02 Mei 2010

HIDUP MELAYU / ISLAM ala UMNO...!?

17 JAMADIL AWAL 1431

Dilulus untuk paparan oleh teori
@ Sumber berita: www.tranungkite.net
Oleh: anak_muar
  • Hidup Melayu- Makin ramai anak Melayu terlibat dalam gejala penggunaan najis dadah.
  • Hidup Melayu- Makin ramai anak-anak muda-mudi Melayu ditimpa gejala keruntuhan moral dan akhlak.
  • Hidup Melayu- Yang kaya raya dan jutawan hanyalah pemimpin-pemimpin tinggi UMNO serta ketua-ketua bahagian dan para kroni.
  • Hidup Melayu- Melayu yang terus dilanda perpecahan politik yang ketara angkara mahu mempertahankan kuasa UMNO.
  • Hidup Melayu- Melayu yang makin ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding kaum lain.
  • Hidup Melayu- Hak orang Melayu terus terhakis dan tergadai secara halus khususnya penjualan tanah-tanah rizab Melayu.
  • Hidup Melayu- Perlaksanaan Islam yang hanya ikut kehendak dan kepentingan politik UMNO sahaja.
  • Hidup Melayu- Undang-undang Islam yang boleh diubah secara sesuka hati mengikut acuan UMNO.
Kepada Bangsa Melayu/Islam mengapakah kita terus takut untuk berubah. UMNO hanya sebuah parti politik dan bukannya agama. Telah banyak kecurangan dan kerosakkan yang telah dilakukan terhadap bangsa Melayu dan Islam selama mana mereka menjadi penguasa. Marilah renung-renungkan......

" PAS & PAKATAN RAKYAT MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ORANG MUDE GENG KITE "