09 September 2010

SUMBANGAN DARIPADA YB KHALID KEPADA SURAU NURUL IMAN, PANGSAPURI TERATAI

30 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad telah mengotakan janji beliau bukan sahaja kepada Pengerusi Surau Nurul Iman, Pangsapuri Teratai (Ustaz Ahmad Kurtubi) tetapi juga kepada ahli jawatankuasa dan rakyat untuk memberikan sedikit sumbangan bagi merealisasikan pembinaan bangunan tambahan surau tersebut.

Majlis penyerahan cek bernilai RM3,000.00 (tiga ribu ringgit) telah disempurnakan oleh pegawai khas beliau yang juga Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang (Hj. Mohamad Jamil) pada 07-09-2010 (Selasa) selepas solat Tarawih.

Pembinaan 01

Pembinaan 02

Ucapan daripada Hj Mohamad Jamil mewakili YB Khalid

Penyerahan cek oleh Hj Mohamad Jamil kepada Saudara Zulkifli (setiausaha surau) mewakili pengerusi (Ustaz Ahmad Kurtubi) yang tidak dapat bersama-sama pada malam tersebut. Turut kelihatan, Ustaz Faisal (penolong setiausaha) selaku pengerusi majlis.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT