihkan sampah tersebut pada hari ini juga dan tinjauan sekretariat pusat khidmat rakyat pada pukul 3.00 petang tadi mendapati kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan. (gambar di bawah)

Sekretariat pusat khidmat rakyat juga dimaklumkan Persatuan Peniaga dan Penjaja Taman Bukit Subang akan mengadakan pertemuan dengan MBSA (Cawangan Sg. Buloh) dalam masa terdekat dan juga akan membuat kenyataan akhbar agar masyarakat mengetahui perkara yang sebenarnya.

Maklumat akhir yang diterima, kontraktor baru yang menguruskan kutipan sampah telah datang pada pukul 6.15 petang tadi untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan susulan.












Sumber berita daripada: Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang