14 SYA'ABAN 1433
TEMERLOH: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, pasukan keselamatan adalah rakan PAS dan bukannya musuh.
Oleh
itu, beliau meminta semua ahli PAS memahami perkara ini kerana mereka
adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan arahan daripada kerajaan.
“Kita
jangan bermusuh dengan polis, askar dan kakitangan kerajaan kita hanya
lawan BN sahaja,” katanya dihadapan 20,000 penyokong PAS pada Himpunan
Hijau ke Putrajaya Pahang baru-baru ini.
Perhimpunan itu diadakan di Dataran Hikmah, Kerdau.
Ustaz
Abdul Hadi turut memberi jaminan pemimpin Umno tidak perlu bimbang
dengan PAS kerana PAS tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.
Malah
beliau turut memberi jaminan pemimpin Pakatan Rakyat lain juga akan
melakukan perkara sama iaitu tidak akan membalas dendam sekiranya
berkuasa.
Menurut beliau, yang baru pulang dari negara-negara
Arab, beliau dimaklumkan ramai rakyat Malaysia bekerja di sana tidak
dapat mengundi dalam pilihan raya kerana Malaysia tidak mengizinkan
rakyatnya di luar negara mengundi tidak seperti negara lain.
“Mereka itu tidak boleh mengundi pos,” katanya.
Abdul
Hadi turut mengingat ahli PAS dan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia
untuk mengambil alih Putrajaya jika diizinkan ALLAH SWT.
Katanya perubahan akan berlaku dan semua petugas perlu bekerja dengan ikhlas.
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAS UNTUK SEMUA