04 September 2009

LAGI PILIHANRAYA KECIL - ANUGERAH ALLAH SWT


14 RAMADHAN 1430

Pusat Khidmat Rakyat: Selepas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menafikan hak rakyat di DUN Kota Seputeh (Parlimen Jerlun, Kedah) untuk diadakan pilihanraya kecil, tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian YB Azman b. Mohd Nor, Adun Umno/BN Bagan Pinang (Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan).

Ya ALLAH, kami bersyukur dengan perancanganMu kerana ianya adalah sebaik-baik perancangan !

Ayuh kepada ahli, penyokong dan jentera pilihanraya PAS/Pakatan Rakyat marilah kita bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihanraya kecil. Cuma kali ini ianya akan diadakan di Selatan tanah air, ALLAHU AKBAR !

" ISLAM dan PAS MEMIMPIN PERUBAHAN "