29 April 2010

MATINYA AMINULRASHID, CEKAPNYA POLIS KITA ?

14 JAMADIL AWAL 1431

Posted on Tuesday, April 27 @ 12:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
@ Sumber berita www.tranungkite.net
Oleh: laniismaa

"Sedih dan sayu. Aminulrashid pergi jua. Aminulrashid pergi dengan trajis. Ada lubang peluru di belakang kepalanya. Luluh hati keluarga Aminulrashid melihatnya pergi dan lagi luluh hati mereka Aminulrashid dilabel penjenayah oleh polis kita.

Mungkin Aminulrashid lari kerana tiada lesen memandu, dan memandu laju. Balasannya Aminulrashid ditembak mati polis. Aminulrashid ingin merempuh polis. Balasan Aminulrashid ditembak mati polis. Ada parang dalam kereta. Balasannya Aminulrashid ditembak mati polis. Mudahnya Aminulrashid mati ditembak polis.

Macam-macam dakwan polis setelah menembak orang. Dakwaan polis dan saksi terbabit, kawan Aminulrashid jauh bezanya. Langit dengan bumi. Anda bacalah, ada di mana-mana. Kita sangsi dengan polis. Mungkin polis guna falsafah “Sebelum aku kena, lebih baik mereka yang kena” . Agama suruh kita guna akal dan hati, bukannya nafsu.

Kita ragu-ragu dengan macam-macam. Polis, SPR, SPRM dan mahkamah. Memang kita ini teruk dan semakin teruk. Negara dan masyarakat kita juga semakin teruk. Penubuhan Suruhanjaya Polis entah ke mana. Dah cukup kata mereka dengan apa yang ada. Penyiasatan polis yang dibuat, buat kita ragu-ragu. Kita tak mendengar apa-apa. Pemuda mengamuk di Kangar yang ditembak mati salah satunya.

Apa-apapun Aminulrashid dah pergi. Dia pergi begitu. Dia bersama alamnya. Alam kita, kita perbetulkan apa yang tidak betul. Halalkah kita mudahnya menembak mati seseorang. Lihat pada gambarnya, tak sampai hati nak memenggilnya penjenayah. Al-Fatihah buat Aminulrashid...

BANGKITLAH RAKYAT ! Perbetulkan segala kesilapan, sokonglah PAS dan Pakatan Rakyat.