06 Ogos 2009

TEMASYA SUKAN PASTI IBNU SINA KALI KE-04

15 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Temasya Sukan Tahunan PASTI Ibnu Sina, Taman Bukit Subang kali ke-04 telah berlangsung dengan jayanya pada 02-08-2009 yang lalu bertempat di Padang Awam MBSA (berhadapan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang).

Seramai lebih kurang 118 orang murid telah mengambil bahagian dalam lapan (8) acara yang terbahagi kepada lima (5) buah rumah sukan iaitu hijau, kuning, ungu, merah dan biru.

Temasya tersebut telah dirasmikan oleh Puan Zarina bte Dzulkupli selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam yang juga AJK Kerja PAS Cawangan Taman Bukit Subang. Turut hadir adalah Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang, Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim.

Pasukan Rumah Hijau telah mengungguli temasya sukan pada kali ini setelah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan 140 pungutan mata.









" KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH "

" 25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN "