08 Ogos 2009

KEBAJIKAN BERTERUSAN

17 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN, inilah motto Kerajaan PAS & Pakatan Rakyat di Selangor juga negeri-negeri yang telah dimenangi bersama dalam PRU-12 yang lalu.

Dalam meneruskan usaha dakwah dan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik dan batas kaum, kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang telah mewakili Ahli Parlimen Shah Alam (YB Tuan Hj Khalid b. Abdul Samad) untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada Encik Sahadan b. Said sekeluarga atas kesempitan hidup terutama untuk menyara ibu beliau yang sakit dan terlantar di hospital.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan dapur itu telah disampaikan oleh Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim (Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang) di rumah beliau (Pangsapuri Melati). Turut hadir adalah Encik Faisal b. Abdul Raman (setiausaha) dan Encik Zaiful b. Zainun (ketua penerangan).

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "