15 Ogos 2010

WACANA ILMU @ TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK DI BAZAR RAMADHAN / PASAR MALAM

05 RAMADHAN 1431

Taman Bukit Subang: Alhamdulillah dengan sedikit kemenangan yang ALLAH SWT kurniakan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terutama di Negeri Selangor, banyak majlis-majlis ilmu untuk mendidik rakyat diadakan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tidak ketinggalan PAS Cawangan Taman Bukit Subang melalui Pusat Khidmat Rakyat dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22, Persatuan Peniaga & Penjaja serta Jabatan AMAL Malaysia telah mengatur majlis tazkirah di Bazar Ramadhan / Pasar Malam setiap minggu pada hari Ahad yang bermula pada pukul 5.30 petang.

Jadual tazkirah dipasang di tapak bazar Ramadhan / pasar malam. Turut yang akan menyampaikan tazkirah ialah YB Tuan Hj Khalid Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) pada 01-09-2010 (Rabu).

Tazkirah sulong daripada Ustaz Wan Ji. Kelihatan Hj Mohamad Jamil (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang) dan Puan/Ustazah Noraini (Ahli Majlis MPP Zon 22).

Setiap hari Ahad (sepanjang bulan Ramadhan), penjaja bazar Ramadhan akan bergabung dengan penjaja pasar malam untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan keperluan hujung minggu.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN
BERSEDIA MENUJU PUTRAJAYA