28 Ogos 2009

PROGRAM KEMASYARAKATAN RAMADHAN

07 RAMADHAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Ramadhan adalah bulan rahmat dan berkat juga bulan untuk kita berlumba-lumba mempertingkatkan ibadah serta perbanyakkan sedekah.

Untuk itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam dengan kerjasama PAS cawangan-cawangan (dalam Parlimen Shah Alam) akan mengadakan Program Kemasyarakatan bagi meraikan warga emas, ibu tunggal, warga OKU, anak yatim dan fakir miskin.

Program tersebut akan diadakan pada 22 Ramadhan 1430
bersamaan 12-09-2009 (Sabtu), 8.30 pagi, di Dewan MBSA, Seksyen 17.

Bagi mereka yang termasuk di dalam golongan yang tersebut di atas dan tinggal di Taman Bukit Subang @ Seksyen U16, sila hubungi wakil Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat: Encik Zaiful b. Zainun (ketua penerangan) > 019-6006571 ATAU Encik Rosely b. Razak (bendahari) > 013-6738656 untuk pendaftaran dengan segera.

" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "
" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "