20 April 2010

PAS TAMBAH BILANGAN JENTERA PETUGAS DI HULU SELANGOR

05 JAMADIL AWAL 1431

Oleh: Nazri Abdullah @ www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 20 April: PAS menambah bilangan petugas ke Hulu Selangor bagi membantu gerak kerja kempen memenangkan calon Pakatan Rakyat, Dat0' Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil parlimen itu Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali (gambar) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut siang tadi.

"PAS malam tadi membuat keputusan akan all out hantar tenaga kita sebanyak mana yang diperlukan untuk membantu PKR," katanya.

Keputusan menghantar pasukan tambahan itu dibuat pada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Dengan kerahan tenaga baru itu menurutnya, bilangan petugas PAS di Hulu Selangor akan meningkat dari 20 peratus kepada 60 peratus.

"Kita ada unlimited resources, walaupun Zaid calon PKR, tapi Zaid mewakili PKR, DAP dan PAS," katanya lagi.

Mengulas isu serangan peribadi terhadap Zaid berhubung isu arak pula beliau berkata, tindakan Umno itu tidak ada kelas dan bakal memakan diri sendiri.

Umno/BN, katanya akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan Zaid tidak berada di parlimen.

"Seluruh perdana menteri yang perintah Malaysia terlibat dengan arak kecuali Abdullah Badawi".

"Yang lain terlibat, ada saya tengok dengan mata kepala saya sendiri pun ada, tapi saya tak mahu cakaplah," katanya lagi.

Lebih memalukan dedahnya, pemimpin Umno tidak terlepas daripada gejala rasuah, arak, judi dan perempuan.

"Ini budaya dalam Umno, saya pernah dalam kerajaan dulu, saya tahu. Tidak ada seorang pun pemimpin Umno terlepas dari salah satu benda ini," katanya.

PAS dan PAKATAN RAKYAT FOR ALL

ORANG MUDA GENG KITA