04 Julai 2010

MAJLIS MAKAN MALAM, RAMAH MESRA DAN DIALOG MASJID/SURAU PARLIMEN SHAH ALAM

21 REJAB 1431

Seksyen 7, Shah Alam: Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam dengan kerjasama pejabat Adun Kota Anggerik dan Batu 3 telah mengadakan majlis makan malam, ramah mesra dan dialog bersama nazir masjid/pengerusi surau, setiausaha/wakil masjid dan surau di dalam kawasan Parlimen Shah Alam baru-baru ini.

Majlis tersebut telah diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dengan dihadiri oleh YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad, YB Rodziah bte Ismail, Ustaz Zainudin (PAID Petaling) dan Tuan Hj Haris (ahli majlis MBSA).





Semoga majlis ini dapatkan mengeratkan lagi hubungan di antara kepimpinan masjid/surau dengan YB, ahli majlis dan PAID Petaling.

" ISLAM ADIL UNTUK SEMUA "