21 Disember 2012

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT @ COUNTDOWN PRU-13

07 SAFAR 1434

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
" COUNTDOWN PRU-13 "
12-01-2013 (Sabtu)
2.00 - 5.00 petang
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Ayuh, rakyat pelbagai agama, kaum dan bangsa hadir ke himpunan aman ini.

MISI TAWAN PUTRAJAYA
NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

20 September 2012

HIMPUNAN 1 JUTA UMMAT BANTAH HINA NABI MUHAMMAD SAW

04 ZULKAEDAH 1433H
 

ISLAM UNTUK SEMUA

10 Julai 2012

HIMPUNAN HIJAU PERTAHAN SELANGOR MENUJU PUTRAJAYA

20 SYA'ABAN 1433 


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN

09 Julai 2012

HIMPUNAN OREN SELAMATKAN FELDA

19 SYA'ABAN 1433



MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
MISI TAWAN PUTRAJAYA

04 Julai 2012

ARAHAN PRESIDEN PAS - ANGGAP POLIS SEBAGAI RAKAN

 14 SYA'ABAN 1433

TEMERLOH: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, pasukan keselamatan adalah rakan PAS dan bukannya musuh.

Oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS memahami perkara ini kerana mereka adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan arahan daripada kerajaan.

“Kita jangan bermusuh dengan polis, askar dan kakitangan kerajaan kita hanya lawan BN sahaja,” katanya dihadapan 20,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya Pahang baru-baru ini.

Perhimpunan itu diadakan di Dataran Hikmah, Kerdau.

Ustaz Abdul Hadi turut memberi jaminan pemimpin Umno tidak perlu bimbang dengan PAS kerana PAS tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Malah beliau turut memberi jaminan pemimpin Pakatan Rakyat lain juga akan melakukan perkara sama iaitu tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Menurut beliau, yang baru pulang dari negara-negara Arab, beliau dimaklumkan ramai rakyat Malaysia bekerja di sana tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kerana Malaysia tidak mengizinkan rakyatnya di luar negara mengundi tidak seperti negara lain.

“Mereka itu tidak boleh mengundi pos,” katanya.

Abdul Hadi turut mengingat ahli PAS  dan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia untuk mengambil alih Putrajaya jika diizinkan ALLAH SWT.

Katanya perubahan akan berlaku dan semua petugas perlu bekerja dengan ikhlas.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS UNTUK SEMUA

15 Jun 2012

HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

25 REJAB 1433

HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA
PERINGKAT NEGERI SELANGOR

17-06-2012 (Ahad)
8.00 pagi - 5.00 petang
Auditorium Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam

Tema: HIJAU

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
MISI TAWAN PUTRAJAYA UNTUK DAULATKAN ISLAM

14 Jun 2012

CERAMAH PERDANA ISRA' WAL MIKRAJ

24 REJAB 1433

CERAMAH PERDANA
sempena; ISRA' wal MIKRAJ

15-06-2012 (Jumaat)
Selepas solat Maghrib
Surau Al-Mahdi, Taman Bukit Subang

Penceramah: DATO' USTAZ ISMAIL B. KAMUS

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

31 Mei 2012

26 April 2012

BERSIH 3.0 - 428 @ WAJIB SERTAI

04 JAMADIL AKHIR 1433
 

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN 
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

HIMPUNAN AMAN RAKYAT MALAYSIA - BERSIH 3.0 @ DUDUK & BANTAH (2 HARI LAGI)

04 JAMADIL AKHIR 1433
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

23 April 2012

19 April 2012

MAHASISWA JUGA DISERANG DAN DIPUKUL OLEH SAMSENG UPAHAN BACUL !

27 JAMADIL AWAL 1433

MALAYSIA semakin tidak selamat apabila samseng-samseng upahan yang bacul dan bangsat berleluasa menyerang dan memukul sesiapa sahaja yang tidak menyokong umno/be end ! Benarkah ?

Terbaru, para mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka untuk mendesak kerajaan umno/be end agar menghapuskan PTPTN turut diserang oleh samseng ! Benarkah ?





Ayuh rakyat seluruhnya, bangkitlah dan tunjukkan kuasa anda pada PRU-13 nanti dengan memberikan kemenangan kepada PAS dan rakan tahalluf siasi dalam Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) bagi menawan Putrajaya dan menggantikan umno/be end yang zalim dan khianat kepada rakyat !

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

18 April 2012

CERAMAH BERSIH 3.0

26 JAMADIL AWAL 1433


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

16 April 2012

COUNTDOWN PILIHANRAYA UMUM @ PRU KE-13

24 JAMADIL AWAL 1433

Sahabat seperjuangan jamaah gerakan Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia @ PAS. Gendang perang PRU-13 semakin hampir, di samping kita (PAS) bersama rakan tahalluf siasi (PKR dan DAP) terus menyusun strategi dan gerakerja untuk hadapi umno laknatullah/be end yang zalim dan khianat, ayuh kita perbanyakkan ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, agar kemenangan dan impian untuk ke Putrajaya berjaya dan terlaksana untuk mendaulatkan Islam dan membela rakyat.

Perbanyakkan puasa sunat (Isnin dan Khamis), bersedeqah dan paling utama bermunajat kepada ALLAH SWT (qiamullail) samada berseorangan, dengan keluarga atau dengan sahabat seperjuangan.

Juga sentiasa memohon keampunan kepada ALLAH atas dosa dan kesilapan yang kita telah lakukan.

Ingatlah ! Sebagai pejuang Islam, kita perlu sentiasa dekat dan hampir dengan ALLAH SWT walau dalam apa jua keadaan dan situasi, insya'ALLAH..kemenangan kita akan capai bersama. ALLAHU AKBAR !

KEMENANGAN HANYA DARIPADA ALLAH
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
IKHLAS DALAM PERJUANGAN

14 April 2012

RIADAH ANAK MUDA @ JOM PAINTBALL

22 JAMADIL AWAL 1433

RIADAH ANAK MUDA @ JOM PAINTBALL

15-04-2012 (Ahad)
7.30 pagi
Kg. Bukit Cherakah Jaya

Anjuran:
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22
dengan kerjasama Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 22 &
Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang


Maklumat lanjut, sila hubungi; Encik Said Kamal @ 012-2561142

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
ORANG MUDE GENG KITE
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

11 April 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN SHAH ALAM KALI KE-25

19 JAMADIL AWAL 1433

Mesyuarat Agung Tahunan
PAS Kawasan Shah Alam
Kali ke-25

Akan diadakan pada;

23 Jamadil Awal 1433 / 15-04-2012 (Ahad)

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS UNTUK SEMUA

09 April 2012

HIMPUNAN AMAN RAKYAT @ SOLIDARITI HIJAU BANTAH LYNAS

17 JAMADIL AWAL 1433


* Lokasi himpunan di Selangor adalah di Dataran Shah Alam (tarikh dan masa sama).

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

04 April 2012

HIMPUNAN AMAN RAKYAT @ BERSIH 3.0

12 JAMADIL AWAL 1433


KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT
PRU-13 MILIK RAKYAT KE PUTRAJAYA

CERAMAH PERDANA "SELANGOR KEKAL MILIK PAKATAN RAKYAT"

12 JAMADIL AWAL 1433


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN RAKYAT GANTI be end

MUNAJAT & PIDATO PERDANA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PAS KAWASAN SHAH ALAM

12 JAMADIL AWAL 1433


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN UNTUK MENUJU PUTRAJAYA

27 Mac 2012

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI PERAK PAS KAWASAN SHAH ALAM

04 JAMADIL AWAL 1433

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Shah Alam akan mengadakan majlis sambutan jubli peraknya pada 07-04-2012 (Sabtu), 9.00 pagi - 5.00 petang di ruang legar Kompleks PKNS, Pusat Bandar Shah Alam.


Aturcara :

09.00 pagi Peraduan mewarna terbuka kepada murid-murid; pra-sekolah dan tahun 1 - 3

09.00 pagi Mencari harta rakyat (terbuka kepada semua)

11.00 pagi Program Nisa' Shah Alam

12.30 tgh Perasmian program oleh Tuan Haji Mohamad b. Sabu (Timbalan Presiden PAS)

02.30 ptg Pentas Ulama'

04.30 ptg Penyampaian hadiah

05.00 ptg Bersurai


Program Malam :

07.00 mlm Berkumpul di Stadium Malawati, Shah Alam

07.30 mlm Solat Maghrib di Stadium Malawati

07.50 mlm Kuliah Maghrib

08.30 mlm Solat Isyak & Solat Hajat

09.15 mlm Ceramah Perdana oleh ;

* Tuan Guru Presiden PAS, YB Dato' Seri Abdul Hadi b. Awang

* Penasihat PKR, YB Dato' Seri Anwar b. Ibrahim

* Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Dr. Abdul Rani b. Osman

* YDP PAS & Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad

* Juga wakil pimpinan daripada DAP


JEMPUTAN kepada semua rakyat berbilang kaum dan agama ke sambutan ini, terima kasih.


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

PAS MEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA

08 Mac 2012

AHLI MAJLIS MBSA BAGI SESI 2012-2013

15 RABI'UL AKHIR 1433

TAHNIAH di atas amanah daripada ALLAH SWT kepada ahli majlis bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi sesi 2012-2013 yang telah mengangkat-sumpah bagi pelantikan tersebut pada 07-03-2012.


Bagi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 yang meliputi Kg Bukit Cherakah Jaya (Seksyen U15) dan Taman Bukit Subang/Denai Alam (Seksyen U16), ahli majlisnya kekal iaitu Puan/Ustazah Noraini bte Hussin (duduk 2 daripada kanan) yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS MEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA

07 Mac 2012

AMANAT AL-MARHUM USTAZ FADZIL NOOR (MANTAN PRESIDEN PAS)

14 RABI'UL AKHIR 1433

.....untuk renungan dan muhasabah bersama...


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS FOR ALL

27 Februari 2012

RESTORAN RADIX FRIED CHICKEN (RFC) DARIPADA HPA - DI SHAH ALAM

05 RABI'UL AKHIR 1433

Tahniah dan alhamdulillah;


Ayuh, kita buat perubahan samada dari sudut politik juga makanan. Marilah ke Radix Fried Chicken (RFC) keluaran HPA yang HALAL, BERSIH dan SUCI untuk menggantikan KFC !


Ini bukan iklan, tetapi sebagai rasa tanggungjawab bersama sebagai pejuang dan umat Islam Selangor dan Malaysia untuk mencari fast food alternatif.

Alamat: J7/7, Jalan Kristal, Seksyen 7, Shah Alam (bersebelahan Restoran Pak Piee @ Kelate Piao) dan sebaris dengan Restoran Hakim juga Klinik Ajwa.

Terima kasih kepada seorang sahabat yang telah memberikan info ini, semoga kita dapat pahala bersama, insya'ALLAH.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

23 Februari 2012

DISKUSI ILMU BERSAMA ULAMA'

01 RABI'UL AKHIR 1433

Jemputan ke

DISKUSI ILMU BERSAMA ULAMA'

03 RABI'UL AKHIR 1433 / 25-02-2012 (SABTU)
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
SURAU AL-MAHDI, TAMAN BUKIT SUBANG

Tetamu jemputan:
* USTAZ YUSRI B. ABDUL KARIM
* USTAZ SAIFUL AZUAN B. MD NAWI
* USTAZ MOHD FADHIL B. HASANUDDIN

Anjuran:
MPP ZON 22 dan SURAU AL-MAHDI

Dengan kerjasama:
PUSAT KHIDMAT RAKYAT

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

14 Februari 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN TAMAN BUKIT SUBANG KALI KE-08

21 RABI'UL AWAL 1433

Jemputan ke

Mesyuarat Agung Tahunan
PAS Cawangan Taman Bukit Subang
Kali Ke - 08

25 Rabi'ul Awal 1433H / 18-02-2012
Sabtu
8.00 malam
Pusat Khidmat Rakyat @ Bilik Gerakan UPU Monterez
(di atas Klinik Mediviron / Seven Eleven)


MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS MEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

08 Februari 2012

TAMAN BUKIT SUBANG DILANDA RIBUT KENCANG

15 RABI'UL AWAL 1433

Pusat Khidmat Rakyat: Taman Bukit Subang telah dilanda ribut dan angin kencang pada petang semalam (07-02-2012 @ Selasa).

Antara lokasi yang teruk terjejas dengan kemusnahan (harta benda @ rumah dan kereta) adalah Pangsapuri Teratai (Blok 1 & 2) manakala tempiasnya juga dirasai di Pangsapuri Melor dan Pangsapuri Kiambang.

Ribut tersebut adalah terburuk sejak perumahan di taman ini didiami kira-kira 10 tahun yang lalu. Kejadian ini juga menyebabkan pokok-pokok tumbang menyembah bumi.

Bilik gerakan bencana alam telah dibuka di Dewan Raflesia (bersebelahan Surau Al-Mahdi) untuk menbantu mangsa-mangsa yang terbabit.

Maklumat lanjut, sila hubungi: Hj Mohamad Jamil (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang) @ 019-2138308 / Encik Rosely @ 013-6738656 / Encik Shahrir @ 019-2625034 / Encik Said Kamal @ 012-2561142

Turut hadir melawat tempat kejadian adalah YB Tuan Hj Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) & Ustazah Noraini Hussin (Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22).

Jabatan AMAL Malaysia (Shah Alam) merupakan sukarelawan awal yang membantu.

Terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan terutama kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat juga ahli majlis dan MBSA.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS UNTUK SEMUA

07 Februari 2012

BILIK GERAKAN UNIT PETI UNDI (UPU) MONTEREZ

14 RABI'UL AWAL 1433

PAS Cawangan Taman Bukit Subang dengan kerjasama Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang telah membuka Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU) Monterez bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang akan diadakan bila-bila masa.

Bilik gerakan tersebut juga akan berfungsi sebagai pusat khidmat rakyat dan pusat penerangan pilihanraya.

Alamat bilik gerakan: Lot. 2-1, Pusat Perniagaan Tempatan Taman Bukit Subang (atas Mediklinik Mediviron / Seven Eleven).

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN RAKYAT BERTEKAD MENUJU PUTRAJAYA

31 Januari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H / 2012

07 RABI'UL AWAL 1433

SALAM MAULIDUR RASUL

Bertarikh:
12 Rabi'ul Awal 1433 bersamaan 05-02-2012 (Ahad)

Daripada:
PAS Cawangan Taman Bukit Subang (ahli jawatankuasa kerja, pemuda & muslimat)

Juga:
Ahli Majlis / Pengerusi MPP Zon 22 dan ahli jawatankuasa

ISLAM UNTUK SEMUA

24 Januari 2012

COUNTDOWN PRU-13

30 SAFAR 1433

Berikut adalah jentera Pilihanraya Umum ke-13 bagi kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang dan Sekretariat Pakatan Rakyat.

Ketua cawangan: Hj Mohamad Jamil bin Abdul Rahim @ 019-2138308
Setiausaha: Hj Radzi bin Sa'eh @ 012-6800623

Ketua Unit Peti Undi (UPU) Monterez: Encik Radzuan bin Mat Rozali @ 019-3046320
Setiausaha: Encik Shahrir bin Muhamad Sjarif @ 019-2625034

Pengerusi Pakatan Rakyat (Taman Bukit Subang): Encik Shahrir bin Muhamad Sjarif @ 019-2625034
Timbalan Pengerusi: Puan Selvamary a/p Sivarajoo @ 016-9054919
Setiausaha: Puan Rozita bte Ja'afar @ 016-6169183

Urusan Pemuda: Encik Azari bin Anuar @ 019-3940957
Urusan Muslimat/Wanita: Puan Mimihami bte Jasril @ 019-3606727
Urusan Tabung/Sumbangan Pilihanraya: Encik Rosely bin Razak @ 013-6738656 dan Encik Said Kamal bin Said Kasim @ 012-2561142

* Sebarang info berkenaan PRU-13, sila hubungi salah satu yang di atas.
* Pertingkatkan munajat untuk kemenangan Islam.

" MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN "
" MASA UNTUK BERUBAH, SELAMATKAN MALAYSIA "
" PAS MEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA "

20 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA @ gong xi fa cai

26 SAFAR 1433

* Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (ahli jawatankuasa kerja, pemuda & muslimat) serta Ahli Majlis (Pengerusi) MPP Zon 22 & ahli jawatakuasa ingin mengucapkan;

SELAMAT TAHUN BARU CINA
gong xi fa cai

* kepada seluruh rakyat Malaysia (khususnya kaum tionghua).

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS FOR ALL

13 Januari 2012

KATA-KATA HIKMAH ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR.......mantan PRESIDEN PAS

19 SAFAR 1433

" Jangan masuk @ berjuang dalam PAS/jamaah Islam kalau anda cari DUNIA !
" Jangan panggil diri anda pejuang Islam kalau anda nak MANUSIA puji anda !
" Anda jangan perasan macam anda seorang ulama' kalau perjuangan anda hanya setakat serban, jubah dan kupiah !
" PAS/jamaah Islam bukan untuk orang yang buru dunia tetapi PAS/jamaah Islam adalah untuk orang yang buru AKHIRAT !
" Hidup mulia @ mati SYAHID ! Mati beriman, hidup bermaruah !
" Minta ampun dengan ALLAH SWT jika ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan ALLAH SWT !

ALLAHU AKBAR ! Sahabat seperjuangan, bersama kita renung-renungkan......