06 Oktober 2009

LAWATAN KERJA KE MBSA CAWANGAN SG. BULOH

17 SYAWAL 1430

Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh: Bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik di antara MBSA dan rakyat, satu lawatan kerja oleh Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat, Taman Bukit Subang telah diadakan di Pejabat Cawangan Sg. Buloh pagi tadi.

Lawatan tersebut diketuai pengerusi sekretariat iaitu Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim dan turut disertai oleh Encik Faisal b. Abdul Raman (setiausaha), Encik Zaiful b. Zainun dan Encik Amanjaya b. Abdul Aziz yang merupakan ahli jawatankuasa.

Kehadiran sekretariat telah disambut oleh Encik Roslan b. Hj Musa selaku pengurus cawangan. Banyak perkara telah diperbincangkan terutama berkaitan permasalahan masyarakat setempat di Seksyen U16 (Taman Bukit Subang) dan Denai Alam termasuk insiden sampah yang tidak dikutip di tapak pasar malam kelmarin.

Bagi pihak MBSA, Encik Roslan mengucapkan terima kasih dengan lawatan tersebut dan mengharapkan ianya adalah titik permulaan untuk kerjasama yang lebih baik.

" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "