09 Januari 2010

PERHIMPUNAN DAN SERAHAN MEMORANDUM DI KEDUTAAN MESIR

23 MUHARAM 1431

Kuala Lumpur: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama kepimpinan dewan pemuda PAS di semua peringkat termasuk kepimpinan tertinggi PAS dan muslimat juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, perwakilan pelajar serta NGO telah mengadakan perhimpunan secara aman dan serahan memorandum di depan Kedutaan Mesir (berhampiran Wisma Risda, Jalan Ampang) pada 08-01-2010 (Jumaat).


Perhimpunan tersebut diadakan bagi membantah sikap kerajaan Mesir yang telah menghalang konvoi bantuan kemanusiaan ke Palestin (Gaza). Tindakan kerajaan Mesir tersebut (yang mengaku kerajaan Islam) seolah-olah menjadi boneka dan 'pak turut' kepada Yahudi/Zionis LAKNATULLAH !


Perhimpunan bermula selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi).



Lebih 1,000 orang telah menyertai perhimpunan tersebut dengan berjalan kaki dari Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan Mesir yang jaraknya tidak kurang 10 kilometer.






Kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menyampaikan pidato bagi membangkitkan lagi semangat kepada para peserta himpunan.




Antara kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat yang turut serta adalah YB Salahuddin Ayub, YB Dr. Dzulkefli Ahmad, Ustaz Idris Ahmad, Hanipa Maidin, Ustaz Azman Shapawi, Sabki Yusuf, Ustaz Riduan Mohd Nor, Tuan Hj Mohd Noor Mohamad, Iskandar Mat Akin, Khairul Anuar (Jonah) dan Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat).

Perhimpunan bersurai pada pukul 3.30 petang dengan di akhiri bacaan doa dan qunut nazilah oleh Ustaz Azman Shapawi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)

" ISLAM dan PAS FOR ALL "
" PAS dan PAKATAN RAKYAT BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN, MENJANA KEMENANGAN "