23 April 2010

APCO Didakwa Nasihat Umno Rujuk Anwar Ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan

08 JAMADIL AWAL 1431


Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali (gambar) menegaskan Umno-Barisan Nasional telah menjadi hamba kepada Zionis Israel sehingga terpaksa mengikut nasihat APCO Worldwide agar ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujuk ke Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan.

“Hari ini menjadi sejarah bagi Umno-Barisan Nasional yang menjadi hamba kepada Zionis Israel sehingga terpaksa mengikut telunjuk dan nasihat Apco agar Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan.

“Jelas Umno-Barisan Nasional takut untuk berdepan dengan kenyataan dari Anwar yang mempunyai bukti yang kukuh sehingga mengambil tindakan menutup mulut Anwar agar isu tersebut tidak dipanjangkan lagi,” kata Azmin dalam perbahasan tentang usul membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ke Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan.

Azmin juga menyifatkan usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz adalah satu tindakan untuk menutup kesilapan kerajaan dengan penglibatan Apco.

“Umno terus menyokong Apco-Israel dengan mengambil tindakan ke atas seorang yang berani membongkarkan penglibatan Israel dengan negara ini. Usul ini adalah Umno bukannya usul kerajaan yang jelas telah meletakkan hukuman terhadap Permatang Pauh.

“Usul yang dibawa ini tidak adil kerana ianya telah mendahului prosiding, ini menunjukkan kerajaan tergopoh- gapah untuk membawa Pematang Pauh agar dikena tindakan jelas telah menerima nasihat dari Apco dan tidak mustahil wakil Apco berada di dalam Dewan ini dan juga kawasan Parlimen.

“Dakwaan yang dikeluarkan oleh Permatang Pauh amat jelas dengan segala bukti kenapa beliau hendak dirujuk, kenapa Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri tidak hadir untuk menjelaskan dakwaan tersebut, kita mahukan penjelasan,” tegasnya lagi.

Azmin juga memberitahu ini adalah usaha terancang Umno untuk menutup segala kesilapan besar yang dilakukan oleh Umno agar tidak terus dibawa ke Parlimen.

“Kita tahu ini adalah usaha terancang Umno untuk menutup segala kesilapan besar mereka yang telah membenarkan penglibatan Israel dalam pentadbiran negara ini. Saya jelaskan disini dakwaan Anwar jelas dan sangat serius kerana kita lihat bukan sahaja isu 1 Malaysia yang menyamai One Israel tetapi keselamatan negara kita telah dicerobohi oleh Israel yang menjadi tunjang kedaulatan negara.

“Anwar telah mengemukan segala dokumen dan bukti kenapa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mengambil serius tentang bukti tersebut malah menuduh Anwar mengelirukan Dewan.

“Apakah tindakan Anwar ini menjadi satu kesalahan dan boleh mengelirukan dewan. Saya mengajak Ahli Parlimen Umno supaya tegas jangan terlalu mengikut telunjuk pemimpin mereka sehingga sanggup membiarkan Zionis Israel ceroboh negara kita,” sambungnya lagi.

Azmin memberitahu usul yang dibawa ini adalah niat jahat Umno terhadap Pakatan Rakyat selain menyekat kemaraan Anwar dan juga menpertahankan Apco-Israel.

“Umno tidak dapat menjawap dakwaan tersebut sehingga menggunakan kuasa mereka untuk menghukum Ketua Pembangkang agar isu ini terus senyap,” tegasnya sebelum mengakhiri ucapannya.

" PAS dan PAKATAN RAKYAT FOR ALL "
" ORANG MUDA GENG KITA "