07 Oktober 2009

MAJLIS JAMUAN EIDULFITRI PAS CAWANGAN TAMAN BUKIT SUBANG

18 SYAWAL 1430


Pusat Khidmat Rakyat: Walaupun dalam kesibukan menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis jamuan ukhuwah Eidulfitri bagi memperkukuhkan silaturrahim di antara AJK (kerja, pemuda, muslimat dan nisa') dengan ahli serta para penyokong PAS di taman ini.

Jamuan tersebut akan diadakan pada 10-10-2009 (Sabtu), 9.00 malam di PASTI Ibnu Sina (Blok 7, Pangsapuri Teratai).

Gotong-royong persiapan dan memasak mulai pukul 10.00 pagi.

Bagi memohon kemenangan ISLAM di prk DUN Bagan Pinang dan keberkatan pada jamuan ini, satu majlis munajat akan dibuat pada hari yang sama, bermula pukul 4.30 pagi di PASTI Ibnu Sina.

Dijemput ahli dan penyokong serta keluarga hadir ke majlis jamuan ini, insya'ALLAH.

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "

06 Oktober 2009

LAWATAN KERJA KE MBSA CAWANGAN SG. BULOH

17 SYAWAL 1430

Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh: Bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik di antara MBSA dan rakyat, satu lawatan kerja oleh Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat, Taman Bukit Subang telah diadakan di Pejabat Cawangan Sg. Buloh pagi tadi.

Lawatan tersebut diketuai pengerusi sekretariat iaitu Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim dan turut disertai oleh Encik Faisal b. Abdul Raman (setiausaha), Encik Zaiful b. Zainun dan Encik Amanjaya b. Abdul Aziz yang merupakan ahli jawatankuasa.

Kehadiran sekretariat telah disambut oleh Encik Roslan b. Hj Musa selaku pengurus cawangan. Banyak perkara telah diperbincangkan terutama berkaitan permasalahan masyarakat setempat di Seksyen U16 (Taman Bukit Subang) dan Denai Alam termasuk insiden sampah yang tidak dikutip di tapak pasar malam kelmarin.

Bagi pihak MBSA, Encik Roslan mengucapkan terima kasih dengan lawatan tersebut dan mengharapkan ianya adalah titik permulaan untuk kerjasama yang lebih baik.

" ADIL, AMANAH, BERSIH, MAJU dan BERKEBAJIKAN "

05 Oktober 2009

KUTIPAN SAMPAH PASAR MALAM - SIAPA BERTANGGUNGJAWAB ?

16 SYAWAL 1430

Taman Bukit Subang: Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat telah menerima panggilan dan aduan berkenaan sampah di tapak pasar malam (yang tidak dibersihkan) seawal pagi tadi, yang mana ianya sepatutnya tidak terjadi.

Kutipan sampah pasar malam - siapa yang bertanggungjawab ? Pihak sekretariat telah menghubungi pihak berkaitan yang menguruskan pasar malam iaitu Persatuan Peniaga dan Penjaja Taman Bukit Subang, Saudara Ahmad Farzeli b. Mohd Atar yang merupakan setiausaha persatuan.

Beliau juga terkejut dengan apa yang berlaku setelah hampir 10 bulan menguruskan pasar malam dan berterima kasih kepada anggota masyarakat yang begitu prihatin insiden tersebut.

Menurut beliau lagi maklumat yang diterima (pagi tadi) daripada MBSA, mulai 01-10-2009 kontraktor kutipan sampah pasar malam adalah kontraktor baru jadi mungkin ada sedikit masalah komunikasi dan teknikal di antara Alam Flora (yang melantik kontraktor baru) dengan MBSA.

Apapun, ujar beliau lagi, pihak persatuan juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan berjanji ianya tidak akan berulang. Beliau juga telah meminta AJK Unit Pengurusan Mingguan untuk membersihkan sampah tersebut pada hari ini juga dan tinjauan sekretariat pusat khidmat rakyat pada pukul 3.00 petang tadi mendapati kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan. (gambar di bawah)

Sekretariat pusat khidmat rakyat juga dimaklumkan Persatuan Peniaga dan Penjaja Taman Bukit Subang akan mengadakan pertemuan dengan MBSA (Cawangan Sg. Buloh) dalam masa terdekat dan juga akan membuat kenyataan akhbar agar masyarakat mengetahui perkara yang sebenarnya.

Maklumat akhir yang diterima, kontraktor baru yang menguruskan kutipan sampah telah datang pada pukul 6.15 petang tadi untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan susulan.












Sumber berita daripada: Sekretariat Pusat Khidmat Rakyat Taman Bukit Subang

03 Oktober 2009

WARNA-WARNI - PENAMAAN CALON PRK DUN BAGAN PINANG

14 SYAWAL 1430

Port Dickson: Lebih 20,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat termasuk kepimpinan tertinggi telah mengiringi calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar ke pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN (N.31) Bagan Pinang yang berlangsung di Majlis Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

Cuaca mendung dan di selang-seli dengan hujan, sedikit pun tidak mematahkan semangat para penyokong untuk terus menanti dengan penuh harapan agar proses penamaan calon tersebut berjalan dengan baik.

Alhamdulillah, akhirnya pilihanraya kecil tersebut akan menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara calon PAS/Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar dengan Tan Sri Mohd Isa Samad (calon Umno/BN).











Walaupun di'hadiah'kan dengan gas pemedih mata dan air kimia oleh pihak polis (FRU) setiap kali demonstrasi aman anjuran PAS/Pakatan Rakyat diadakan namun ianya tidak menjadi penghalang bagi kepimpinan PAS Cawangan Taman Bukit Subang untuk bergambar kenang-kenangan dengan mereka. (Dari kanan-berdiri: Amanjaya, 2 orang anggota FRU, Noor Azam dan Shahrir manakala duduk-dari kanan: Azari, Rosely dan Faisal)

" ISLAM dan PAS UNTUK SEMUA "

02 Oktober 2009

BERITA TERKINI - PRK DUN BAGAN PINANG

13 SYAWAL 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Sambutan bagi kemenangan Eidulfitri masih terasa, jangan lupa untuk mendapat ganjaran pahala tambahan dengan mengerjakan ibadah puasa enam (6) di bulan Syawal ini.

Namun bahang pilihanraya kecil bagi DUN (N. 31) Bagan Pinang terasa lebih panas. Semoga gelombang perubahan rakyat akan merebak dari pantai timur ke utara dan sekarang ke selatan tanah air, insya'ALLAH.

Untuk berita terkini, layari > http://prkn31baganpinang.pas.org.my/

" ISLAM dan PAS FOR ALL "
" BUBAR DUN PERAK "