08 Februari 2012

TAMAN BUKIT SUBANG DILANDA RIBUT KENCANG

15 RABI'UL AWAL 1433

Pusat Khidmat Rakyat: Taman Bukit Subang telah dilanda ribut dan angin kencang pada petang semalam (07-02-2012 @ Selasa).

Antara lokasi yang teruk terjejas dengan kemusnahan (harta benda @ rumah dan kereta) adalah Pangsapuri Teratai (Blok 1 & 2) manakala tempiasnya juga dirasai di Pangsapuri Melor dan Pangsapuri Kiambang.

Ribut tersebut adalah terburuk sejak perumahan di taman ini didiami kira-kira 10 tahun yang lalu. Kejadian ini juga menyebabkan pokok-pokok tumbang menyembah bumi.

Bilik gerakan bencana alam telah dibuka di Dewan Raflesia (bersebelahan Surau Al-Mahdi) untuk menbantu mangsa-mangsa yang terbabit.

Maklumat lanjut, sila hubungi: Hj Mohamad Jamil (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang) @ 019-2138308 / Encik Rosely @ 013-6738656 / Encik Shahrir @ 019-2625034 / Encik Said Kamal @ 012-2561142

Turut hadir melawat tempat kejadian adalah YB Tuan Hj Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) & Ustazah Noraini Hussin (Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 22).

Jabatan AMAL Malaysia (Shah Alam) merupakan sukarelawan awal yang membantu.

Terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan terutama kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat juga ahli majlis dan MBSA.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS UNTUK SEMUA