11 September 2009

LAWATAN KERJA MB SELANGOR

21 RAMADHAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meneruskan agenda sentiasa bersama rakyat. Terkini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid b. Ibrahim telah melakukan lawatan kerja ke Taman Bukit Subang dan seterusnya bersolat Jumaat di Surau Al-Mahdi pada 11-09-2009 yang lalu.

Walaupun hanya dapat meluangkan masa yang agak terhad tetapi cukup bererti kepada warga Taman Bukit Subang. Diharapkan selepas ini MB Selangor akan hadir lagi untuk majlis yang lebih rasmi bersama rakyat.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid b. Abdul Samad yang juga telah membacakan khutbah Jumaat bagi peringatan bersama rakyat Taman Bukit Subang.






" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "