26 April 2011

SIGNBOARD PAS DIROSAKKAN LAGI !

22 JAMADIL AWAL 1432

Pusat Khidmat Rakyat: PAS Cawangan Taman Bukit Subang kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah merosakkan/sabotaj signboard (papan tanda) PAS cawangan (di simpang tiga @ tangki air).

Kejadian disedari pada 24-04-2011 yang lalu. Ini adalah kejadian kali kedua dalam tempoh empat tahun di mana kali pertama berlaku pada 24-07-2007 (signboard yang sama ditumbangkan).

Situasi ini amat memalukan kerana taman ini terletak di dalam kawasan bandar iaitu Parlimen Shah Alam, sepatutnya tidak wujud pemikiran politik sempit.


Menurut Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang yang juga Naib Yang Di Pertua (NYDP) PAS Kawasan Shah Alam (yang baru dipilih pada mesyuarat agung tahunan), Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim,"Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati sila jumpa berdepan, baru betul dan bukan melakukan sabotaj."

Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Shah Alam mengajak ahli, kepimpinan dan rakyat yang menyokong PAS terutama di Taman Bukit Subang untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar ALLAH memberikan balasan yang setimpal kepada pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Sekian, terima kasih.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
BERUSAHA PERTAHANKAN KEMENANGAN
BERTEKAD MENUJU PUTRAJAYA UNTUK DAULATKAN ISLAM