26 Julai 2009

MAJLIS PENGISIAN DIRI DAN QIAMULLAIL


04 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Seramai lebih kurang 150 murid-murid yang dididik di KAFA Integrasi Nurul Iman (Lot 2-1 & 18, Pusat Perniagaan Tempatan @ Strata CCL, Taman Bukit Subang) telah menyertai Majlis Pengisian Diri dan Qiamullail pada 24-25/07/2009 bertempat di Surau Al-Mahdi.

Majlis yang bermula selepas Isya' (24-07-2009 @ Jumaat) telah dimulakan dengan bacaan surah Yasiin beramai-ramai dan doa selamat.

Pengisian seterusnya adalah pembinaan diri sebagai hamba ALLAH, berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah bersama Nisa' Shah Alam dengan menggunakan paparan skrin besar @ projektor.

Majlis diteruskan dengan qiamullail pada pukul 4.45 pagi yang dipimpin oleh Pengerusi KAFA Integrasi Nurul Iman (Hj. Mohd Jamil b. Abdul Rahim). Seterusnya murid-murid dan jamaah diberikan santapan rohani (kuliah Subuh) oleh Ustaz Zawawi b. Yusof.

Selepas itu, riadah bersama mualimah dengan aktiviti ringkas regangan badan. Dengan menu nasi lemak dan air teh o, murid-murid telah diberikan sarapan pagi sebelum majlis penutup yang dijayakan bersama Ahli Lembaga Pentadbir (ALP) KAFA Integrasi Nurul Iman.

Akhir kalam, syukran jazilan kepada semua pihak yang terlibat (ALP, mualimah, AJK Surau Al-Mahdi, Nisa' Shah Alam, Unit AMAL dan Pusat Khidmat Rakyat) bagi bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan ikhlas semata-mata kerana ALLAH.