02 Julai 2010

WARNA-WARNI KEJOHANAN STREET SOCCER DAN FORUM "MENCARI HIDAYAH"

19 REJAB 1431

Taman Bukit Subang: Kejohanan Street Soccer dan Forum "Mencari Hidayah" pada 27-06-2010 yang lalu telah mencapai kejayaan hasil doa dan kerjasama banyak pihak terutama ahli majlis, pto, AJK MPP Zon 22, AJK Pusat Khidmat Rakyat, Unit AMAL Malaysia, AJK Surau Al-Mahdi dan surau-surau di sekitarnya.

Walaupun program berlangsung dari pagi (street soccer) dan disambung ke malam (forum), namun ianya telah berjalan dengan baik.



Ucapan pada kejohanan Street Soccer oleh Tuan Hj Azli b. Yusof selaku ahli majlis/pengerusi (angkat) Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 @ Seksyen U15 (Kg. Bukit Cerakah) dan Seksyen U16 (Taman Bukit Subang/Denai Alam). Beliau juga merupakan Timbalan Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Parlimen Shah Alam


Adun Kota Anggerik yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Hj Yaakob b. Sapari sedang memberikan ucapan sebelum majlis forum bermula.




Dari kiri: Ustaz Azrul Hakim (selaku moderator), Ustaz Ann Wan Seng (ahli panel 1) dan Ustaz Fitri Abdullah (ahli panel 2)

Turut hadir adalah Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang telah menjayakan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan yang johan, naib johan dan tempat ke-3 pada kejohanan Street Soccer (sebelah pagi sehingga petang).

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN
ORANG MUDE GENG KITE