29 Mei 2010

KONVENSYEN PRA-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

15 JAMADIL AKHIR 1431

Shah Alam (Bandaraya Anggerik):

MAJLIS KONVENSYEN PRA-SEKOLAH NEGERI SELANGOR
( MAJLIS PERMUAFAKATAN TADIKA SELANGOR @ MPTS )

30-05-2010 (Ahad)
8.00 pagi - 5.00 petang
Auditorium Jubli Perak, Bangunan SUK

Percuma. Warga pra-sekolah dijemput hadir.

" PASTI FOR ALL "
" ORANG MUDE GENG KITE "

28 Mei 2010

WARNA-WARNI MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI IBNU SINA DAN KAFA INTEGRASI NURUL IMAN, TAMAN BUKIT SUBANG

14 JAMADIL AKHIR 1431

Subang Permai: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (AJK kerja, pemuda dan muslimat) dengan kerjasama Jemaah Pengurusan PASTI Ibnu Sina dan Jemaah Pentadbir KAFA Integrasi Nurul Iman telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru pada 27-05-2010 (Khamis), 8.00-11.30 malam bertempat di Restoran My Kopi Shope, Subang Permai.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Antara pengisian program adalah makan malam, cabutan keriangan dan anugerah cenderahati kepada muallim/muallimah serta anugerah khas "Guru Lama Berkhidmat" kepada Muallimah Zuraina bte Mohd Jaeh (15 tahun bersama PASTI) dan Muallimah Siti Masamah bte Masduki (4 tahun bersama KAFA Integrasi Nurul Iman).

Selain itu, majlis telah dikejutkan dengan satu slot simbolik daripada Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam (DPPSA) dengan serahan infak beras daripada YB Khalid kepada Ustaz Faisal b. Abdul Raman, selaku Pengerusi Jabatan PASTI Shah Alam untuk diagihkan kepada muallimah PASTI Ibnu Sina, muallim dan muallimah KAFA Integrasi Nurul Iman juga kepada seluruh muallimah PASTI Kawasan Shah Alam.

Turut hadir sebagai tetamu khas adalah Tuan Hj Azli b. Yusof (Pemangku Yang DiPertua PAS Shah Alam / Ahli Majlis MPP Zon 22). Beliau turut memberikan ucapan ringkas untuk peringatan semua yang hadir.





Tuan Hj Azli b. Yusof sedang memberikan ucapan

Ucapan perasmian oleh YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad

Serahan simbolik infak beras oleh YB Khalid kepada Ustaz Faisal

Muallimah Junaidah (PASTI Ibnu Sina) menerima sumbangan beras daripada Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPSA (Saudara Saharudin). Turut kelihatan Encik Mohamad Jamil (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang / Pegawai Khas Ahli Parlimen Shah Alam)

Ucapan terima kasih kepada semua terutama PAS Cawangan Taman Bukit Subang, Pengurusan PASTI dan KAFA, serta Lajnah Kebajikan DPPSA. Semoga usaha kita bersama mendapat pahala di akhirat kelak, insya'ALLAH.

ISLAM & PAS FOR ALL
MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN & AS-SUNNAH
MELAHIRKAN INSAN RABBANI
ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU & BERKEBAJIKAN

MESYUARAT DACS DPPSA DI TAMAN BUKIT SUBANG

14 JAMADIL AKHIR 1431

Taman Bukit Subang: Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Taman Bukit Subang telah menerima kunjungan kerja daripada Lajnah Sukan, Budaya dan Keseniaan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam baru-baru ini.


Kunjungan kerja tersebut telah diadakan pada 24-05-2010 (Isnin), 9.30 malam di PASTI Ibnu Sina. Matlamat utama kunjungan adalah mengadakan mesyuarat bersama antara DACS DPPSA dan Jawatankuasa Pemuda PAS Taman Bukit Subang.

Beberapa perkara telah dibincangkan bagi meneruskan gerakerja siasah, dakwah dan tarbiyyah terutama merealisasikan motto ORANG MUDE GENG KITE.

Turut hadir adalah Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim selaku Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang dan Ustaz Faisal b. Abdul Raman (Setiausaha PAS Taman Bukit Subang yang juga AJK Pemuda PAS Taman Bukit Subang dan Exco Dewan Pemuda PAS Shah Alam)





Kunjungan kerja @ mesyuarat bersama telah tamat lebih kurang pukul 12.30 malam dan telah diraikan dengan makan lewat malam di Restoran Up-Town (Blok 13/14), Pangsapuri Melati.

Akhirnya terima kasih kepada DACS DPPSA atas kunjungan dan mesyuarat yang telah dijalankan bersama.

ISLAM & PAS FOR ALL
PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN

Daripada;
SAID KAMAL BIN SAID KASIM
Ketua Jawatankuasa Pemuda
PAS Cawangan Taman Bukit Subang
Telefon: 012-2561142

24 Mei 2010

UMNO/BN LULUSKAN JUDI BOLA: PAS MINTA MAJLIS RAJA-RAJA AMBIL TINDAKAN

10 JAMADIL AKHIR 1431

Dzulfikar Mashoor @ Sumber berita: www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyuarakan rasa yakin bahawa Majlis Mesyuarat Raja-Raja Malaysia mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi bola sempena Piala Dunia 2010.

"Kami (Ahli Parlimen PAS) berkeyakinan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang wajar mempengaruhi kerajaan supaya isu pemberian lesen judi ini dibatalkan segera," jelas beliau tengah hari tadi, mewakili Ahli Parlimen PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Majlis Raja-Raja Melayu pada era 1960-an dahulu pernah menunjukkan teladan kepada rakyat dengan mendesak kerajaan Umno BN membatalkan Loteri Kebajikan.

Tambahnya lagi, almarhum Tuanku Sultan Perlis merupakan Raja yang paling menonjol menegur pemimpin Umno pada ketika itu.

Sempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia pada 26 Jun depan yang kebetulan dipengerusikan oleh Tuanku Raja Perlis sekarang, beliau berharap majlis berkenaan mampu mempengaruhi kerajaan supaya membatalkan lesen judi tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menempelak Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mencabar PAS menutup premis judi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Beliau menyifatkan cabaran Mohd Khir dan Ibrahim itu sebagai mencipta alasan untuk menutup pekung Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan lesen judi itu.

Sebelum pada itu, suatu memorandum bantahan diserahkan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sambil disaksikan oleh Penolong Setiausahanya, Datuk Sabtu Awwab.

Manakala Ahli Parlimen PAS yang menyertai Mahfuz pula adalah Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang) dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok).

APCO + ARAK + HIBURAN MELAMPAU + JUDI + RASUAH + KHIANAT + ZALIM = UMNO

SUMBANGAN JIHAD FII SABILILLAH

10 JAMADIL AKHIR 1431


ALLAH Matlamat Kami
RASULULLAH dan SUNNAH Ikutan Kami
AL-QURAN Panduan Kami
JIHAD Jalan Kami
MATI SYAHID Cita-Cita Tertinggi Kami
YAHUDI, ZIONIS, APCO DAN MUNAFIK ANTARA MUSUH-MUSUH KAMI
YANG NYATA

WARNA-WARNI MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI SHAH ALAM

10 JAMADIL AKHIR 1431

Carlton Holiday Hotel, Shah Alam:

Antara tetamu khas yang hadir adalah Encik Ismahali (Naib Yang DiPertua PAS Shah Alam), YB Tuan Hj Khalid Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), Encik Zulkefli Mohd Nani (Ahli Majlis MPP Zon 6 - tiada dalam gambar), Encik Ir. Izham Hashim (Ahli Majlis MPP Zon 16) dan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam (Ustaz Nasarudin Hasim)



Bacaan ikrar oleh guru/muallimah PASTI Kawasan Shah Alam

Ucapan perasmian daripada Naib Yang DiPertua PAS Shah Alam (Encik Ismahali)

Guru Cemerlang/Tokoh Guru PASTI Shah Alam bagi tahun 2009 telah dinobatkan kepada Puan Roslinah bte Barindi daripada PASTI Az-Zahrah 2, Padang Jawa

Bergambar kenangan oleh saf kepimpinan PASTI Shah Alam, Majlis Guru PASTI Shah Alam bersama Encik Ismahali.

Guru Cemerlang/Tokoh Guru PASTI Shah Alam, Puan Roslinah diapit oleh sebahagian (daripada 48 orang guru) PASTI Shah Alam untuk sesi bergambar.

" 25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN "
" GURU MEMIMPIN PERUBAHAN UMMAH "
ORANG MUDE GENG KITE "

20 Mei 2010

MAJLIS PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP)

06 JAMADIL AKHIR 1431

MASA: 8.00 pagi - 2.00 petang

" ISLAM dan PAS FOR ALL "
" ORANG MUDE GENG KITE "

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI SELANGOR

06 JAMADIL AKHIR 1431

23-05-2010 (Ahad)
11.00 pagi - 3.00 petang
Ruang Lobi Utama,
Menara Majlis Perbandaran Selayang,
Bandar Baru Selayang

" PASTI FOR ALL "
" ORANG MUDE GENG KITE "

18 Mei 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI SHAH ALAM

04 JAMADIL AKHIR 1431

Shah Alam: Jabatan Pendidikan (PASTI) Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam akan mengadakan majlis makan malam bersempena Sambutan Hari Guru Tahun 1431H/2010 bagi mengenang jasa dan meraikan guru/muallimah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Shah Alam yang berterusan mencurahkan ilmu kepada anak-anak dengan penuh keikhlasan sehingga ketika dan saat ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada 22-05-2010 (Sabtu), 8.00 - 11.30 malam di Carlton Holiday Hotel, Seksyen 13, Shah Alam.

Antara pengisian program adalah ucapan, cabutan keriangan dan anugerah tokoh guru PASTI Shah Alam bagi Tahun 2010.

Semoga PASTI akan terus mendapat rahmat dan keberkatan daripada ALLAH SWT walaupun musuh-musuh ALLAH (terutama di kalangan orang-orang MUNAFIK) sentiasa mancari jalan untuk menghancurkannya !

Daripada:
FAISAL BIN ABDUL RAMAN
Pengerusi
Jabatan Pendidikan (PASTI) Dewan Pemuda PAS Shah Alam
> www.pastishahalam.com
> www.pastinegeriselangor.blogspot.com
> www.infodppsa.blogspot.com

17 Mei 2010

KARNIVAL AURA UNGU @ NISA'

03 JAMADIL AKHIR 1431

Shah Alam: Jemputan ke Karnival Aura Ungu anjuran Nisa' Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Permata Hijrah, Nasyeed Com dan beberapa lagi rakan program.




" CONNECTING YOUTH @ PENGHUBUNG GENERASI MUDA "
" ORANG MUDE GENG KITE "

KERJASAMA ERAT PAS-PKR-DAP MENANGKAN PAKATAN RAKYAT DI SIBU

03 JAMADIL AKHIR 1431

Nazri Abdullah@ Sumber berita: www.harakahdaily.net

SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.

Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar) berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.

"Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.

"Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri.

Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jentera Pakatan Rakyat.

Ianya juga membuktikan, strategi kempen rumah ke rumah sangat berkesan menangkis tohmahan BN yang meggunakan seluruh saluran yang mereka ada.

"Kalau melihat kepada bendera di rumah-rumah, kita rasa memang kita kalah.

"Rupa-rupanya mereka tidak mahu dilihat bersama dengan Pakatan Rakyat, tetapi mereka sebenarnya mengundi kita," katanya.

Selain itu, mengulas ringkas kekalahan memalukan BN pula beliau berkata, antara lain dilihat berpunca dari protes kaum Melayu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, masyarakat Melayu di beberapa tempat sepeti di Nangka, Pelawan dan Seduan kecewa dengan layan tidak sama rata Najib yang beberapa kali datang berkempen.

Najib, katanya seperti meminggirkan masyarakat Melayu Melanau di situ kerana mungkin yakin mereka pengundi tegar BN.

"Saya belum lihat secara keseluruhan lagi, cuma mungkin pengundi Melayu protes terhadap Najib.

"Najib datang tiga kali tapi bertemu dengan bukan Melayu dengan menawarkan pelbagai insentif," ujarnya.

Dalam pilihan raya kecil semalam, Wong Ho Leng (DAP/Pakatan Rakyat) yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Calon DAP/Pakatan Rakyat menang dengan majoriti 398 undi.

RENUNGAN: ALLAH SWT bagi kehinaan kepada MELAYU dengan memberikan kemenangan kepada DAP/Pakatan Rakyat di Sibu setelah MELAYU menolak PKR/Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor ! Walaupun rakyat Sibu, Sarawak susah untuk mendapat sebarang berita/maklumat tetapi mereka bijak untuk membuat penilaian dan menunjukkan apa itu KUASA RAKYAT !

MELAYU terus ditipu oleh pemimpin umno bagi mengekalkan kuasa walaupun maruah bangsa sudah tidak ada lagi !

" ISLAM & PAS FOR ALL "

" PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN "

" ORANG MUDE GENG KITE "

15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU TAHUN 1431H / 2010

01 JAMADIL AKHIR 1431

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik terutama para ULAMA' yang tanpa jemu mencurahkan ilmu untuk membimbing manusia ke jalan kebaikan dunia dan akhirat.

Daripada: Mohamad Jamil b. Abdul Rahim (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang)

" PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN "

14 Mei 2010

POLITIK DI MASJID ! MARI BUAT PENILAIAN BERSAMA

29 JAMADIL AWAL 1431

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
@ Sumber berita:www.tranungkite.net
Oleh Ustaz Saiful Bahri

Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.

1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!

3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?


4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?

5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?

Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?

6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.

Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.

7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.

8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok


9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?

10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?


11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.

12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?

13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.

Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.

Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.



14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.


15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?
Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

NOTA: Semoga dengan gambar-gambar yang di atas diharapkan pengarah jais @ Khusrin berhenti daripada membuat kenyataan yang akan 'memakan diri' beliau sendiri sebagai penjawat awam di Negeri Pakatan Rakyat Selangor ! Beliau sepatutnya bangun daripada mimpi yang umno tidak lagi memerintah Selangor !

ALLAH SWT sentiasa bersama-sama dengan orang yang beriman dan teraniaya !