Pusat Khidmat Rakyat: Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang akan mengadakan dan meneruskan munajat kepada ALLAH SWT yang Maha Menguasai alam ini dan yang Maha Mengetahui di atas segala-galanya.
Solat HAJAT mohon kemenangan kepada ISLAM pada pilihanraya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan malam ini (24-08-2009 @ Isnin), 9.45 malam di Pusat Khidmat Rakyat @ PASTI Ibnu Sina (Blok 7, Pangsapuri Teratai).
Bermunajat juga agar ALLAH SWT selamatkan dan pelihara kerajaan PAS/Pakatan Rakyat yang memerintah negeri-negeri yang berkaitan daripada kejahatan musuh-musuh ISLAM.
"Ingatlah ! Manusia merancang, ALLAH SWT merancang tetapi ALLAH SWT jualah sebaik-baik perancangan"
" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "