29 Jun 2010

MESYUARAT AGUNG KHAS PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA SURAU NURUL IMAN, PANGSAPURI TERATAI

16 REJAB 1431

Taman Bukit Subang: Surau Nurul Iman, Pangsapuri Teratai telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2010-2013 pada 20-06-2010 yang lalu, 9.30 pagi bertempat di dewan solat surau.

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim yang merupakan Nazir Masjid Al-Istiqomah, Kayangan Height.

Seramai 44 orang anak kariah telah hadir ke mesyuarat agung itu bagi menunaikan tanggungjawab bersama.





Gandingan mantap saf ahli jawatankuasa baru (diketuai Ustaz Ahmad Kurtubi b. Masduki) yang telah dipilih oleh kariah untuk bersama memikul amanah daripada ALLAH SWT.

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA