28 Mei 2010

WARNA-WARNI MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI IBNU SINA DAN KAFA INTEGRASI NURUL IMAN, TAMAN BUKIT SUBANG

14 JAMADIL AKHIR 1431

Subang Permai: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (AJK kerja, pemuda dan muslimat) dengan kerjasama Jemaah Pengurusan PASTI Ibnu Sina dan Jemaah Pentadbir KAFA Integrasi Nurul Iman telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru pada 27-05-2010 (Khamis), 8.00-11.30 malam bertempat di Restoran My Kopi Shope, Subang Permai.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Antara pengisian program adalah makan malam, cabutan keriangan dan anugerah cenderahati kepada muallim/muallimah serta anugerah khas "Guru Lama Berkhidmat" kepada Muallimah Zuraina bte Mohd Jaeh (15 tahun bersama PASTI) dan Muallimah Siti Masamah bte Masduki (4 tahun bersama KAFA Integrasi Nurul Iman).

Selain itu, majlis telah dikejutkan dengan satu slot simbolik daripada Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam (DPPSA) dengan serahan infak beras daripada YB Khalid kepada Ustaz Faisal b. Abdul Raman, selaku Pengerusi Jabatan PASTI Shah Alam untuk diagihkan kepada muallimah PASTI Ibnu Sina, muallim dan muallimah KAFA Integrasi Nurul Iman juga kepada seluruh muallimah PASTI Kawasan Shah Alam.

Turut hadir sebagai tetamu khas adalah Tuan Hj Azli b. Yusof (Pemangku Yang DiPertua PAS Shah Alam / Ahli Majlis MPP Zon 22). Beliau turut memberikan ucapan ringkas untuk peringatan semua yang hadir.





Tuan Hj Azli b. Yusof sedang memberikan ucapan

Ucapan perasmian oleh YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad

Serahan simbolik infak beras oleh YB Khalid kepada Ustaz Faisal

Muallimah Junaidah (PASTI Ibnu Sina) menerima sumbangan beras daripada Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPSA (Saudara Saharudin). Turut kelihatan Encik Mohamad Jamil (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang / Pegawai Khas Ahli Parlimen Shah Alam)

Ucapan terima kasih kepada semua terutama PAS Cawangan Taman Bukit Subang, Pengurusan PASTI dan KAFA, serta Lajnah Kebajikan DPPSA. Semoga usaha kita bersama mendapat pahala di akhirat kelak, insya'ALLAH.

ISLAM & PAS FOR ALL
MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN & AS-SUNNAH
MELAHIRKAN INSAN RABBANI
ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU & BERKEBAJIKAN