28 September 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG

09 SYAWAL 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang (Parlimen Teluk Kemang) pada 11-10-2009 (Ahad) manakala proses penamaan calon pada 03-10-2009 (Sabtu).

Yang menarik perhatian pada pilihanraya kecil kali ini adalah jumlah pengundi pos yang hampir 5,000 orang seolah-olah menunjukkan kemenangan lebih berpihak kepada BN ! Benarkah tekaan ini ?

Kepada kepimpinan, ahli, penyokong dan jentera pilihanraya PAS (terutamanya) terus pertingkatkan munajat agar pertolongan ALLAH SWT sentiasa bersama-sama kita.

PAS Cawangan Taman Bukit Subang telah aturkan konvoi untuk ke proses penamaan calon pada 03-10-2009, berkumpul di PASTI Ibnu Sina (Blok 7, Pangsapuri Teratai) pada pukul 4.00 pagi, sumbangan ikhlas RM20.00, sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Rosely bin Razak (bendahari) > 013-6738656.

PENTING: Sebelum bertolak ke Bagan Pinang, akan diadakan munajat @ qiamullail.

" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "
" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "