05 Mei 2010

PESTA SUKAN @ KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PASTI NEGERI SELANGOR

20 JAMADIL AWAL 1431

Shah Alam: Jabatan PASTI Negeri Selangor akan mengadakan Pesta Sukan @ Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring pada 09-05-2010 (Ahad), 8.00 pagi bertempat di Kompleks Sukan Klang, Taman Sri Andalas.

Pada kejohanan tersebut, Jabatan PASTI Kawasan Shah Alam juga tidak ketinggalan untuk menghantar kontinjen seramai 27 orang (termasuk murid-murid) yang diketuai oleh Encik Mohd Nizam b. Satek (setiausaha).

Diharapkan pesta sukan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara semua pihak samada yang terlibat secara langsung/tidak langsung dengan PASTI terutama ibubapa.

Maklumat lanjut, sila layari; www.pastinegeriselangor.blogspot.com atau www.pastishahalam.com

" 25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "
" ORANG MUDE GENG KITE "