23 Julai 2009

GAMBAR KENANGAN 01

01 SYA'ABAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang agak lewat untuk dimuatkan dalam blog bagi tatapan rakyat.

1. Kejohanan Bolasepak dan Bolajaring Jabatan PASTI Kawasan Shah Alam di Sekolah Kebangsaan Seksyen 18.









2. Perlawanan Bowling Persahabatan bersama Kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang (AJK kerja dan Pemuda) di One Utama.

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "

22 Julai 2009

INFO RAKYAT

29 REJAB 1430

Malaysia oh Malaysia, negaraku tercinta ! SPRM bertindak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia ! Bagaimana saksi boleh mati di bawah jagaan SPRM dalam tempoh soal siasat ? ALLAH SWT melaknat manusia yang zalim kepada manusia yang lain walaupun pada kaum yang kafir ! Ingatlah, kita semua akan MATI juga akhirnya jadi sampai bila kita hendak menongkat langit, wahai manusia yang angkuh dan bongkak ! Selagi ada nyawa yang singkat ini, bersegeralah berTAUBAT sebelum terlambat !

Pusat Khidmat Rakyat: Berikut adalah antara program-program dakwah kepada masyarakat di Seksyen U16 (Taman Bukit Subang & Denai Alam)

24-25/07/2009 (Jumaat dan Sabtu) > Majlis Qiamullail Murid-Murid KAFA Integrasi Nurul Iman di Surau Al-Mahdi. Program bermula pada 24-07-2009 (Jumaat) dengan solat Isya' berjamaah. Program adalah dengan kerjasama Nisa' Shah Alam.

02-08-2009 (Ahad) > Kejohanan Sukan Tahunan PASTI Ibnu Sina; 8.00 pagi - 1.00 tengahari.

08-08-2009 (Sabtu) > Tayangan Amal (skrin besar) RAHSIA KEJAYAAN NIK NUR MADIHAH; selepas solat Isya'

09-08-2009 (Ahad) > Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid KAFA Integrasi Nurul Iman ke Zoo Negara, Petrosains dan Muzium Negara.

"ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN"
"ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN"

09 Julai 2009

LAWATAN SAMBIL BERIADAH

16 REJAB 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Jemaah Pengurusan Pusat Asuhan Tunas ISLAM (PASTI) Ibnu Sina dengan kerjasama ibubapa/penjaga, mualimah (ustazah) dan Jawatankuasa Pusat Khidmat Rakyat (PAS) Taman Bukit Subang akan mengadakan Lawatan Sambil Beriadah untuk murid-murid pada 12-07-2009 (Ahad), 8.00 pagi - 5.00 petang ke Zoo Negara dan Pusat Sains.

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan (wajib) bagi seluruh PASTI di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan (KL) dan Sabah.

Seramai lebih kurang 81 orang murid, 5 orang mualimah dan 8 orang ahli jawatankuasa/Unit AMAL Malaysia akan menyertai lawatan tersebut dengan diketuai oleh Saudara Said Kamal b. Said Kasim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Bukit Subang.
" 25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan "

06 Julai 2009

TERUSKAN LANGKAH PERJUANGAN

13 REJAB 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan bulan Rejab selepas setahun meninggalkan kita. Pelbagai peristiwa telah berlaku selama setahun ini samada ianya suratan ataupun kebetulan tetapi itulah qada' dan qadar ALLAH SWT yang Maha Menguasai Alam ini.

Parti ISLAM SeMalaysia (PAS) meneruskan langkah perjuangan atas landasan tarbiyyah, dakwah dan siasah (politik) dengan kerjasama @ tahalluf siasi dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PKR & DAP) untuk mentadbir Malaysia dengan izin ALLAH selepas diberi sedikit kemenangan pada Pilihanraya Umum @ PRU ke-12 yang lalu.

Pilihanraya kecil Manek Urai @ MU sedang menanti PAS dan Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, hari ini (06-07-2009) proses penamaan calon berjalan dengan baik dengan pertembungan satu lawan satu antara calon PAS/Pakatan Rakyat dan umno/be end.

Ayuh, jentera pejuang ISLAM kita sama-sama memberikan sumbangan samada secara langsung ataupun tidak langsung sehingga hari pengundian pada 14-07-2009 nanti, insya'ALLAH.

Peringatan bersama, munajat dan doa jangan ditinggalkan malah perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ingatlah, sahabat pergantungan hanya kepada ALLAH selepas kita berusaha dan membuat perancangan !

" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ISLAM & PAS THE ONLY CHOICE "
" BERSAMA BERKONGSI KEMENANGAN "

24 Jun 2009

PROGRAM REMAJA @ TEEN TALK

01 REJAB 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Portfolio Pendidikan dan Pembangunan Insan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 dengan kerjasama Nisa' Shah Alam akan mengadakan satu program untuk remaja yang berbentuk santai iaitu TEEN TALK pada 05-07-2009 (Ahad), 8.00 pagi - 5.00 petang di Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang (d/a: PASTI Ibnu Sina, Blok 7, Pangsapuri Teratai).

Program ini dibuka hanya untuk pelajar PEREMPUAN yang berumur 13-17 tahun (tingkatan 1-5) dan tempat adalah terhad iaitu seramai 70 orang peserta sahaja dengan yuran penyertaan sebanyak RM 5.00

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh menghubungi;
1. Saudara Ahmad Farzeli b. Mohd Atar > 012-2521473
2. Cik Nur Khadijah bte Zakaria > 017-6237720
3. Cik Nur 'Afiqah bte Asmawi > 013-5280385

NOTA: Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 01-07-2009 (Rabu).

Sekian, terima kasih.

" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
" PENGHUBUNG GENERASI MUDA @ CONNECTING YOUTH "

Saya yang diamanahkan,

FAISAL BIN ABDUL RAMAN
Pengerusi Portfolio Pendidikan dan Pembangunan Insan
MPP Zon 22 (Seksyen U16, Denai Alam, Seksyen U15 @ Kg. Budiman)
Telefon: 019-3407216

08 Jun 2009

SECEBIS KISAH.....BERFIKIRLAH

14 JAMADIL AKHIR 1430

DEMOKRASI ! Satu perkataan yang amat sinonim selepas zaman KHALIFAH ISLAM yang terakhir tumbang di Turki (Uthmaniah). Tetapi adakah sistem demokrasi benar-benar dijadikan panduan oleh kerajaan-kerajaan yang memegang tampuk kekuasaan atau sekadar mengabui mata rakyat !

Parti ISLAM SeMalaysia (PAS) baru sahaja bermuktamar agung tahunan kali ke-55 tetapi adakah sebagai parti yang berdaftar dengan ROS, PAS mendapat hak yang sepatutnya dalam sebuah negara yang menyatakan berpegang pada prinsip demokrasi oleh kerajaan umno/bn ? Jawapannya TIDAK !

Bandingkan dengan persidangan agung umno, baik media cetak dan media elektronik arus perdana ataupun yang sekroni dengannya, 2-3 bulan sebelum persidangan sudah penuh dengan berita-berita mengampu untuk pimpinan umno sehinggalah hari persidangan diadakan pelbagai wacana, bual bicara dengan pemimpin umno sampai naik KEMUNTAH rakyat dibuatnya !

Tetapi, di mana demokrasi bila parti-parti yang sama berdaftar (PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat > PKR dan DAP) dinafikan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Jangankan diberikan liputan yang baik oleh media cetak dan eletronik arus perdana tetapi akhbar parti yang sedia ada (HARAKAH, SUARA KEADILAN, ROKET) dan SIASAH juga sentiasa diganggu dengan akta-akta yang sepatutnya sudah dimansuhkan !

Namun, kepada pemimpin PAS/Pakatan Rakyat sudah sampai masanya mencari dan memberi tekanan kepada umno/bn untuk mencari media alternatif yang lebih berkesan selain internet dan web radio/tv agar media arus perdana tidak lagi menjadi talian hayat bagi umno/bn untuk terus memerintah Malaysia !


" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "

08 Mei 2009

VIDEO & GAMBAR SIDANG DUN PERAK PADA 07-05-2009

13 JAMADIL AWAL 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Sila layari www.ini-yang-aku-rasa.blogspot.com dan www.malaysiakini.com untuk melihat video dan gambar terkini sekitar Sidang DUN Perak pada 07-05-2009 untuk penilaian bersama sebagai rakyat yang matang dan merdeka.

Selamat Hari IBU > Doa dan kebajikan kepada ibu & bapa sepanjang masa dan ketika.

"ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA"

29 April 2009

MAJLIS USRAH @ PERJUMPAAN KELUARGA

04 JAMADIL AWAL 1430
29-04-2009

PUSAT KHIDMAT RAKYAT: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Cawangan Taman Bukit Subang meneruskan aktiviti tarbiyyah bukan sahaja kepada kepimpinan AJK (kerja, pemuda & muslimat serta nisa') tetapi juga untuk ahli dan pendukung PAS di cawangan ini.

Walaupun ALLAH SWT memberi sedikit kemenangan pada PRU-12 baru-baru ini namun proses pentarbiyyahan tetap diberikan keutamaan.

Untuk itu, majlis usrah @ perjumpaan keluarga telah dan akan diadakan mengikut butiran;
Hari: Selasa (minggu ke-2 dan ke-4) bagi setiap bulan
Masa: 9.15 malam (solat Isya' berjamaah di Surau Nurul Iman, P'puri Teratai)
Tempat: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ibnu Sina (Blok 7, P'puri Teratai)
Naqib: Ustaz Mazlan b. Mamat (Naib Ketua PAS Cawangan Taman Bukit Subang)

Dengan ini dijemput semua ahli dan pendukung (muslimin) hadir ke majlis usrah tersebut, insya'ALLAH.

"ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA"

20 April 2009

PUSAT Khidmat Rakyat PAS Cawangan Taman Bukit Subang ingin terus menjadi penghubung @ mata/telinga antara Kerajaan Negeri Selangor di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dengan rakyat di semua peringkat (sekitar Seksyen U16, Denai Alam, Kayangan Height, Monterez dan Kg. Budiman)

Melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1, pelbagai program untuk menjaga kebajikan rakyat telah diwujudkan, antaranya;
1. Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu
2. Hadiah Anak Masuk Universiti
3. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
4. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

NOTA: Bagi program 2-4, sila dapatkan borang dengan menghubungi nombor yang tertera di ruangan sebelah.

Kuasa rakyat sebagai CHECK & BALANCE Kerajaan Negeri Selangor di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dengan slogan/tema "ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN"

10 April 2009

INFO RAKYAT

MEDAN PASAR MALAM TAMAN BUKIT SUBANG
(Di bawah pengurusan dan pentadbiran baru: Persatuan Peniaga dan Penjaja Taman Bukit Subang @ PPPTBS)
Hari: Ahad (setiap minggu)
Masa: 4.00 petang - 10.00 malam
Lokasi (telah dipindahkan ke): Tempat Letak Kereta, Pusat Perniagaan Tempatan @ CCL Taman Bukit Subang (berhadapan Seven Eleven)
Pengurusan mingguan: Pihak PPPTBS telah memberikan amanah kepada Unit AMAL Malaysia Cawangan Taman Bukit Subang

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak PPPTBS: Encik Mohamad Jamil-Pengerusi (019-2138308) , Encik Ahmad Farzeli-Setiausaha (012-2521473) atau Encik Faisal-AJK (019-3407216)


* Sekalung tahniah kepada Unit AMAL Malaysia atas amanah yang telah diberikan.

"ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN"