29 Mac 2010

PASTI IBNU SINA JOHAN BOLA SEPAK DAN TEMPAT KE-3 BOLA JARING

13 RABI'UL AKHIR 1431

Shah Alam: Pesta Sukan @ Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Shah Alam baru-baru ini menyaksikan PASTI Ibnu Sina, Taman Bukit Subang telah menjadi johan bagi acara bola sepak dengan mengalahkan PASTI Darul Ulum, Kg. Kuantan dengan jaringan 2-1. Lebih manis ianya adalah kejuaraan berturut-turut untuk dua tahun (tahun 2009 juga menjadi johan)

Perbarisan masuk ke padang (pasukan bola sepak dan bola jaring PASTI Ibnu Sina, dengan jersi yang menarik perhatian penonton)


Sebahagian ibubapa yang hadir untuk memberikan sokongan

Tuan Hj Azli bin Yusuf (Timbalan Yang DiPertua PAS Shah Alam) sedang berucap dan seterusnya merasmikan pesta sukan



Inilah harga dan nilai kemenangan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (segala prasarana dinikmati bersama oleh rakyat). Tersergam bangunan SUK @ Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.


Dua (2) buah pasukan yang mara ke perlawanan akhir bola sepak (PASTI Ibnu Sina-jersi biru/kuning dan PASTI Darul Ulum-jersi kuning) bergambar kenangan dengan Pegawai Khas Ahli Parlimen Shah Alam, Encik Mohamad Jamil (baju putih) dan jurulatih serta pengadil.

" MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN dan A-SUNNAH "
" ISLAM dan PAS FOR ALL "
" ORANG MUDA GENG KITA "

26 Mac 2010

PESTA SUKAN @ KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PASTI SHAH ALAM

10 RABI'UL AKHIR 1431

Shah Alam: Jabatan PASTI Kawasan Shah Alam akan mengadakan pesta sukan @ kejohanan bola sepak dan bola jaring pada 28-03-2010 (Ahad), 8.00 pagi - 1.00 tengahari bertempat di Padang (B), Bangunan SUK (Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor).

Kejohanan tersebut akan dirasmikan oleh Tuan Hj Azli bin Yusuf yang merupakan Timbalan Yang DiPertua (TYDP) PAS Kawasan Shah Alam.

Sebanyak 10 daripada 12 buah PASTI cawangan akan mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.

Tetamu khas lain yang dijangka hadir adalah YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad, Ketua Dewan Muslimat dan Ketua Nisa' Shah Alam.



" MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN dan AS-SUNNAH "

" 25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN "

25 Mac 2010

AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA

09 RABI'UL AKHIR 1431

Mac 25, 10 9:52pm: Sumber berita www.malaysiakini.com

AHLI PARLIMEN Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari parti MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan Rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan PKR yang baru-baru ini menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gembira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

Bersama kita sedekahkan AL-FATIHAH semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

APCO SERLAHKAN UMNO TALI BARUT ISRAEL

09 RABI'UL AKHIR 1431

Oleh: Dzulfikar Mashoor (Sumber berita daripada www.harakahdaily.net)

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.

Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.

........Fikirkanlah bersama wahai bangsa Melayu dan rakyat Malaysia ! Masa untuk buat perubahan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SHAH ALAM (DPPSA) TAHUN 1431H/2010

09 RABI'UL AKHIR 1431

Shah Alam: Bagi meneruskan agenda perjuangan (siasah/politik, dakwah dan tarbiyyah) dalam suasana sedikit kemenangan duniawi ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam (DPPSA) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 27-03-2010 (Sabtu), 4.00 petang, di Dewan Rumah Exco, Seksyen 7.

Mesyuarat agung tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasaruddin b. Hassan Tantawi.

Bagi Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Taman Bukit Subang seramai tujuh (7) orang perwakilan akan menghadiri mesyuarat agung kali ini dengan diketuai oleh Said Kamal b. Said Kasim (selaku ketua pemuda), Dzul Helmi b. Jaapar (setiausaha), Azari b. Anuar (bendahari), Shahrir b. Muhamad Sjarif, Amanjaya b. Abd. Aziz dan Khairul Anwar b. Mohamad Jamil serta 5 orang pemerhati.

" ISLAM dan PAS Untuk Semua "
" ORANG MUDA GENG Kita "

24 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN MAJLIS GURU PASTI (MGP) KAWASAN SHAH ALAM

08 RABI'UL AKHIR 1431

Shah Alam: Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Shah Alam akan mengadakan mesyuarat agung dwi tahunannya pada 27-03-2010 (Sabtu), 8.30 pagi-1.00 tengahari bertempat di Dewan Merbau MBSA 17B, Seksyen 17.

Seramai 49 orang guru/muallimah dan pembantu daripada 12 buah PASTI dalam Parlimen Shah Alam dijangka akan hadir ke mesyuarat agung dwi-tahunan ini termasuk PASTI Ibnu Sina, Taman Bukit Subang.

Mesyuarat tersebut akan dirasmikan oleh Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam (DPPSA), Ustaz Nasaruddin b. Hasim. Antara tetamu khas yang diundang adalah YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad, AJK Harian PASTI Shah Alam, Ketua Dewan Muslimat PAS Shah Alam dan Ketua Nisa' Shah Alam.

" MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN dan AS-SUNNAH "
" 25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN "

23 Mac 2010

SELAMAT MEMPERINGATI HARI POLIS KE-203

07 RABI'UL AKHIR 1431

Kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Pakatan Rakyat Taman Bukit Subang mengucapkan Selamat Memperingati Hari Polis kali ke-203 (1807-2010) yang akan disambut pada 25-03-2010.

Semoga terus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi menjaga keselamatan negara dan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

" Tegas, Adil dan Berhemah "

19 Mac 2010

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN @ EXCELLENT PARENTING

03 RABI'UL AKHIR 1431

Taman Bukit Subang: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 dengan kerjasama Menjana Diri Resources dan rakan program, Pusat Khidmat Rakyat juga Unit AMAL Malaysia akan mengadakan satu Program Motivasi Keibubapaan @ Excellent Parenting pada 21-03-2010, 8.00 pagi - 5.00 petang bertempat di Dewan Pudina MBSA (berhampiran Stesen Minyak Petronas).

Maklumat lanjut, sila hubungi; Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim @ 019-2138308 / Encik Faisal b. Abdul Raman @ 019-3407216 ATAU daftar on-line: taip DAFTAR EP > Nama > Alamat > No. IC > No. Telefon > Seorang/Dengan Pasangan ke no. telefon di atas.

Terima kasih.

" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN SHAH ALAM

03 RABI'UL AKHIR 1431

Shah Alam: Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 1431/2010 pada 21-03-2010, 8.30 pagi - 3.00 petang di Dewan Merbau MBSA 7B, Seksyen 17.

Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Taman Bukit Subang juga tidak tidak ketinggalan untuk menghantar perwakilan (seramai 7 orang) termasuk ketua dan setiausaha muslimat cawangan.

Menurut ketua muslimat cawangan, Ustazah Zuraina bte Mohd Jaeh mesyuarat agung tahunan ini diharapkan dapat terus merapatkan lagi saf perjuangan dan mantapkan ukhuwah lebih-lebih lagi dengan sedikit kemenangan yang ALLAH telah berikan terutama di Negeri Selangor dan Shah Alam.

" ISLAM dan PAS Memimpin Perubahan "