16 April 2012

COUNTDOWN PILIHANRAYA UMUM @ PRU KE-13

24 JAMADIL AWAL 1433

Sahabat seperjuangan jamaah gerakan Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia @ PAS. Gendang perang PRU-13 semakin hampir, di samping kita (PAS) bersama rakan tahalluf siasi (PKR dan DAP) terus menyusun strategi dan gerakerja untuk hadapi umno laknatullah/be end yang zalim dan khianat, ayuh kita perbanyakkan ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, agar kemenangan dan impian untuk ke Putrajaya berjaya dan terlaksana untuk mendaulatkan Islam dan membela rakyat.

Perbanyakkan puasa sunat (Isnin dan Khamis), bersedeqah dan paling utama bermunajat kepada ALLAH SWT (qiamullail) samada berseorangan, dengan keluarga atau dengan sahabat seperjuangan.

Juga sentiasa memohon keampunan kepada ALLAH atas dosa dan kesilapan yang kita telah lakukan.

Ingatlah ! Sebagai pejuang Islam, kita perlu sentiasa dekat dan hampir dengan ALLAH SWT walau dalam apa jua keadaan dan situasi, insya'ALLAH..kemenangan kita akan capai bersama. ALLAHU AKBAR !

KEMENANGAN HANYA DARIPADA ALLAH
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
IKHLAS DALAM PERJUANGAN